Wednesday, September 29, 2010

inDaHNYA iKaTaN UKHUWWAH.....

saifuddin-nazirul-syafiq(teringat kenangan satu kumpulan istima')

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah masih sudi memberi nikmat kepada kita semua antaranya nikmat ukhuwah antara kita...sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu terasa semalam baru kita bersua duduk dipertemukn dan mula berkenalan dgn ahli-ahli majmuah 2...

Namun takdir Allah itu palin berkuasa Dalam minggu ni sahaja Allah telah tetapkan 2 orang sahabat kita pergi meninggalkan um,nilam puri demi meneruskan perjuangan menggapai cita-cita masing..ya Allah begitu hiba hati ini memikirkan pemergian mereka tapi diri ini meredai kerana itu adalah hak mereka..sob2..

Syeikh Nazirul bertolak...

2/10/2010
jam 12.00 a.m
universiti al Azhar,Mesir
bidang perubatan (tak silap 6 tahun)

kata-kata terakhir darinya buat sahabat2 sekalian :
"minta maaf dunia akhirat..ana hamba yg lemah lagi hina"

Syeikh Saifuddin bertolak....

10/10/2010
masa tak pasti lagi
universiti Casablanca,Morocco
bidang Pengajian Islam (4 tahun)

kata-kata terakhir darinya buat sahabat2 sekalian :
"Hanya 2 jenis manusia di dunia.....
1.manusia baik yg melakukan perkara baik
2.manusia jahat yg melakukan perkara jahat
pilihlah yg terbaik sahabatku...Allahuakbar!!! "

Saturday, September 18, 2010

TRaVeLoG RaYa....




perjumpaan raya+reunion ahli LKD(x ramai hadir)

Alhamdulillah...post kali ni banyak entri pasal gambar sahaja sebab mungkin kurang masa...hee..iA gambar itu akan membantu menceritakan segalanya pada diri penulis...bile sebut pasal masa teringat kata2 pak hassan :

"kewajipan itu lebih banyak dari masa"

cam ne ye peperiksaan hampir dekat...walauapapun raya kali ni amat bermakna kerana dapat eratkan semula ukhuwwah yg telah terjalin yg mungkin jadi renggang sikit apabila sume sibuk dengan hal masing2...

raya kali ni memang best kerana pertama kali kami G11 konvoi hampir 7 kereta ke rumah2 ahli G11 dan dapat kumpul dalam 18 ikhwah...juga dapat beraya bersama rakan2 usrah dan LkD yg semestinya meningkatkan balik cas iman dan dakwah sang penulis

bersama usrah lama(reunion+prjumpaan raya)

di rumah akh zubayr

di rumah akh adam


di rumah akh hakim
di rumah Nur Qalbu

bersama tok enggal
bersama hakeem(rockers)

bersama ikhwah kelate

bersama big boss

bukan senang nak kumpul ramai macam ni...best+rindu

G11.....di rumah effy

bergerak seiring mencapai wawasan...di rumah icap

Tuesday, September 14, 2010

TaFaKuR RaYa...


usrati saidah


Tika ini hatiku sayu

Nafasku berderup kencang

Kelopak mataku berkaca

Bibirku terkatup rapat

Langkahku mulai lesu

Mengenang Ramadan yg melangkah pergi




raya bersama keluarga belah ayah


Raya oh raya

Kau datang lagi

Saban tahun kita raikan

Setiap tahun pasti ada perbezaan



raya bersama keluarga belah ibu


Kemeriahannya pasti dirasakan

Bergema alunan takbir

Disetiap pelosok dunia

Memuji nama Ilahi


Anehnya

Alunan itu bergema sayup sekali

Sedangkan ia takbir kemenangan

Takbir membesarkan Tuhan


Di malam raya

Keriangannya tidak terkata

Mainan mercun menjadi mangsa

Duit habis begitu sahaja

Pembaziran berlaku tidak terasa


Kepekatan malam kian hilang

Alunan takbir sentiasa bersahutan

Semua lapisan sambut keriangan

Tidak lupa juga untuk sembahyang


Masjid,surau penuh tidak terkata

Kenderaan bersesakan

hingga tiada tempat letak kereta

fenomena ini sudah biasa

bahkan ada yg teruja

padahal ia sunat semata

mengalahkan solat yg fardhu


Oh Tuhan

Indahnya dunia

Dengannya ramai tergoda



raya bersama syeikh

Oh Tuhan

berapalah umur dunia

Kian hari dimamah usia

Menghitung hari menunggu masa


Oh diri

Jadilah dirimu yang baru

Bertambah iman dan taqwamu

Setelah melalui madrasah Ramadan ini


Nur Qalbu

10/9/10

10.55 am

Sunday, September 5, 2010

RaMaDaN fi KeLaNTaN....

