Thursday, December 31, 2009

SeLaMat...



Bismillahirrahmanirrahim..

Ku biarkan pena menulis..
Ku biarkan hati berbicara..
Ku biarkan minda berfikir..

Alhamdulillah..sedar tak sedar sudah genap setahun kita di tahun 2009 M..Overall macamana diri kita pada tahun ini..makin dekat dengan Tuhan ataupun makin jauh ye..bersama kita renungkan dan fikirkan..

Masih ada waktu untuk kita memperbaiki diri agar menjadi yang terbaik dan bersama membuka lembaran yang baru di tahun 2010M / 1431 H

Justeru bila tarikh 31 Dis ini merupakan tarikh bersejarah dalam keluarga Hj.Yusof dan Hjh.Saodah kerana dikurniakan anak perempuan dalam keluarga ini(satu-satunya perempuan) yang masuk tahun ke-9

maaflah tak de hadiah nak diberi..hanya mampu beri hadiah di alam maya

SO,kepada adikku yang tercinta..semoga dirimu menjadi anak,adik yang solehah ye..jangan marah-marah..yang paling penting jangan ikut perangai buruk abang-abang mu ..semoga bertambah umurmu bertambah ketaqwaan dan menjadi pembela agama Allah satu hari kelak

Wednesday, December 30, 2009

SeRuAn iTu..


Bismillahirrahmanirrahim..

Ku biarkan pena menulis
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan minda berfikir

Firman Allah:
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.(al-Furqan : 63-64)

Alhamdulillah bersyukur kita sekalian kepada Tuhan yang tidak henti-henti memberikan kita kesempatan dan nikmat untuk teru hidup di atas muka bumiNya

Dalam ayat diatas dapat kita simpulkan bahawa sifat seorang dai ada 3 perkara :

1)Tawadhu'(rendah diri)
Ramai mungkin dikalangan dai yang asyik menceritakan kelebihan diri dan menganggap dirinya terbaik berbanding yang lain tanpa menyedari hakikat dirinya

2)Balasan yang baik
Sifat seorang dai itu apabila dicerca,dihina,dimaki hendaklah bersabar dan membalasnya dengan mengucapkan kata-kata yang hasanah dan mendoakan yang terbaik untuk madu'nya
"Apabila kita dibaling dengan batu,hendaklah kita membalasnya dengan buah" (al-Banna)

Begitu juga dengan kisah ketika di Taif diimana Baginda Ar-Rasul dibaling batu hingga berdarah sehingga datang malaikat bertanyakan kepada Nabi adakah Baginda mahu bumi Taif itu diterbalikkan,Namun Baginda menyatakan jika tidak mereke beriman dan menerima ajaran ini anak cucu mereka mungkin satu hari nanti kan menerimanya dan Baginda berdoa:
"Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui"

3)Bangun munajat di malam hari
Perkara yang mungkin sukar bagi kita untuk melazimkan diri bangun bertahajjud di tengah malam.Namun persepsi ini perlu diubah khususnya bagi para duat kerana tahajud itu sendiri merupakan kekuatan bagi merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meneruskan perjuangan membawa amanah dan risalah yang berat ini.

Firman Allah :
"Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan(amanah) yang berat kepada kamu"
(al-Muzzammil:5)

Disini juga penulis menitipkan sebuah lirik nasyid perjuangan sebagai renungan untuk kita terus bersemangat dalam membawa risalah agung ini di lembaran yang baru bagi 1430 H/2010M..Selamat Tahun Baru ye semua...

