Friday, August 22, 2008

HaRi Al QuDs...LuPaKaH kItA???



Sejarah Palestin Di Zaman Lampau
n 3K-2K SM Diduduki oleh kaum Kanaan
n 1800 SM Ketibaan Nabi Ibrahim a.s.
n 1250 SM Nabi Musa kembali ke Palestin, memerintah di sana
n 1000-927 SM Kerajaan Saul, Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s.
n 927-539 SM Pendudukan Assyria dan Babylonia
n 539-168 SM Parsi dan Yunani
n 168-63 SM Pemberontakan melawan Yunani dan Penguasaan Puak Maccabee
n 63 SM - 395 M Di bawah Rom
n 395-638 M Kerajaan Byzantium


Sejarah Islam di
Bumi Palestin
n RasuluLlah berisra’ ke Masjid al-Aqsa dan mi’raj dari sana ke langit
n 638 M Umar al-Khattab diserahkan kunci kota Jerusalem oleh para penduduknya setelah menewaskan tentera Byzantium (Rom Timur)
n Kerajaan Ummayyah, Abbasiyyah dan Fathimiyyah bersilih ganti
n 1099-1187 Pencerobohan Salibi (88 tahun)
n 1187 Pembebasan al-Quds oleh Sallahuddin al-Ayyubi setelah mengalahkan tentera Salibi di Hittin
n 1260 Perang Ayn Jalut: Baybars (Mamalik) kalahkan Monggol
n 1516 Penguasaan Khilafah Utsmaniyyah yang awal
n 1833-1840 Muhammad Ali Pasha (amir Mesir) kuasai Palestin dan Syam - bebas dari Utsmaniyyah
n Bermulanya campurtangan Inggeris dan Perancis
n 1881 Inggeris kuasai Mesir
n Khilafah Utsmaniyyah bertambah lemah

Susur Galur Permasalahan Palestin
 Masalah Palestin berasal dari Eropah: Yahudi ditindas dan dipandang hina
 Penindasan ke atas kaum Yahudi di sana menyebabkan mereka kepingin sebuah negara tersendiri
 Theodore Herzl - wartawan
bangsa Hungary - cetuskan ide
negara Yahudi di Palestin
 Beliau kepalai gerakan ke arah
itu yang dipanggil gerakan Zionisma
 Terbit dari perkataan Zion -
sebuah bukit di Jerusalem
 Simbolik bagi Jerusalem dan tanah yang dianggap Yahudi sebagai Eretz Yisrael (Bumi Israel)
 Berselindung di sebalik agama Yahudi tetapi pada hakikatnya gerakan sekular
 Memperjuangkan “hak” orang Yahudi diaspora untuk “kembali” ke Palestin dan tegakkan negara mereka di sana
Kongres Zionis Pertama
di Basle (1897)



Kertas Putih MacMahon
 24 Oktober 1915
 Surat menyurat di antara Sir
Henry MacMahon, Pesuruh-
jaya British di Kaherah, dan
Sharif Hussein (Mekkah)
 Menjanjikan pemerintahan
Arab di Palestin apabila ianya ‘dibebaskan’ daripada kekuasaan Khilafah Islam Turki
 Orang Arab harus membantu Inggeris dalam Perang Dunia I melawan Turki

Perjanjian Sykes Picot
 Perjanjian rahsia di antara British dan Perancis, dengan persetujuan Russia, 1916
 Membahagi-bahagikan tanah Arab dan Timur Tengah ke bawah pengaruh mereka
 Memecahkan tanah-tanah Arab kepada negeri-negeri kecil
 Menghadkan dan mengawal pengujudan negeri-negeri Arab

Perisytiharan Balfour

November 2nd, 1917

Dear Lord Rothschild,
I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty's Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to, and approved by, the Cabinet.
“His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.”
I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist Federation.

