Wednesday, August 12, 2009

AhLaN BiNa Ya RaMaDaN


Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik.

Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan.

Bila Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, karena mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.


Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Berikut kami kemukakan “8 Tips Menyambut Ramadhan”:

1 Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat.

Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)


2 Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata:

”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.


3 Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan.

Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).


4 Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan.

Ramadhan sangat singkat, oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.





5 Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan.

Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” (Muhamad:21.
)

6 Fahami fiqh Ramadhan.

Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” (Al-Anbiyaa’ :7.)


7 Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs – pembersihan jiwa.

Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.


8 Tinggalkan dosa dan maksiat.

Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31.)

Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”


Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.

Friday, August 7, 2009

MaKaN..sEdihNyA..

Alhamdulillah pagi tadi pukul 11 ada makan-makan dekat rumah akhi zayd umair.Pada mulanya ingatkan semua dapat datang tapi hanya empat orang je yang datang..Yang lain ada hal masing-masing.

InsyaAllah akhi zaid umair akan bertolak ke US menerusi lapangan terbang KLIA
pada hari Rabu - 12 /8/09
check in : 6.40 a.m.
berlepas : 9.00 a.m.

Hmm..sedihnya beliau akan pergi juga meninggalkan kami selama 4 tahun disana.Lepas ni cuma berhubung dengan landasan maya sajalah.Walauapapun tahniah kepada beliau kerana akhirnya tercapai juga hasrat dan cita-cita beliau.

Moga ikatan yang terjalin selama ini akan terus mekar hingga keakhirnya dan diberkati segala usaha yang telah dilakukan selama ini dan semoga semua sekali cemerlang dalam bidang masing-masing..Bittaufiq wannajah wa uhibbukum fillah abada..

minum air jambu lepas solat jumaat

perbualan terakhir bersama beliau


ni makan tengahari sekali ni

hanya kami berempat yang berkesempatan datang

Thursday, August 6, 2009

JaUh...KeSuNyiAn...kEsEpiAn...



(Verse 1)
Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih

Doaku semoga dirimu bahagia

(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama kasih kita dan cinta

(Verse2)
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua

Doaku semoga dirimu sejahtera

(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

(Bridge)
Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupa
Terus kunanti setia
Saat Indah kita bersama

(Repeat Chorus)

Bersama kasih kita dan Cinta

(Chorus kanak-kanak)
Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya

Bismillahirrahmanirrahim

Post entri kali ni mungkin agak jiwang sikit

Penulis pun tidak mengetahui kenapa hati ini tergerak nak menulis entri kali ni pasal topik ini...mungkin untuk mengubat hati yang rasa kehilangan dan kesunyian

Hakikatnya diri ini rasa sunyi hari ini....
rasa macam perlukan sesuatu...
rasa macam perlukan teman...
rasa ingin diri ini disayangi...
perlukan seseorang untuk dijadikan tempat mengadu
perlukan seseorang untuk ceritakan isi hati ini
perlukan seseorang yang bisa memahami isi hati ini
perlukan seseorang yang bisa menaikkan semangat yang luntur ini

diri ini masih mencari-cari siapakah gerangan yang bertuah itu
moga Tuhan menemukannya
dengan teman yang sejati
dengan kasih yang hakiki
jauh dari fitnah dan godaan yang melalaikan

ajarilah diri ini dengan cinta yang hakiki
moga bertemu dengan maghfirah Illahi
demi menuju redha Illahi

Tuesday, August 4, 2009

H1N1 sUaTu EvALUaSi



Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur kepada Allah kerana memberikan kepadaku nikmat kesihatan supaya terus istiqamah dalam beramal soleh demi meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah

Minggu ini sekolah Hidayah dicutikan kerana penyakit influenza H1N1 yang semakin merebak di negara kita sehingga tempiasnya sampai kepada kita semua

Sebelum melangkah lebih jauh ana nak kongsikan sedikit pengalaman ana tentang wabak ini.Untuk pengetahuan semua pada hari ahad yang lepas,jiran taman ana seorang kanak-kanak berumur 12 tahun meninggal dunia disebabkan penyakit H1N1 ini.Pada mulanya ana hanya mahu pergi majlis perkahwinan di rumah jiran ana tapi ana naik pelik sebab selalunya bila pergi rumah kahwin ini orang akan pasang lagu macam-macam tapi hari tu tuan rumah pasang lagu berzanji dan hampir semua orang pakai tudung walaupun ada sebelum ni yang tak pakai tudung

