Wednesday, October 26, 2011

المعسكر اللغوي

para peserta kem Arab..PSU+APIUMNP

peserta ikhwah bersama tenaga pengajar..

Ahlan Wasahlan...

di rantau panjang..

barisan tenaga pengajar+penggerak..

majmuah yg ditugaskn utk persembahan

persembahan nasyid & pentomen

praktis kemahiran kalam di pantai cahaya bulan

di muzium Jahar..

kumpulanku Malaysia+Thailand ~


jalan2 madinah KB..

permainan dalam kumpulan..

Monday, October 17, 2011

BaKTi SiSWa..

tempat kebanyakan program kami dijalankan..

ketika penyerahan anak angkat bersama kuarga angkat..

peserta BAKSIS@MESRA 11

gambar penutup.. beramai-ramai..

bersama kuarga angkat & cucunya di kg.Tujuh,Tumpat,Kelantan
14-16/10/11

trm kasih ayah,mek,k.ila kerna sudi terima kami..

proses makan n minum nyor asli..

kematian salah seorang ahli qaryah..al-fatihah..

motor yang banyak berjasa buat kami berdua sepanjang program ni..

motor antik & multi guna..

kami inginkan kebebasan!..hu..
kereta mahal ni..mana nk dapat loni..

bersama si adik yg comel belako..

permainan bola sepak dengan kain pelekat antara ayah & anak angkat..

Wednesday, October 12, 2011

UKHuWWaH SeMaNiS KuRMa~

skuad kayak UM..he
moga ukhuwwah mekar mewangi..
semanis ukhuwah ber'dhuha' di atas kayak

Malam al-Quds APIUMNP bersama Us.Rofazlin

futsal mahabbah..

Thursday, September 22, 2011

BiSiKaN HaMBa..


Ku renung awan itu
Ku ratapi alam ini

Terasa kerdil diri ini
Terasa diriku terlalu kotor di hadapanMu

Tuhan
Berderai air mata ini mengalir

mengenangkan ujian dariMu
mengenangkan perjalanan hidupku
mengenangkan amanah yang terpikul di bahu ini
mengenangkan keakraban ku denganMu
mengenangkan rahmat dariMu
mengenangkan dosa-dosa dariMu
mengenangkan kualiti amal ku
mengenangkan kesungguhanku dalam mujahadah di jalan ini..

Tuhan
kekadang terasa tak mampu untuk ku gagahi semua ini

Namun
ku yakin dengan ketentuan Mu
pasti terselit seribu satu hikmah

Tuhan
kurniakanku ketabahan
kurniakanku kekuatan
untuk terus mujahadah

agar
bisa menjadi hamba yang terbaik
suatu hari nanti dapatku persembahkan amalku yang terbaik
kerna tujuanku adalah untukMU
bukan kerna MANUSIA

Tuhan
perbaikilah untukku segala kekurangan
tutupilah untukkku segala keaiban
serlahkanlah untukku segala potensi

agar hidupku
terus menjadi manusia yang LUAR BIASA
terus menjadi manusia yang FULL MANFAAT

apiumnp
11:12 am
22/9/11

Saturday, September 17, 2011

PeNiKMaT TaRBiaH ???


Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

“ Tanpa tarbiyah,harakah (organisasi pergerakan) hanya akan menghasilkan peribadi-peribadi yang memahani politik tapi jiwanya keras dan tidak mengenal kelembutan (Muhammad Ahmad ar-Rasyid)

Alhamdulillah ikhwah akhawat yang ana kasihi sekalian,bersyukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat iman dan islam dan yang terutamanya adalah merasai nikmat tarbiah yang datang tidak kunjung malap pada diri kita..Namun cuba kita renungkan sejenak apakah natijah@ kesan dari nikmat tarbiah yang telah kita kecapi selama ini pada diri kita khasnya dan orang disekeliling kita amnya..adakah kita sekadar mahu digelar “PENIKMAT TARBIAH” ?

Sesungguhnya tarbiah inilah jalan untuk mengumpulkan@memaksimumkan potensi dan meminimumkan kekurangan agar menjadi mozaik perubahan..Tanpa tarbiah,pembentukan dan penyusunan yang rapi,ia tidak akan dapat merubah manusia menjadi manusia yang luar biasa dan memahami peranannya sebagai hamba dan khalifah di bumi ini.

Justeru bagaimana kita mampu memikul tanggungjawab yang berat ini dan mahu merealisasikannya dalam kehidupan kita? Jangan dipikul sendirian,sehebat manapun diri kita,kita tidak akan mampu melakukan proses perubahan ini keseorangan kerna kita harus fahami,visi dan misi tarbiah kita bukan sekadar ‘mengaji’ atau ‘menuntut ilmu’ tetapi lebih dari itu.Ia adalah projek besar (the great project) yang akan menghadirkan perubahan yang besar kerna kita ingin melahirkan manusia yang luar biasa dan mencetak kader-kader dakwah yang akan terus memacu kegemilangan ad-deen tercinta ini sehingga semuanya tunduk pada yang Maha Esa.