Munsyid : Izzatul Islam

bersama ikhwah dalam LKD

Hai Mujahid Muda
Maju kehadapan
Sibakkan penghalang
Satukan tujuan
Kibarkan panji Islam dalam satu barisan
Bersama berjuang kita junjung keadilan

Jangan bimbang ragu
Tetaplah melaju
Hapus bayang semu
Di lubuk hatimu
Bergerak kedepan bagai gelombang samudra
Lantakkan tirani runtuhkan angkara murka

MAjulah wahai mujahid muda
Dalam satu cita tegak keadilan
Singkarkan batas satukan kata
Kebangkitan ISlam telah datang

Monday, December 28, 2009

PrinT 09

Selamat datang ke kontijen SMI HIDAYAH JB

bersama adik-adik srih,jb
bersama ikhwah hira'(kawan lama sume ni)

nikmatnya.....
pemuda harapan ummah.....
bersama ihkwah hidayah ipoh(kawan lama jugak ni)
bersama ikhwah al amin bangi(kawan lama jugak ni)
time tengok persembahan
bersemangat semua dirikan khemah...

bukan sebarang tido ni(tengah khusyu' baca ma'thurat)

Sunday, December 20, 2009

Why UsRaH no SuCCeSs???


Bismillahirrahmanirrahim

Mungkin post kali ini penulis ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungkan
Sejak kebelakangan ini pelajar-pelajar HIDAYAH dilihat semakin mencabar dan pening kepala dibuatnya untuk mencari solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah pelajar yang kian meruncing..Namun kita dapat lihat salah satu faktor utama kenapa pelajar-pelajar menjadi demikian adalah kerana usrah yang dijalankan adalah kurang muntijah(kurang berkesan)

Berikut adalah faktor-faktor kenapa usrah yang dijalankan kurang berkesan :

1)Naqib/naqibah tak ikhlas bawa usrah(bawa kerana sekolah suruh..tak de ruh)

2)Isu yang dibawa dalam usrah
(isu lapuk..dah lai n bosan dgn topik yg dibincangkan)

3)communication skill nuqaba' lemah

4)Tak faham lagi konsep urah yang sebenar adalah bermula selepas tasbih kafarah


5)Tak pandai buka hati anak usrah


6)Kurang mengenali anak usrah


7)Biarkan anak usrah masa cuti
(tak de follow up)

8)Anak usrah tak rasa macam dalam usrah


9)Naqib/ah tak yakin bawa usrah


10)Cuba tiru gaya naqib/ah lain tapi tak sesuai dgn diri sendiri

11)Anak usrah tak respect sebab:


-naqib/ah nampak tak bersedia

-naqib/ah jumud (sempit)fikiran

-naqib/ah tak tahu isu terkini

-naqib/ah tak dapat jawab banyak soalan yang ditanya

12)perangai/peribadi di luar usrah teruk
(tak cerminkan diri sebagai naqib/ah)

Thursday, December 17, 2009

ReHaTkAh AnDa wAhAi DiRi ???


Bismillahirrahmanirrahim...

Maha suci Allah yang telah mengurniakan hambaNya kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi semua mehnah dan tribulasi dalam menghadapi imtihan SPM yang baru saja usai menutup tirai

Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana akhirnya berjaya juga menghabiskan SPM ni meskipun suatu masa dulu ku rasakan lama menanti detik-detik ini namun sekarang segalanya sudah berakhir dan penulis sudah tamat zaman persekolahannya.

Namun disitu masih banyak lagi masuliyyah yang penulis perlu laksanakan selepas ini sejurus selesai SPM ini

1)ganti balik masa dakwah yang digunakan untuk fokus SPM dulu
2)bantu sekolah dan guru-guru dalam segala segi kerana disinilah tempatku diperkenalkan dengan tarbiah jadi kita semua sebagai alumni kena pastikan adik-adik juga dapat merasakn tarbiah itu di bumi HIDAYAH

Mungkin selepas ini penulis akan sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya PRINT yang akan bermula 18-27 dis(tambah program lain)..jadi kena pastikan sepanjang masa ini digunakan untuk kumpulkan semula energy dakwah di samping merenung sejenak dan merangka beberapa perancangan untuk masa hadapan

jamuan ikhwah di Singgah Selalu malam habis SPM

Yang pastinya pada tahun ini penulis tidak menyertai R2J4..jadi bolehlah guna masa ni untuk tengok dan tolong adik-adik dekat sekolah sekadar yang termampu..jadi guru ke?jaga kooperasi ke?tengoklah mana yang terbaik..dan tidak lupa juga habiskan lesen

kenangan bersama rakan satu bilik:akh Hisham-akh Syafiq-akh Ahnaf-akh Irfan M.