Yours sincerely,
Arthur James Balfour


Partisyen PBB 1947
 Cadangan British melalui PBB untuk membahagikan Palestin dua
 Ditentang dengan kerasnya oleh orang-orang Arab
 Mei 1948: British keluar dan negara Israel diisytiharkan

Pencerobohan Yahudi
Di Bumi Palestin
n Gelombang pertama Yahudi Eropah seramai 25,000 orang memasuki bumi Palestin
n Pada 1917 kurang daripada 56,000, atau tak sampai 10% penduduk Palestin adalah Yahudi
n Di Baytul-Muqaddis asalnya cuma 4% sahaja penduduk Yahudi dan 90% Arab

Pembantaian Orang Awam Oleh Pengganas Yahudi
n Pengeboman Hotel King David pada 22 Julai 1946
n 92 orang terbunuh
n Dilakukan oleh kumpulan pengganas Irgun dengan persefahaman Agensi Yahudi yang diketuai oleh David Ben Gurion
n Pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin di Desa Deir Yassin pada 9/10 April 1948
n 250 orang terkorban
n Mangsa disiksa dan dikelar-kelar
n Angkara kumpulan pengganas Haganah di bawah Benahem Begin
n Pembunuhan ratusan orang awam di Desa Dawayma di Haifa pada 29 Oktober 1948
n Kibya, 14 Okt 1953, 75 orang dibunuh oleh tentera regim Yahudi
n Kafr Kassim, 19 Dis 1956, 49 orang dibunuh oleh Pengawal Sempadan regim Yahudi

Peristiwa Sabra-Shatila
September 1982: 2750 pelarian Palestin dibunuh dengan kejamnya oleh askar Kristian Phalangist Lubnan -- sekutu Israel -- di bawah pengawasan Tentera Yahudi (Ariel Sharon)

Pembantaian di Masjid
al-Ibrahimi, Hebron
• Seorang Yahudi menembak
umat Islam yang sedang solat
berjumaah Subuh pada pagi Jumaat 15 Ramadhan/
25 Februari 1994: 60 terkorban, 300 cedera parah
• Terletak di bandar Khalil al-Rahman (Hebron).
• Sejak 1967, pihak Yahudi telah berusaha merubah sifatnya. Beberapa bahagiannya, termasuk satu menaranya, telah dimusnahkan.
• Kini separuh masjid tersebut telah dijadikan synagogue (rumah ibadat Yahudi). Ianya bermula 1972 apabila Mahkamah Agung Israel mengeluarkan perintah membenarkan orang Yahudi bersembahyang dalam masjid tersebut.
• Setelah peristiwa pembantaian 25 Februari 1994 pihak berkuasa membenarkan cuma 300 orang Islam solat di situ, setelah melalui pemeriksaan keselamatan elektronik yang cukup ketat.

Apa Sikap Kita?

Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata “ Aku tiada peroleh kenderaan untuk membawamu”, lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak peroleh apa-apa yang mereka nafkahkan. (at-Taubah:82)

Fatwa Shaykh
Yusuf al-Qaradhawi
n “Satu Rial untuk produk Amerika, sama dengan satu peluru untuk tubuh saudaramu di Palestin”
n Umat Islam hendaklah memboikot barangan keluaran Amerika, apatah lagi daripada syarikat yang memang diketahui menyokong regim Zionist



Kesimpulan

n Perjuangan mempertahankan al-Quds adalah tuntutan Islamiyyah
n Palestin warisan para Anbiya’ pendokong ad-Din at-Tawhid, bukan penentang ALlah
n Palestin bumi barakah dan muqaddasah
n al-Quds bumi Isra’ dan Mi`raj
n Palestin bumi letaknya Masjid al-Aqsa, Qiblat pertama Islam
n Tanah Suci Islam: Haram asy-Syarif
n Sejarah buktikan Palestin milik Arab dan Islam sejak asal lagi, dari puak Kanaan dan Filistin
n Entiti Zionis adalah entiti haram yang tiada asas undang-undang dan moral
n Gerakan dan regim Zionis pendokong fahaman tanpa asas manusiawi (apartheid)
n Kezaliman dan kekejaman regim Zionis dalam satu sejarah penuh penindasan dan pembantaian orang awam perlu ditentang

Sunday, August 10, 2008

MeMbUkA LEmBaRaN bArU



Kita pergi berjalan, pergi shopping ... ** kita yakin kita telah menutup aurat ikut syariat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti
yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam PMR,SPM, STPM, ... ** kita yakin semua
itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ... **
kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita
tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????



Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya
disisi Islam dan sanggup meluuangkan masa untk berchatting dan bersms antara bnn n bnt tanpa ada keperluan dan ada yg menganggap mereka sbg kawan biasa ,Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau
sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita
masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam
anjuran Islam.


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)


Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati
nasihat Saiyidina Ali r.a sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

Insan terbahagi kepada 3 :

a) Mereka yang mengenal Allah

b) Mereka yang mencari kebenaran

c) Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing




..Cermin diri

...marilah kita sama cermin-cerminkan diri kita.....moga setiap keterlanjurana dapat diperbetulkan..

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2.Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


...Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah....Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH....Bersamalah bangkit dari lamunan mimpi indah dan menyesali segala dosa dan noda yang telah kita lakukan selama ini…Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka luas untuk kita…apa tunggu lagi???nak tunggu sampai matahari terbit dari arah barat ke???

Bersamalah kita persiapkan diri untuk menghadapi madrasah RAMADHAN dengan perbanyakkan amal soleh dan jadikan RAMADHAN kali ini lebih baik dr tahun lepas dan jadikan ianya sebagai titik tolak untuk kita berubah kerna bula ramadhan juga disebutkan sebagai SYAHRU TAGHYIR

Saturday, August 2, 2008

aKiBaT bErBuAt MaKsIaT

“Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan senoktah warna hitam. Jika dia bertobat dan beristighfar, hatinya akan kembali putih bersih. Jika ditambah dengan dosa lain, noktah itu pun bertambah hingga menutupi hatinya. Itulah karat yang disebut-sebut Allah dalam ayat,“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.\" (HR Tarmidzi)

Perbuatan Maksiat Dalam Al-Qur'an Allah swt berfirman yang artinya : "Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada ku" (QS.51:56) Disana Allah swt menegaskan kepada manusia, bahwa maksud dari penciptaan manusia dan jin adalah hanya untuk beribadah kepada Allah swt, lain tidak. Dalam rangka menunaikan tugas ibadah tersebut, manusia diperintahkan untuk taat dan tunduk kepada semua perintah Allah swt, baik yang langsung Allah swt firmankan dalam Al-Qur'an, maupun yang disampaikan melalui sabda Rasulullah saw.

Oleh sebab itulah di dunia ini hanya terdapat 2 golongan manusia. Golongan pertama adalah mereka yang selalu taat pada segala perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw. Sedangkan golongan kedua adalah mereka yang ingkar kepada 2 hal tersebut. Perbuatan ingkar itulah yang disebut dengan maksiat dan setiap perbuatan maksiat itu adalah dosa.

Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziah mengatakan, bahwa orang-orang bodoh mengandalkan rahmat dan ampunan Allah swt sehingga mereka mengabaikan perintah dan larangan-Nya serta lupa dengan azab-Nya yang pedih dan tak mungkin dicegah. Barangsiapa yang mengandalkan ampunanNya tetapi tetap berbuat dosa, dia sama dengan orang-orang yang membangkang.

Nasib Para Pelaku Maksiat
Al-Qur'an telah banyak menceritakan berbagai kejadian dan bahaya yang ditimbulkan dari perbuatan maksiat. Cerita tersebut bukanlah sesuatu yang dibuat-buat atau lamunan, apalagi cerita bohong untuk sekedar menakut-nakuti manusia, namun ia benar-benar terjadi dan menjadi tragedi bagi umat manusia.

Diantaranya adalah banjir besar yang mencapai puncak gunung pada masa nabi Nuh as yang menjadikan penghuni bumi karam tenggelam, angin puting beliung yang berhembus keras membanting kaum ‘Ad hingga semua mati bagaikan pelepah kurma yang berguguran, guntur dahsyat yang mematikan kaum Tsamud, hujan batu di negri Sodom pada kaum nabi Luth yang membinasakan semua penghuninya, awan azab berupa mega naungan yang ketika turun bagaikan api yang membakar kaum Syu'aib, tenggelamnya Fir'aun dan kaumnya di sungai Nil, pekik keras yang menghancurkan orang-orang yang digambarkan dalam surat Yasin.

