Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta
Tika pena ini ditulis, ketahuilah sesungguhnya diri kita
sepatutnya berasa ‘kaget’, tidak tentu arah, rasa kerugian, rasa akan hilang
sesuatu
Iya..hilang sesuatu dek kerana apa?
Kerana kita akan kehilangan sesuatu yang amat berharga
dan tiada tara nilanya
Dialah penghulu segala bulan
Dialah jika diterima amalan kita
Kita menjadi
seolah-olah bayi yang baru dilahirkan
Bersih lagi suci
Segala dosa kita yang lalu diampunkan
Dialah juga penentu dan ‘bekal utama’ kita untuk melalui
11 bulan yang mendatang
Sungguh kita perlu sangat-sangat berasa kehilangan kerana
?
Kehilangan untuk ‘boleh’ menghidupkan malam-malam kita
Kehilangan untuk ‘boleh’ betul-betul mujahadah melawan
hawa nafsu
Kehilangan untuk ‘boleh’ menundukkan pandangan kita
Kehilangan untuk ‘boleh’ menjadi pemurah dan sabar lebih
dari biasa
Kehilangan untuk ‘boleh’ feel dalam tilawah Quran dan
ibadah-ibadah kita
Kehilangan untuk ‘boleh’ menangisi dalam munajat kita di
keheningan pagi
Menangisilah kita akan pemergian tetamu agung ini
Belum tentu kita akan bertemu dengan si Dia ini tahun
depan nanti
Justeru, di penghujung bulan yang penuh barakah ini
marilah kita cuba untuk mengubah kebiasaan-kebiasaan yang wujud dalam
masyarakat kita
Duk sibuk dengan kuih raya
Duk sibuk dengan menghias rumah
Duk sibuk dengan baju raya
Duk sibuk dengan permainan mercun dum dam sana sini
Duk sibuk ber’shopping’ bagai nak rak
Duk sibuk dengan lagu raya bukan lagu-lagu yang
memotivasikan untuk kita isitiqamah dan lebih kuat beramal
Duk sibuk dengan menghabiskan waktu siang kita di
‘shopping mall’ untuk keperluan raya
Dan banyak lagi yang anda sendiri boleh untuk
menyebutkannya
Sepatutnya yang perlu dirisaukan dan menjadi urgensi di
penghujung ini :
Adakah kita telah benar-benar kembali pada fitrah kita?
Benar-benar telah diterima amal kita di bulan puasa ini?
Benar-benar telah melaksanakan hak dan tuntutan bulan
ini?
Benar-benar telah mentarbiah diri kita?
Moga-moga kita menjadi hambaNya yang telah ditarbiah
dengan keberkatan Ramadan ini
Moga-moga kita menjadi hamba Rabbani bukan hamba Ramadan
Moga-moga kita menjadi hambaNya yang sentiasa
menghidupkan malam-malamnya tidak hanya di sepuluh terakhir sahaja
Moga-moga kita menjadi hambaNya yang benar-benar
‘allergic’ dengan dosa dan kemaksiatan sepertimana kita di bulan yang penuh
barakah ini
Moga-moga kita benar kembali pada fitrah di Hari Raya
nanti!
No comments:
Post a Comment