Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara
KU biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta
Alhamdulillah sahabat mari kita duduk sejenak memikirkan betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sehingga kita tidak bisa menghitungnya…sungguh sahabat antara nimat yang terbesar kurniaanNya adalah apabila kta dikurniakan petunjuk dan hidayah untuk sentiasa menyesali segala perbuatan masa silam kita yang sarat dengan aktiviti jahiliah dan juga petunjuk untuk sentiasa istiqamah dengan amal soleh kerna sume amalan yang kita lakukan akan berbalik pada diri kita semula
Hidayah
Ku merinduiMU
Ku sentiasa menanti kehadiranMU
Dalam meniti hari-hari yang penuh kegelapan
Hargamu sangat mahal
Bukan mudah untuk dibayar dengan wang ringgit
Apatah lagi dengan kenikmatan dunia
Bahkan kau menuntutku
Untuk sentiasa menyucikan diriku
Mencari-cari ditengah kekelambutan dunia
Kau menuntutku menghubungiku 5 kali sehari
Kau menuntutku sentiasa berhubung setiap malam denganMu
Kau menuntutku sentiasa membaca
novel cinta yang kau hadiahkan padaku
betapa ku ingin berdamping denganMU
tatkala diriku ditinggalkan keseorangan
hidupku penuh tak bermakna
hidupku terasa tidak bermaya
hidupku terasa kesunyian
langkahku rasa begitu hambar tanpaMU
duniaku terasa gelap tanpa sinarMu
terasa hidup ini tiada makna lagi
seolah-olah lebih baik mati
Namun
Kini Ku bersyukur ya Tuhan
Kerna kau sentiasa disisiku
Kerna kau sudi menemaniku
Kerna kau sentiasa berdamping denganku
Ku berasa amat bahagia
Kehadiranmu cukup member erti buatku
Janganlah kau meninggalkanku
Kerna ku tiada siapa
Kerna hanya kau yang memahamiku
Kerna kau ku menjadi diri yang baru
Meninggalkan kehidupan lampau ku
Yang sarat dengan kekotoran dan kemunafikan
Ya Tuhan ku serahkan diriku padaMu
Kurniakanlah yang terbaik buat hambamu
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati hambamu
Tetapkanlah hati ini di atas jalan yang lurus
oleh Nur Qalbu
9/11/10
23:20
1 comment:
Hidayah adalah kebaikan pemberian Allah kepada hambaNya yang terpilih. Dan bukan sifat hambaNya yang terpilih sekiranya masih ada sifat pemalas dan culas dalam melaksanakan perintahNya.Seronok melakukan amal soleh dan bergegas melakukannya adalah sifat hambaNya yang terpilih.
Post a Comment