Sekali lagi, semua kisah tersebut benar terjadi. Dan penyebab turunnya azab Allah swt tersebut tidak lain adalah perbuatan dosa dan maksiat sehingga semua menjadi pelajaran bagi umat manusia hingga hari kiamat. Dalam hadits riwayat Ibnu Majah Rasulullah saw bersabda : "Wahai segenap Muhajirin, ada lima hal yang membuat aku berlindung kepada Allah swt dan aku berharap kalian tidak mendapatkannya. Pertama, tidaklah perbuatan zina tampak pada suatu kaum sehingga mereka akan tertimpa bencana wabah dan penyakit yang tidak pernah ditimpakan kepada orang-orang sebelum mereka.

Kedua, tidaklah suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan melainkan mereka akan tertimpa paceklik, masalah ekonomi dan kedurjanaan penguasa. Ketiga, tidaklah suatu kaum menolak membayar zakat melainkan mereka akam mengalami kemarau panjang. Sekiranya tidak karena binatang, niscaya mereka tidak akan diberi hujan. Keempat, tidaklah suatu kaum melakukan tipuan (ingkar janji) melainkan akan Allah swt utus kepada mereka musuh yang akan mengambil sebagian yang mereka miliki. Kelima, tidaklah para imam (pemimpin) mereka meninggalkan (tidak mengamalkan Al-Qur'an) melainkan akan Allah swt jadikan permusuhan antar mereka."

Rasulullah saw juga bersabda : "Jika engkau dapati Allah Azza wa Jalla memberikan limpahan kekayaan kepada seorang hamba padahal hamba itu tetap berada di dalam kemaksiatan, maka tak lain hal itu merupakan penundaan tindakan dari Nya" (HR Ahmad)
Selanjutnya beliau (Rasulullah saw) membaca ayat yang artinya : „Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." (QS Al-An'aam : 44)

Imam Ahmad meriwayatkan, Abi Rafi' bercerita bahwa Rasulullah saw pernah melewati pekuburan Baqi. Lalu beliau berkata, "Kotorlah engkau, cis ... !" Aku menyangka kiranya beliau maksudkan diriku. Beliau bertutur, „Tidak, cuma inilah kuburan si fulan yang pernah kuutus untuk memungut zakat pada bani fulan lalu dia mencuri baju wol dan kini dia sedang dipakaikan baju yang serupa dari api neraka.

Dalam shahih Muslim dikatakan bahwa Rasulullah saw pernah bersabda : "Penduduk yang di dunia begelimang kesenangan sementara dia itu termasuk ahli neraka dihadirkan pada hari kiamat untuk kemudian dicelup dengan celupan neraka. Kemudian kepada mereka dikatakan, „Hai ibnu Adam, adakah kau lihat kebaikan ?" Dia menjawab, "Wallahi, tidak ya Rabbi !" Dan manusia yang di dunia paling sengsara hidupnya sementara dia itu calon penghuni surga akan dicelup dengan celupan surga. Lalu kepada mereka akan dikatakan, "Hai ibnu Adam, adakah kau peroleh kesengsaraan? Adakah kau temui kegetiran?" Dia menjawab, "Tidak, demi Allah ya Rabbi, tidak kudapati sama sekali.""

Sedangkan dalam shahih Muslim Rasulullah saw pernah bersabda tentang 3 golongan manusia yang pertama diadili di hari akhir. Golongan pertama adalah mereka yang mati syahid. Diantara mereka wajahnya tersungkur dan diseret ke neraka karena ternyata perang yang telah dilakukannya semata-mata hanya agar disebut pahlawan. Golongan kedua adalah orang yang sering membaca Al-Qur'an, rajin menuntut ilmu dan senantiasa mengamalkan pengetahuannya. Namun ternyata mereka juga tersungkur dan diseret ke dalam nereka. Mengapa ? Karena ternyata mereka hanya ingin mendapat gelar sebagai orang alim dan pintar.

Golongan ketiga adalah seorang laki-laki yang seluruh kekayaannya dia korbankan. Tetapi nasibnya sama dengan kedua golongan sebelumya, ia tersungkur dan diseret ke neraka, karena ia melakukan itu agar dikatakan dermawan.
Masih banyak ayat-ayat Al-Qur'an maupun sabda Rasul yang menggambarkan akan bencana apa yang dialami oleh orang yang berbuat maksiat. Namun cukuplah kiranya beberapa ayat, hadits dan kisah diatas menjadi pelajaran bagi kita untuk bisa diambil hikmah dan membuat kita lari dari perbuatan maksiat.