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yg buta

Alhamdulillah tahun ini Allah campakkan diriku untuk merasai tarbiah RAmadan di bumi serambi Mekah..memang jauh berbeza suasana di Johor...selama Ramadan di kelantan penulis dapat merasai suasana iftar,terawih di 4 tempat yang utama di kelantan..jadi bila datang Ramadan datanglh tempat2 ni..penulis susun ikut tempat yg paling best di hati penulis..

1.Masjid Telipot
2.Masjid Muhammadi
3.Masjid Kubang Kerian
4.Stadium

apa yang bezanya ye?

Disini masjid memang jadi institusi utama seperti dalam sirah sewaktu awal-awal Nabi berhijrah ke Madinah...jemaahnya cukup ramai...contohnya solat terawih pada 10 malam terakhir seperti malam pertama di johor bahru..penuh masjid samapi ke luar...itu tidak mengapa lagi belom kita lihat yang lain....

Disini menjadi kebiasaan orang akan berbuka pose di masjid bukan dirumah..jadi jemaah akan berpusu-pusu datang ke masjid....disini juga solat malam,sahur dan solat subuh suasananya hidup...contohnya semasa solat subuh jemaahnya seperti jemaah solat terawih...teringat penulis kepada kata-kata seorang yahudi

"kamu tidak akan lihat Islam ini bangkit selagi jemaah solat subuh tidak menyamai ramainya jemaah solat Jumaat"

disini jemaah i'tikaf pun amat hidup...pendek kata suasan 10 malam terakhir tersangat hidup berbanding di tempat lain menurut pandangan peribadi penulis...jadi ayuh hidupkan malam-malam ramadan kita tidak kira kita dimana jua berada

Penulis juga sempat join program rehlah Masyi....program ini adalah gabungan pelajar KTM,USM,UM yg menjayakn program rehlah masyi,program sempena mengingati perjuangan Rasulullah dan para sahabat berperang dalam perang Badar...alhamdulillah dapat jua merasai secebis perjuangan mereka dengan berjalan sejauh 15KM

Apa yang penulis dapat simpulkan ialah perlunya kita membina dan menyatukan individu-individu yang nak menjalankan sistem dan sistem yang telah tersedia..dan disini perlu dititikberatkan pembinaan individu yang ingin menjalankan sisitem itu bukan fokus utama kita pada perbaiki sistem tanpa wujudnya sokongan yang kuat dari kelompok yg benar-benar mendukung sistem itu....

akhir kalam moga RAmadan kali ini memberi erti pada diri kita dan jadi lebih baik dari ramadan yang lalu



bersama syeikh Abd Rahman dari Mesir yg jadi imam terawikh di masjid Telipot
suasana yg sangat indah bile solat terawih disini ditambah dgn bacaan imam yg sangat syahdu dan boleh membuat orang menangis...amat berbeza org yg baca quran,dia faham kalam Allah tu


bersama sahabat2 di masji kubang kerian

terawih di masjid kubang kerian,ni time jemaah tak ramai


suasana jemaah qiam pukul 3 pagi di masjid Cekok,subhanallah


suasana terawih di masjid muhammadi

lepas iftar di stadium

suasana solat jemaah di stadium
pelajar um yg terlibat program rehlah masyi

suasana solat berjamaah di masjid Telipot

gabungan pelajar KTM,USM,UM yg menjayakn program rehlah masyi,program sempena mengingati perjuangan Rasulullah dan para sahabat berperang dalam perang Badar...alhamdulillah dapat jua merasai secebis perjuangan mereka dengan berjalan sejauh 15KM

Monday, August 30, 2010

خير أمة







Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Kehidupan sesuatu yang memenatkan
Kehidupan sesuatu yang menyedihkan
Kehidupan sesuatu yang merugikan

Ku lihat manusia
sibuk dengan haluan masing-masing
Ke lihat manusia
sibuk mengejar cita-cita
Ku lihat manusia
sibuk dgn hal diri berbanding orang lain