Jadi ana cuba memerhatikan keadaan sekeliling dan ana nampak van jenazah masuk ke dalam rumah kanak-kanak tersebut.Mayatnya diusung masuk kedalam rumah untuk disolatkan.Alhamdulillah dapat bersama sembahyangkan jenazah adik ini.Selesai solat ana jumpa kawan ana(abang dia) dan mengucapkan takziah kepadanya.Dia menceritakan bahawa adiknya telah masuk hospital sejak hari rabu lepas disebabkan demam panas dan akhirnya suspek H1N1.Berita ini masuk kedalam suratkhabar dan kenak-kanak ini merupakan mangsa yang ke-6 dalam Malaysia meninggal dunia akibat penyakit H1N1.



Kesimpulan yang ana dapat buat setelah merenung dan berfikir kenapa penyakit ini begitu cepat merebak sehingga kesannya dapat dirasai oleh warga HIDAYAH sehingga sekolah tutup selama semingguSecara zahirnya boleh kita katakan bahawa ia merupakan faktor cuaca dan persekitaran yang kurang sihat.

Namun hakikatnya Allah mahu kita semua kembali kepadaNya..kembali kepada fitrah insani..Allah mahu kita segera bertaubat kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan..kembali mendaulatkan syiar Allah..kembali mengagungkan kebenaran risalah yang dibawa Rasulullah

Ini semua sebagi satu peringatan dari Allah supaya kita perhebatkan kembali tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar yang semakin hilang dan pudar dalam masyarakat SMIH DAN SRIH.Memang tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar dimana setiap batch ada masalah dan fiil tersendiri.Memang sebelum ini banyak kemungkaran dan kebathilan telah melata di sekolah Hidayah akibat kita menolak kebenaran ajaran Islam dan mengabaikan tugas dakwah dan tarbiah di sekolah kita yang tercinta ini

Mungkin ini adalah sebagai satu pembersihan dari segi rohani yang Allah datangkan kepada kita semua kepada kita dan juga sebagai titik permulaan kepada kita semua untuk menghancurkan dan meninggalkan segala kemungkaran dan sifat jahiliah yang telah lama bertaak dalam hati warga HIDAYAH

fIRMAN ALLAH :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya "

Oleh itu masih ada ruang dan waktu untuk kita perbaiki keadaan sahsiah diri dan hati kita kerana bala Allah tidak datang kepada orang yang berbuat maksit sahaja namun ia datang kepada semua meskipun didalamnya ada golongan orang soleh.Ingatlah bahawasanya Islam dan dakwah itu tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukan Islam dan Dakwah itu sendiri. ISLAH NAFSAKA WAD'U GHAIRAKA




Akhir kalam mari kita renungkan kata pujangga yang indah ini :
"Alangkah indahnya jika Islam itu letaknya di hati bukan disisi"

Sunday, August 2, 2009

ReUnioN UsRaH + M.PeRpisAhAn

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah kerana Allah mengizinkan kami untuk membuat reunion usrah f1 dan f2 setelah lama dirancang.

Program ini juga merupakan majlis untuk meraikan naqib kami yang bakal merantau jauh ke negeri orang bagi mengejar cita-citanya.Ia merupakan suatu yang mendukacitakan kerana kami akan berpisah bagi tempoh yang agak lama.Pelbagai kenangan manis dan pahit kami tempuhi dalam usrah ini.

Jutaan terima kasih juga kepada naqib kami kerana telah banyak membimbing kami sehingga kami mengenal apa itu tarbiah dan apa yang menarik dalam usrah itu serta belanja kami makan...Kami tidak akan dapat lupakan kenangan manis usrah ini yang telah diikat kukuh atas mahabbah dan kasih-sayang yang bertunjangkan aqidah Islam

Sesungguhnya segala jasamu tidak dapat dikira..May Allah bless you my brother..
Moga Allah permudahkan segala urusan naqib kami bagi merealisasikan cita-citanya

Ni organisasi usrah kami(masih segar dalam ingatan)

Naqib : Akh Zayd Umayr Zakaria
Ketua MDP : aKH Abd. Zubayr Aizaini
Bendahari : aKH Syafiq Yusof
Ahli : aKH Abdullah Abbas
aKH Abdullah Haneef Taha
aKH Ahmad Akmaluddin Mazlan
aKH Ammar Aminuddin
aKH Azzam Tarmimi


Dia..
seorang insan yang banyak membimbingku


hidangan sarapan pagi

azzam suruh gambar sopan sikit

lepas main futsal = 11.30 malam habis main...sedih zubayr tak dapat hadir


sewaktu makan dekat sweet 17

hidangan jamuan makan malam

naqibku bersama pengarah program


kumpul dekat surau tmn orkid



semasa jamuan raya

usrah kami semasa form 2

usrah kami semasa form 1

Friday, July 31, 2009

ReNuNgAn BeRsAmA



Zaman dulu ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama ............ "

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke???)
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula...