Selanjutnya pada bagian dua dari tulisan ini akan kita lihat 26 pengaruh dan bahaya maksiat yang dapat langsung dirasakan oleh setiap diri manusia, seperti yang dituliskan oleh Ibnul Qayyim Al-Jauziah dalam bukunya „Aatsaarul Ma'ashi wa Adhraaruha" (Akibat Berbuat Maksiat).

1. Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'i yang luar biasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.

2. Maksiat Menghalangi Rizki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rizki. Maka meninggalkannya berarti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya" (HR. Ahmad)

3. Maksiat Menimbulkan Jarak Dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa diatas dosa."

4. Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain
Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kendaraan) dan istriku."

5. Maksiat Menyulitkan Urusan
Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya. Maksiat Menggelapkan Hati Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gulita. Ibnu Abbas ra berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rizki dan kebencian makhluk."

6. Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia butuhkan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fisik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fisik bangsa Persia dan Romawi.

7. Maksiat Menghalangi Ketaatan
Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mengalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

8. Maksiat Memperpendek Umur dan Menghapus Keberkahan
Pada dasarnya, umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan dzikir kepada Allah serta mementingkan keridhaan-Nya.

9. Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain
Seorang ulama Salaf berkata, bahwa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

10. Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertobat. Inilah yang akan menjadi penyakit hati yang paling besar.

11. Menghilangkan Keburukan Maksiat Itu Sendiri dan Memudahkan Dosa
Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, maka ia tidak lagi buruk memandang perbuatan itu, sehingga maksiat itu menjadi adat kebiasaan. Ia pun tidak lagi mempunyai rasa malu melakukannya, bahkan memberitakannya kepada orang lain tentang perbuatannya itu. Dosa yang dilakukannya dianggapnya ringan dan kecil. Padahal dosa itu adalah besar di mata Allah swt.

12. Maksiat Warisan Umat Yang Pernah Diazab
Misalnya, homoseksual adalah warisan umat nabi Luth as. Perbuatan curang dengan mengurangi takaran adalah peninggalan kaum Syu'aib as. Kesombongan di muka bumi dan menciptakan berbagai kerusakan adalah milik Fir'aun dan kaumnya. Sedangkan takabur dan congkak merupakan warisan kaum Hud as. Dengan demikian bisa dikatakan, bahwa pelaku maksiat jaman sekarang adalah kaum yang memakai baju atau mencontoh umat terdahulu yang menjadi musuh Allah swt. Dalam musnad Imam Ahmad dari Ibmu Umar disebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongannya."

13. Maksiat Menimbulkan Kehinaan dan Mewariskan Kehinadinaan
Kehinaan itu tidak lain adalah akibat perbuatan maksiatnya kepada Allah sehingga Allah pun menghinakannya. „...Dan barang siapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (QS. Al-Hajj:18) Sedangkan kemaksiatan itu akan melahirkan kehinadinaan, karena kemuliaan itu hanya akan muncul dari ketaatan kepada Allah swt. „Barang siapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu ..." (QS. Al-Faathir:10) Seorang Salaf pernah berdoa, „Ya Allah, anugerahilah aku kemuliaan melalui ketaatan kepada Mu, dan janganlah Engkau hina dinakan aku karena aku bermaksiat kepada Mu."

14. Maksiat Merusak Akal
Ulama Salaf berkata, bahwa seandainya seseorang itu masih berakal sehat, maka akal sehatnya itulah yang akan mencagahnya dari kemaksiatan kepada Allah. Dia akan berada dalam genggaman Allah, sementara malaikat menyaksikan dan nasihat Al-Qur'an pun mencegahnya, begitu pula dengan nasehat keimanan. Tidaklah seseorang melakukan maksiat kecuali akalnya telah hilang.

15. Maksiat Menutup Hati
Allah berfirman, „Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka." (Al-Muthoffifiin:14) Imam Hasan mengatakan hal itu sebagai dosa yang berlapis dosa. Ketika dosa dan maksiat telah menumpuk maka hatinya pun telah tertutup.

