Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta
Eh tak habis-habis sebut pasal ini
Apa yang best sangat dengan perkataan ni ?
Ada apa je dengan term ‘ukhuwwah’ ?
Hei-hei sabar dulu
Dengar ambo nak habak mai ni
Ukhuwwah ni mudah untuk kita perkatakan tapi dari sudut
amal..uhuk..jauh sangat untuk Nampak aplikasinya..
Al Banna menyebut tentang ukhuwwah ini :
“ Persaudaraan yang saya maksudkan ialah hati-hati dan
roh-roh dihubungkan dengan ikatan aqkidah. Akidah adalah hubungan yang paling
ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah
kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan
wujud tanpa kasih saying. Rasa kasih saying yang paling rendah ialah berlapang
dada(bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain “
Ha..
Dah rasa ke kemanisan ABC itu ?
Erk..belum lagi..
Nah..anda hendak lagi kan..
Firman Allah :
“Dan ingatlah sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya
daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang Berjaya
“ (al Hasyr : 9)
Copp..
Amacam ?
Nampak tak ukhuwwah teras kegemilangan gitu ?
Sesungguhnya..
Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih
utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan
mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain.
Serigala akan hanya makan kambing yang bersendirian. Orang
mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat
memperkuat antara satu sama lain.
“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain “ (at-Taubah : 71)
Inilah yang sepatunya kita lakukan
Inilah ukhuwwah yang kita idam-idamkan
Ya Allah utuhkankah rabitah hati-hati kami !
# NANGES #
No comments:
Post a Comment