Ku ratapi dunia
umurmu semakin tua
ibarat rumah usang menunggu masa
anak-anak muda hidup semakin bebas
tidak kurang juga mereka yg melayari bahtera hidup
yang jauh dari syariat
nafsu dan syahwat mengatasi segalanya
sehingga penyesalan memerangkap si mangsa

Bangkitlah ummat
kita bina generasi yg baru
yg memahami hakikat islam sebenar
menyedarkan mereka dari lamunan mimpi indah
memperingatkan mereka tanggungjawab dihidupkan

Bangkitlah generasi yg ditunggu
apalah erti hidupmu jika reda Allah
tiada dalam genggaman
apalah erti hidupmu jika kemurkaan Allah
sentiasa menyelubungi kehidupan

Ayuh sahabat
jadi generasi 'khairo ummah'
dalam beramal dan memahami islam
sebagai satu cara hidup
jadi generasi 'khairo ummah'
dalam membawa risalah agung ini




Sesungguhnya Islam akan terus gemilang
menempa pelbagai kejayaan
jangan biarkan diri kita tercicir
dari keretapi kegemilangan itu

Kita lihat
Diri kita punya peranan besar untuk ummat
generasi terdahulu telah membina
sebuah binaan yang indah
berjuang mati-matian untuk Islam
bagaimana kita
adakah sekadar penunggu
sekadar pemerhati

Jadilah kita generasi yg disegani
generasi yg bangga dengan Islam yg dianuti
generasi yg mengasaskan
nilai Islam terhadap nilai jahiliah
generasi yg mendukung
hakikat syahadatain yg dilafazkan acapkali

Nur Qalbu
24/8/10
6.10 am

Tuesday, August 17, 2010

MoMeNTuM RaMaDaN....

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta



>Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di entry ni kerana sejak dua menjak ni sebok dengan pelbagai tugasan pelajaran....Alhamdulillah jua kerana hari demi hari tugasan itu semakin kurang...maklumlah semester ini makin hampir untuk melabuhkan tirainya....bagaimana keadaan bahasa arabku ye...makin bertambah baik atau tidak....kalau tak kena banyak lagi mengaji ni sebab rugi kalau duduk disini tak kuasai bahasa arab sebab ia adalah salah satu kemahiran dan perkara asas yang perlu ada bagi setiap muslim amnya dan jurudakwah khasnya...

Sahabatku sekalian bagaimana ramadan kita kali ini????bertambah baik atau tidak???
sungguh penulis rasakan banyak kelainannya ramadan kali ini...mana taknya setelah berjauhan dari keluarga...hmm...tapi tu bukan fokus utama...beselah tu kita berjauhan dari keluarga...terasa macam begitu pantas masa ini berlalu...macam tak sedar ramadan sudah datang menjemput tetamunya yang rindu untuk bertemu kembali dengannya




Sebagaimana kita tahu Ramadan yang hadir ini bertujuan untuk membersihkan diri kita dari segala dosa dan noda setelah hampir 11 bulan kita sibuk dan bergelumang dengan kegelapan jahiliah...moga ramadan yg datang kali ini memberi sinar hidayah ke arah membersihkan diri kita dan sebagai satu langkah persediaan untuk mencukupkan bekal menghadapi bulan -bulan yg mendatang...

Analogi yang boleh digambarkan adalah ibarat kita naik kereta untuk merancang sebuah perjalanan ke suatu destinasi...tiba-tiba di pertengahan perjalanan kereta kita rosak dan perlu segera hantar ke bengkel atau @ (workshop) supaya dapat meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju....

Samalah dengan ramadan yang kita lalui ini ibarat sebuah perjalanan hidup diri kita untuk betulkan segala kekurangan dan kelemahan diri disamping membekali diri kita dengan sebaik-baik bekalan iaitu bekalan iman dan taqwa serta merebut segala ganjaran yang telah terbentang di depan mata kita..
.>


Firman Allah :

" Tidakkah kamu memperhatikan ayat-ayat al-Quran, adakah hati kamu semua telah terkunci?" (Muhammaf : 24)

jangan kita persiakan peluang ini sahabat...moga kita tidak menyesal di kemudian hari...buatlah yang terbaik sehabis mungkin kerana boleh jadi ini adalah ramadan terakhir kita...ayuh muhasabah semula amalan kita seharian adakah betul-betul telah selari dan mengikut apa yang telah digariskan oleh Islam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...