16. Maksiat Dilaknat Rasulullah saw
Rasulullah saw melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah petunjuk jalan, padahal petunjuk jalan itu sangat penting (HR Bukhari), melakukan perbuatan homoseksual (HR Muslim), menyerupai laki-laki bagi wanita dan menyerupai wanita bagi laki-laki, mengadakan praktek suap-manyuap (HR Tarmidzi) dan sebagainya.

17. Maksiat Menghalangi Syafaat Rasul dan Malaikat
Kecuali bagi mereka yang bertobat dan kembali ke pada jalan yang lurus, sebagaimana Allah swt berfirman : „(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : „Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertobat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyla-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam surga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang sholeh diantara bapak-bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan." (QS: Al-Mukmin:7-9)

18. Maksiat Melenyapkan Malu
Malu adalah pangkal kebajikan, jika rasa malu telah hilang, hilangkah seluruh kebaikannya. Rasulullah bersabda : „Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesukamu." (HR. Bukhari)

19. Maksiat Meremehkan Allah
Jika seseorang berlaku maksiat, disadari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah perlahan-lahan lenyap dari hati. Jika perasaan itu masih ada, tentulah ia akan mencegahnya dari berlaku maksiat.

20. Maksiat Memalingkan Perhatian Allah
Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan syaitan. Allah berfirman : „Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (QS. Al-Hasyir:19)

21. Maksiat Melenyapkan Nikmat dan Mendatangkan Azab
Allah berfirman : „Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)." (QS Asy-Syura:30)

Ali ra berkata : „Tidaklah turun bencana malainkan karena dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan karena tobat."

22. Maksiat Memalingkan Istiqamah
Orang yang hidup di dunia ini bagaikan seorang pedagang. Pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi. Ialah Allah yang akan membeli barang itu dan dibayarnya dengan kehidupan surga yang abadi. Jika seseorang menjualnya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, ketika itulah ia tertipu.

Sumber : Al-Qur'an & Sunnah dan Akibat Berbuat Maksiat, karya Inbul Qayyim Al-Jauziah

Saturday, July 26, 2008

AdAkAh KiTa ISLAm???



Assalamualaikum

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita
menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering
lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang
Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,
kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,
peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah
kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah
bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa
kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha
dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat,
bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang
ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya
disisi Islam dan sanggup membiarkan diri kita dalam gejala ikhtilat.Kita sanggup meluangkan masa dengan teman kita yang bukan muhrim dengan bersms,chatting,dating dan sebagainya. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau
sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita
masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam
anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana Z
ain...??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah
kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri
kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya,
wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!



Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,
Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita
menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita
sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya
Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa,
kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa
banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan
diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari
perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti
yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua
itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ... **
kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita
tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa
hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Ketahuilah
bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam NERAKA
yang paling JAUH..... sejauh bintang Suraya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh
sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita????

Kita adalah hambaNya.



Wallahu'alam

Sunday, July 13, 2008

TiNtA tAuBaT



Ampunkanlah aku, sesungguhnya dosa-dosaku telah
meliputi diriku

Matikanlah aku didalam agama Nabi Muhammad

Hidupkanlah hatiku dihari semua hati hidup

Sembuhkanlah hatiku dari penyakit yg menguasainya
Ya Allah yg mengubati para hamba
kurniakanlah rasa hampir denganMu

Aku sangat perlukan Engkau dan kasihkan Engkau
Kurangkanlah kegelinciranku

Kurniakan rasa hampir denganMu
Sesungguhnya penyakitku akan sembuh dengan rasa hampir denganMu

Terlalu panjang malam aku melakukan maksiat itu
Malam itu telah berlalu dan dosanya tetap ada pada diriku

Apakah daya upayaku,
aku telah melakukan derhaka secara jahil
Bagaimanakah aku tidak malu,Engkau sentiasa melihat dan menunggu
YA RABBI

Taubat bermakna kembali dr berbagai sifat tercela kepada berbagai sifat terpuji.Dikatakn sesiapa yg kembali dr perkara-perkara yg berlawanan dgn hukum Allah dlm keadaan takutkan azab Allah,maka dia adlh orang yg bertaubat dr dosa.