Tarbiyah adalah kerja yang besar.Setiap risalah besar memerlukan orang-orang(pendukung) yang besar,yang mempunyai matlamat yang besar,naluri besar dan kerja-kerja besar untuk kehidupan besar,akhirat yang tidak ada titik hentinya.

Semoga dakwah terus subur dan mekar mewangi seterusnya menghasilkan buah-buahan yang ranum untuk dipetik.

TERUS BERGERAK
TERUS MEMBINA
TERUS JIDDIYAH..

Akhir kalam begitulah tarbiah

اصلاح الشئ حفظه ورعايته
Islahu syai hifzuhu wa riayatuhu
“Memperbaiki sesuatu,menjaga dan terus memeliharanya”

Akhukum fillah
Al-faqir ilallah

Monday, August 29, 2011

TeTaMu aGuNG..


Ramadan Terakhir

Tanpa ku sedari ia menghampiri dan bakal pergi


Tetamu Agung

Terasa sayu akan pemergianmu

Akan ku jumpa lagikah di masa akan datang


Tetamu Agung

Kali ini

Kau banyak mengajarku

Memang benarlah

Kau Madrasah Tarbiah

Ujian demi ujian datang bertamu

Tak gagah untuk hadapi semuanya


Namun disebaliknya

Kau sajikan kemanisan

Dan hikmahnya tersendiri


Tuhan

Ku mohon padaMu

Agar dikekalkan tarbiah Ramadan ini


Moga hidupku lebih terarah

Moga dakwah dan tarbiahku lebih kencang

Moga hidupnya diri ini lebih bermanfaat pada yang lain

Moga dibukakan hikmah dan hijab yang tersembunyi

Moga ditunjukkan jalan keluar atas segala masalah

Moga diri sentiasa dalam petunjukMu

Thursday, August 25, 2011

NoTa RaMaDaN..


i'tikaf bersama(pelajar UM) di masjid Telipot
alhamdulillah berjaya menghimpunkan hampir 35 jiwa

Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur sahabat kerna kita diberi peluang untuk terus hidup dan menikmati hari-hari terakhir Ramadan..yang pastinye Ramadan kali ini sangat lain bg diri penulis..

Apa yang lainnya???

hmm..Ramadan kali ini betul-betul menguji diri kita..mungkin inilah yang dikatakan sebagai Ramadan Bulan Tarbiah Diri...diuji dengan kesibukan,diuji dengan kesakitan dan bermacam ujian lain..moga ku temui kemanisan disebalik ujian itu..pelbagai keputusan pelik yg penulis buat utk Ramadan kali ini..hmm

Sahabat sekalian..

pernah ke kita terfikir apa sebenarnye yg kita nak dari Ramadan ini?

ada orang kata kita nak buru lailatul Qadr
ada orang kata bulan berpuasa
ada orang kata bulan untuk menikmati pelbagai juadah yang sedap-sedap
ada orang kata bulan untuk berubah
ada orang kata ni lah masanya kita baca Quran banyak-banyak..

hmm..so mana satu sebenarnya?
jawapan nye terletak pada diri kita sendiri...
sebenarnya apa target yang kita letak bila sahaja masuk ke madrasah Ramadan ini tulah jawapannya?
ke kita takde target untuk bulan mulia ini?

kenangan Debat dalam Arab di bulan Ramadan
kenangan iftor di Qariah Ramadan (stadium)

bagi penulis..Ramadan ini banyak mengajar erti hidup..memang sangat lain dari Ramadan sebelum-sebelum ini..penuh dengan ujian..hmm..jika boleh kita nak Allah tentukan perjalanan bulan-bulan yang mendatang dengan datangnya Ramadan ini..so kita nak biar Ramadan ini betul-betul bermakna buat diri kita..jadi bila camtu sudah pasti kita akan sehabis mungkin jadikan Ramadan kita itu betul-betul terisi sehingga hubungan dengan Rabb kita betul-betul kuat..

Ramadan ini juga sebagai bekal untuk kita hadapi bulan-bulan yang mendatang..bila battery sudah week..kompas sudah lari dari arahnye..perlu semula dicharge & diperbetulkan semula arahnya agar perjalanan ke destinasi seterusnya betul-betul terjamin..kita nak biar segala amalan yang kita buat semasa Ramadan betul-betul istiqamah dan berterusan di bulan-bulan yang lain kerna istiqamah itu bukan jalan yang mudah tapi perlukan mujahadah

sebagai sang Dai..ia menjamin bekal dakwah kita di bulan-bulan yang mendatang juga..

semoga kita terus thabat dan istiqamah di jalan ini..
semoga kita terus berubah dan mengubah..


kenangan iftor majmuah 2 di rumah akh Sufian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...