Juga diberitakan tahun hadapan akan ditambah satu kelas lagu untuk pelajar tingkatan 1..maksudnya pelajar HIDAYAH makin ramai dan pelajarnya juga lebih mencabar,justeru pergerakan dan proses tarbiah juga hendaklah lebih laju dan tersusun demi mencapai misi dan visi dakwah iaitu melahirkan lebih ramai generasi pelapis yang faham dakwah dan kader-kader dakwah yang sentiasa hammasah dalam menyebarkan risalah dakwah di bumi HIDAYAH yang tercinta

Oleh itu mari kita renung satu firman Allah berkaitan kemenangan

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah,maka bertasbihlah dan memuji TuhanMu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Sungguh,Dia Maha Penerima Taubat.(an-Nasr:1-3)

Ibrah yang boleh kita ambil melalui ayat diatas walaupun pendek mengandungi makna yang cukup tersirat dan boleh menitiskan air mata jika membacanya dengan hati jernih

1)Apabila kita melihat kemenangan ataupun keberhasilan dalam apa yang kita lakukan,selalunya pdatanglah penyakit kemenangan dalam hati orang mukmin

2)Penyakit kemenangan yang dimaksudkan adalah penyakit lalai dan lupa diri kerana terlalu seronok dengan kemenangan yang diperoleh

3)Oleh itu kita diseru untuk membesarkan Allah,bertaubat dan kembali kepadanya kerana kemengan itu bersifat sementara dan bila-bila masa sahaja nikmat itu Allah boleh tarik semula

Justeru,kaitannya dengan kita yang dalam pasca-spm..janganlah berasa terlalu seronok dengan imtihan SPM yang baru melabuhkan tirainya kerana nikmat dan keseronokan itu bersifat sementara..

kenangan terindah bersama akh Zul(lepas ni dah jarang dah jumpa)

Sebaliknya kita diseru untuk kembali kepada Allah,membesarkanNya kerana telah benyak mengurniakan rahmatNya ketika menghadapi SPM disamping membersihkan hati kita dari segala dosa kerana hidayah Allah itu tidak masuk kedalam hati hambaNya yang membuat maksiat..takut-takut kita lebih jauh dari Allah apabila habis SPM ini..

Tuesday, November 24, 2009

KeHiDuPaN iNi....




Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur kepada Allah yang memberikan kekuatan kepada diri ini untuk terus bermujahadah dalam menghadapi dunia yang fana ini..
Moga Allah reda dengan kehidupanku dan menjadikannya sebagai satu ibadah

Firman Allah :
"katakanlah sesungguhnya solatku,tidurku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Tuhan sekelian alam "

Huh, bila dila dilihat ayat ini bukan mudah untuk dilaksanakan kerana segala amal kita tujukan hanya kepada Allah,tiada yang lain..

Dalam medan jihad SPM INI,penulis tidak menafikan memang sibuk dengan menelaah pelajaran namun disebalik itu terlalu banyak godaan yang cuba merobek iman dalam diri ini..kekadang godaan tersebut menjadikan diri ini lalai dan alpa dengan arus dunia yang fana..

Sungguh tidak dapatku bayangkan ketika ia datang ketika imanku lemah,waktu itu seolah-olah nafsu merajai diri,syaitan durjana merasuk diri..bagaikan hidup ini tiada Tuhan dan syariat...bagaikan hidup ini tiada RAQIB & ATID yang mencatit amal perbuatan..

Sungguh mereka tidak pernah kenal erti jemu untuk mengajak anak adam ini turut bersama mereka di neraka Jahannam...
Namun ku serahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaNya kerana daku tidak mampu menempuhi semua ini bersendirian tanpa rahmat dan kekuatan dariMu..