Wajib bg seseorang hamba agar segera bertaubat supaya ia dapat membersihkn diri dr kemurkaan Allah dan agar dia terlepas dr seksaan yg selama-lamanya dan dapat mencapai kebahagiaan yg abadi dan dapat pula menghampirkn diri dipintu Allah dan rahmatnya.Agar dia dapat taufiq dan hidayah untk membuat perkara ketaatan.

Firman Allah:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kpd Allah hai orang-orang mukmin agar kamu beroleh kejayaan"

Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertaubat dengan taubat nasuha"

Sabda Nabi:
"Sesungguhnya Allah tdk melihat rupa dan tidak pulakpd harta kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu"

KELEBIHAN TAUBAT

firmaN Allah:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertaubat dan Allah kasih terhadap orang-orang yg menyucikan diri"

Sabda Nabi:
"SeSungguhnya Alah membuka tangaNya pd waktu malam untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu siang dan Allahembuka tanganNYa pd waktu siang untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu malam,hinggala terbit matahari dari barat"

Sabda Nabi:
"Orang yg bertaubat itu adalah kekasih Allah dan orang yg bertaubat dr dosa itu seperti orang yg tdk ada dosa langsung"

Sabda Nabi"
"Sesungguhnya kebaikn-kebaikan itu akan menghapuskan berbagai kejahatan sebagaimana air menghapuskan kekotoran"


Ya Tuhanku kurniakanlah taubat sehingga aku dapat bertaubat

Syarat-syarat taubat:

1)ada rasa menyesal terhadap dosa-dosa yg dilakukan
2)keazaman tidak akan kembali atau mengulangi dosa
3)hendaklah meminta maaf kepada orang yg dizalimi
4)hendaklah meminta halal dari orang-orang yg pernah bersengketa kemudian berbuat baik kepada mereka sekiranya boleh
5)wajib mengqadhakan perkara-perkara yg difardhukan keatasnya yg tlh tertinggal
6)setelah bertaubat maka wajarlah ia mengasuh dan membiasakn diri untk taatkan Allah
7)hendaklah ia meninggalkan sahabat yg jahat
8)Janganlah meninggalkan taubat jika ia melakukn dosa lagi kerana seseorang itu bila bertaubat Allah terima taubatnya.
9)tidak wajar ia berputus asa dr rahmat Allah

Firman Allah:
"Sesungguhnya tidak berputus asa dr rahmat Allah kecuali orang-orang kafir"

Hujjah al-Islam al-Ghazali berkata:

"Sesiapa yg tidak segera bertaubat dengan melambat-lambatkannya ia berada diantara dua bahaya besar;
1)kegelapan maksiat itu akan bertompok-tompok didalam hatinya sehingga jadilah ia sebagai dinding yg menghalang yg sangat keras yg tdk boleh dihapuskan
2)ia akan segera sakit atau mati maka ia tidak dapat peluang dan masa untuk berusaha menghapuskan kegelapan dosa itu.

Oleh itu maka diriwayatkan didalam al athar:
"Bahawa kebanyakan keluhan ahli neraka ialah disebabkan sifat berlambat-lambat tersebut dan kebanyakan jeritan mereka ialah: Hai celakanya org yg melambat-lambatkan.Tidaklah binasa masuk neraka orang yang binasa itu kecuali dengan bertangguh-tangguh dan tidaklah berjaya orang yg berjaya masuk syurga itu kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera"




WAHAI SAHABATKU SEKALIAN ,MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KEMBALI KEPADANYA

BERSAMBUNG.....

Wednesday, July 9, 2008

DeRaP pErJuaNgAn



Hancurkan runtuhkan kekuatan musuh
janganlah menyerah Allahkan selalu bersamamu

Derap langkah para mujahid seolah menggetarkan bumi
Membangkitkan takbir Illahi seluruh pelusuk negeri

Kami ini takkan pernah gentar melihat para serdadu musuh
Walaupun kami hanya berbekal kebangkitan serta batu-batu

Wahai muslimin dipenjuru dunia mari kita bersatu-padu
Satukan hati kuatkan barisan untuk capai
semua kemenangan