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar...(aku
igt lg seyh)

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(especially kt Friendster)
"rasa malu tu campak pi Thailand
ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati

Orang cakap budak ......... berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah
saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat
luar!"

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

Tuesday, June 30, 2009

B.O.M

bISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama ALLAH penulis memulakan bicara pada kali ini bertemakan mukhayyam f5
Bersyukur kepada Allah kerana Dia memberi kesempatan kepada hamba ini untuk mengikuti program ini




Nama kumpulan :BOYS OF MUJAHIDEEN ( B.O.M )
mOTO kumpulan :Rijal Ummah
Ketua Kumpulan : Naqiuddin
Ahli kumpulan :Syafiq,Naqib,Isa,Hafiz,Muhammad
Fasilitator : Pak Cik Kamarul Baharin Tawi

Ini adalah mukhayyam terakhir buat kami pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran di HIDAYAH.Program ini memberikan seribu satu kenangan buat kami kerana inilah tahun terakhir kami berada di bumi hidayah.Sedih rasanya nak meninggalkan sekolah ini...


Namun begitu perjuangan kami belum berakhir disini kerana kami mempunyai lebih kurang 4 bulan di Hidayah yang kami cintai ini.Masih belum terlambat untuk kami buktikan kepada semua bahawasanya batchsebelas adalah batch yang terbaik yang pernah dilahirkan oleh institusi pendidikan HIDAYAH terutamanya di dekad yang kedua.Ayuh semua kita buktikan yang kita adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik tak kira dari segi akademik,sahsiah mahupun kurikulum.

Program ini telah membuka minda kami untuk berfikiran jauh dan berjiwa besar disamping menjadi individu yang pandai bercita-cita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita itu



Tujuan kami bersekolah disini bukanlah hanya ingin cemerlang dalam akademik atau kurikulum tetapi juga cemerlang dalam sahsiah yang akhirnya akan mengeluarkan produk yang berkualiti untuk dakwah dan tarbiah itu sendiri
kerana tujuan kita semua diciptakan adalah untuk memakmurkan bumi Allah

Tapi bagaimanakah caranya untuk kita semua memakmurkan bumi ini sebagai khalifah Allah ??
Di sinilah kita semua diajar dan ditarbiah untuk menyiapkan diri mengahadapi segala kemungkinan yang akan berlaku di dunia luar sana di samping menyiapkan diri dengan pelbagai skill sebagai juru dakwah kerana kita semua tidak mahu terlepas dan terpesong dari jalan yang lurus seperti firman Allah :

"Aku mengajak manusia kepada Allah dengan hujah,bukti,hikmah(bashirah) aku dan orang yang mengikutiku (jemaah) " (Yusuf)




Tugas untuk mengajak manusia kepada Allah (dakwah) adalah tugas kita semua dan perlu dilakukan secara berjemaah dan setiap individu yang ingin menjalankan tugas dakwah ini perlulah menjalani proses tarbiah kerana tarbiah itu sendiri akan mengembalikan manusia yang berada dalam kegelapan kepada cahaya kebenaran

Justeru,tarbiah itu mempunyai tunjangnya seperti pokok yang mempunyai akar sebagai tunjangnya dan tunjang tarbiah itu adalah USRAH.Semua individu yang mengaku dirinya sebagai pendakwah tidak terlepas dari usrah(halaqah) kerana konsep usrah itu sendiri adalah untuk membentuk peribadi muslim disamping wasilah lain seperti mukhayyam,rehlah,daurah dan sebagainya

Kesimpulannya kita semua menyedari bahawa tujuan kita semua bersekolah di SMIH bukan hanya hendak cemerlang dalam pelajaran tapi juga cemerlang dalam dakwah dan tarbiah serta menjadi aset penting dalam mengembalikan kegemilangan Islam.



Akhirnya,ingatlah semua rakanku janji kita untuk memberikan yang terbaik dalam SPM,dalam dakwah itu sendiri dan juga kepada sekolah yang kita cintai seperti yang tertulis dalam lagu tema BATCHSEBELAS : JANJI KITA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...