Ummat ini
Dulu ibarat singa
Ummat ini
Dulu ibarat helang rajawali
Ummat ini
Dulu ibarat
Angkatan berkuda
Ummat ini
Perlu kita baiki
Ummat ini
Perlu kita bangunkan
Ummat ini
Perlu kita cari penawar
Ummat ini
Perlu kita aturkan
Ummat ini
Perlu kita kuatkan
Ummat ini
Perlu kita sedarkan
Kerana apa?
Kerana kita adalah harapan ummat
Kerana kita adalah jurucakap ummat
Kita lihat ummat kian rapuh
Kian hilang arah tujunya
Hidup hanya sekadar bersuka-ria
Mengecapi nikmat dunia yang sementara
Ummat kita
Sanggup membelanjakan
Sejumlah duit yang besar
Untuk keseronokan dunia
Jua kepuasan nafsu
Tanpa dikira halal haramnya
Tanpa dikira batas-batas syara’nya
Tanpa dihirau keberkatan hidupnya
Ummat kita
Sering ditipu
Sering diperkotak-katikkan
Dengan bahayanya dunia
Dengan bernilanya harta jua takhta
Dengan manisnya cinta suka-suka
Sungguh resah hati ini
Sungguh menangis jiwa ini
Dengan penderitaan yang sedang ummat alami
Tak mampu lagi ku lihat kebejatan ummat ini
Ya Allah
Sesugguhnya hidayah ini milikMu
Buat hambaMu yang terpilih
DiKau kurniakanlah hidayahMu
Bagi menyinari hati-hati yang buta
Saudara/i pembaca yang budiman sekalian
Memang benar ummat islam kini begitu ramai bilangannya
namun kita lihat mereka telah karam di dalam maksiat dan darjat iman mereka
telah menjunam ke taraf yang paling rendah dan mereka telah tercicir dari
darjat kemuliaan. Oleh yang demikian, seorang mukmin itu mestilah sentiasa
berusaha mencari kemuliaan yang lebih sempurna. Mereka tidak akan memejamkan
matanya dan tidak mengelukan lidahnya dari sebarang penyelewengan dan
kecenderungan kepada maksiat dan jahiliah.
GENERASI KITA YANG TERPEDAYA
Sekiranya berbaki iman dalam diri seorang muslim dan
kesan-kesan keghairahan (sayangkan agama) yang menghalangnya keluar dari
agamanya, mereka akan dikalahkan dengan berbagai-bagai kepalsuan dan
diperdayakan dengan berbagai-bagai saduran.
Oleh itu tribulasi yang dihadapi oleh umat islam pada
hari ini tidak hanya terbatas dalam menghadapi pemimpin yang sesat sahaja.
Bahkan menjangkau hingga kepada persoalan system tarbiah. Manhaj pendidikan dan
pembelajaran, bangku-bangku universiti-universiti, akhbar-akhbar,
majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran
dan nilai-nilai Islam di seluruh dunia Islam hinggakan orang yang mindanya
terperangkap di dalam rencana jahiliyah blok barat dn blok timur itu seronok
dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekotoran dan
kebekuan fikiran. Akhirnya kita lihat umat islam sekarang menjadi kuda tunggangan
oleh para taghut tersebut.
Akhir kalam, penulis bawakan serangkap puisi nukilan
penyair terkenal, Muhd Iqbal dalam puisinya :
“ Demikianlah halus dan telitinya latihan yang digunakan
oleh pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.
Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
Ia menukar helang rajawali menjadi buruk denak
Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian
merdu
Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya
Manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa
disedari “
NuR Q@LBu
16/5/12
6.22 pm
No comments:
Post a Comment