Munsyid : Ruhul Jadid

p/s:teringat kenangan lagu tema semasa daurah kepimpinan

Ya Allah jadikanlah daku pembela agamamu Ya Allah

Sunday, June 29, 2008

MEnGiNgAtI aKhIrAt BaNgKiT kEiNsAfAn



AL-QURAN adalah kitab dan mukjizat paling indah. Keindahannya bukan sekadar untuk diperdengarkan bacaannya tetapi diambil perhatian mengenai peringatan dan ancaman yang dijelaskan dalam ayatnya sebagai menambahkan ketaatan manusia kepada Allah pencipta semesta alam.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Apabila matahari digulung dan bintang berjatuhan dan apabila gunung dihancurkan dan unta yang bunting ditinggalkan tidak dipedulikan dan apabila binatang liar dikumpulkan dan lautan dijadikan meluap dan apabila roh dipertemukan dengan tubuh, bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup ditanya kerana dosa apakah ia dibunuh, dan apabila catatan amal perbuatan manusia dibuka dan langit dilenyapkan dan apabila api neraka jahim dinyalakan dan syurga didekatkan, maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang sudah dikerjakannya, sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang yang beredar dan terbenam demi malam apabila sudah hampir meninggalkan gelap dan demi subuh apabila fajarnya mula menyingsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan mulia yang mempunyai kekuatan, kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai arsy ditaati lagi dipercayai." (Surah at-Takwir, ayat 1-21)


Rasa takut dan cemas terbayang menekan kita. Ketakutan meliputi seluruh alam dan mencemaskan jiwa serta menggoncang dada. Malah, ketakutan mencengkam seluruh bumi dan langit yang digerakkan lagi oleh ketakutan dan digentarkan pula oleh firman-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Apabila terjadi hari khiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai kejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung dihancur luluhkan sehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan." (Sural al-Waqiah, ayat 1-6)

Pada saat lain, ketakutan itu terlintas dalam bayangan dan bergoncang perasaan. Semua itu sebagai peringatan kepada kita untuk menambah ketaatan dan ketakwaan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya." (Surah al-Hajj, ayat 1-2)




Demikian gambaran demi gambaran yang ditampilkan Allah mengenai pemandangan hari kiamat. Sesekali perasaan takut merasuk ke jiwa dan pada saat lain berasakan kemantapan dan ketenangan.

Sesekali terbayang api neraka yang membakar dan sesekali pula hembusan sejuk angin syurga menerpa, lantaran itu pengenalan terhadap alam akhirat menjadi penting dan sempurna sebelum hari yang dijanjikan itu tiba.

Firman Allah yang bermaksud:
Hari kiamat; apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu, apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihamburkan." (Surah al-Qariah, ayat 1-5)

Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, ibu bapanya, isteri dan anaknya setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan."

Demikian paparan yang diungkapkan al-Quran mengenai peristiwa yang mengerikan. Ungkapan pemandangan kiamat tentu meresap, membangkit kesedaran dan keinsafan. Betapa hari kiamat senantiasa menjadi perhitungan dalam hidup. Ia begitu lekat dalam hati dan lisan. Lantas kita pun bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan dan ketaatan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Allah akan melipat petala langit di hari kiamat lalu menggenggam dengan tangan kanan-Nya seraya berkata; Aku Raja segala raja! Di manakah orang yang membesarkan diri? Di manakah orang yang menyombong diri? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya seraya berkata: Akulah Raja segala Raja! Di manakah orang yang menyombong diri?"

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan kamu tidak akan mencapai setinggi gunung." (Surah al-Isra', ayat 37)

Kesombongan itu menggelapkan jalan ke syurga, merosak pergaulan, merenggang pertalian, memecah perpaduan. Al-Quran sebagai mukjizat dan penawar selayaknya ditampilkan sebagai panduan, peringatan bukan sekadar bacaan dan nyanyian malah sebagai penyatuan serta keinsafan.

Justeru, al-Quran sebagai mukjizat dan penawar bukan saja untuk dihayati keindahannya, malah memberi petunjuk untuk membina ketaatan, menjadi orang beriman yang membela kebenaran, memelihara diri daripada dosa dan kemurkaan.

Mengingati hari akhirat memberi kesedaran dan keinsafan bahawa penghujung jalan terbentang suatu lagi perjalanan yang masih panjang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...