Ku menyeru kepada diri ini khususnya dan sekelian manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai muslim amnya untuk kita bersama muhasabah diri kita sepanjang umur yang telah Allah pinjamkan buat kita untuk kita merenung sejauh mana kehidupan kita ini berlandaskan syariat Tuhan..

Adakah ianya untuk berfoya-foya??atau ianya untuk mencapai sebuah keseronokan dan kepuasan yang tidak akan kekal lama dan pasti??Adakah kita sanggup membiarkan kehidupan kita ini menjadi kehidupan yang sia-sia dan mengundang kemurkaan Allah...bahkan Allah tidak redha dan memandang hina diri kita dengan tidak memberi sedikitpun rahmatNya untuk kita...nauzubillahiminzalik

Moga Allah beri kekuatan kepadaku dan juga bagi mereka yang merindui janji untuk bertemu dengan sang Penciptanya untuk terus istiqamah diatas jalan yang lurus dan dijauhkan dari penyimpangan yang bisa membawa kepada kesesatan..




Juga buat mereka yang bergelar duat,ingatlah tugas dakwah dan amar ma'ruf nahi mungkar perlu dilaksanakan tidak kira sesibuk manapun kita kerana sesungguhnya kerja itu lebih banyak dari masa yang kita ada seperti kata-kata Hassan al-Banna "AL WAJIBAT AKSARU MINAL AWQAT"..Cuba kita tanya pada diri kita bagaimana keadaan kawan disekeliling kita??bagaimana dengan anak usrah kita?bagaimana dengan wajibat kita seharian??

Juga buat mereka yang sedang menikmati cuti(khususnya adik-adik) untuk sentiasa menajaga diri dan pergunakan masa cuti ini sebaiknya serta jauhilah dari berbuat perkara yang bisa menambahkan lagi dosa kita...

Moga Allah permudahkan segala urusanku dan sahabatku dalam imtihan SPM ini dan dikurniakan kecemrlangan untuk kami semua kerana ia merupakan satu keperluan serta alat untuk kemi meneruskan perjalanan kami sebagai khalifah Allah di muka bumi ini

Friday, October 16, 2009

SyAbAb HaRaPaN uMaT


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana diberi juga kesempatan untuk kami nuqaba' tingkatan 5 untuk adakan slot bersama adik-adik pada Majlis Nuqaba' kali terakhir untuk kami..Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar

Sukanya untuk kami kami kongsikan bersama adik-adik sekalian sedikit lirik nasyid untuk santapan dan renungan kita semua.

Munsyid: Edcoustic
Tajuk: Remaja Peduli
Halo kawan, sahabat muslim tercinta
Kita sambut kemenagan bahagia
Mari kawan, ikutlah bersama kami
Membela risalah Islam di dunia

Remaja peduli, pintar dan mandiri
Giat berprestasi ku persembahkan untuk Ilahi
Bersatu berjihad dalam dakwah Islam
Diatas panji Al-Quran dan As-Sunnah.


hari-hari SPM semakin mendekati...
Ku mohon pd MU TUHAN agar permudahkan segala urusanku...
Kau bantulah aku disaat genting ini...
Kau berilah ilham kepada ku ketika aku sedang berperang...
Kau berilah kemenangan kepadaku dengan memberi KEJAYAAN yang cemerlang
kepadaku....

Ku mohon kepada kalian yang sedang membaca post ini...
dapat mendoakan kejayaan diriku ini...
agar dengan kejayaan diri ini dapat membantu menaikkan nama
ISLAM diserata dunia...
inilah target ku
10A+...
semoga dengan
bantuan doa dari kalian dan diadunkan dengan usaha ana serta
digaul
dengan pertolongan dari ALLAH...
diri ini dapat mencapai target yang dihajati..
selain itu, ana berharap kalian dapat mendoakan kami iaitu
BATCH 11 SMIH
bagi mencapai target
GPK kami iaitu 2.3...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...