Friday, November 23, 2012

KiTa adalah PeNYeRu !


Bismillah..Alhamdulillah..

Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta..

sekadar perkongsian bersama:

1) Ayat diatas boleh rujuk surah Yusuf:108, yang mana sebagai ayat yang menguatkan lagi kita untuk menjadikan D n T ni adalah segala2nya melebihi apapun dan menjadikan segala paksi kehidupan kita adalah bertujuankan D n T.

2) Ayat ini juga lebih menjelaskan lagi pada kita tentang halatju dakwah kita serta konsep 3 T

3) “ Hazihi sabili “ - inilah jalanku, (blh juga rujuk srh al-Anaam:153) dimana kita meyakini bahawa jalan ini adalah tak lain dan tak bukan adalah jalan dakwah dimana jika kita lihat dalam buku “Toriqud-Dakwah”, Syeikh Mustafa Masyhur menyebutkan bahawa “ jalan dakwah ini merupakan jalan yang satu”

4) “ad’uu  ila Allah “ - Dapat difahami bahawa dakwah yang kita serukan ini merupakan dakwah kepada manusia,mengajak manusia kepada Allah bukan pada nama,jemaah,individu dan yang selain daripada Allah

5) “ala basiratin” – ayat ini membawa kita kepada perlunya kejelasan kita terhadap jalan yang kita lalui ini supaya kita tidak menjadi golongan yang gugur dan tercicir serta ragu-ragu dalam melangkah..wanauzubillah..
Ia juga menekankan beberapa kefahaman kita tentang dakwah (fiqh dakwah),(boleh baca buku Fiqh Dakwah oleh Mustafa Masyhur) dimana antaranya menekankan tentang tertibnya maratib amal, tertibnya marhalah dakwah dan tertibnya wasilah umum dakwah

Maratib Amal :
1)      Individu Muslim
2)      Rumahtangga Muslim
3)      Masyarakat Muslim
4)      Kerajaan Islam
5)      Negara Islam
6)      Khilafah Islamiyah
7)      Ustaziatul Alam

Marhalah Dakwah :

1)      Taarif (pengenalan)
2)      Takwin (pembentukan)
3)      Tanfiz (perlaksanaan)




Wasilah Umum Dakwah :
1)      Iman yang mendalam
2)      Pembentukan yang rapid dan kemas
3)      Usaha dan amal yang berterusan
Seterusnya perkongsian tentang kata2 oleh Syeikh Hassan al-Hudhaibi (Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ke-2)

"Nahdu Duat Qabla Kulli Syai’"
"Kita ada dai(penyeru) sebelum segala sesuatu"

-          Bila diri kita telah kita infaqkan sepenuhnya untuk D n T, maka kita akan memastikan kesemua aturan hidup kita yang pertama sekali adalah untuk D n T..Semuanya adalah atas dasar kepentingan D n T bukan atas dasar kepentingan peribadi..Semua yang kita lakukan semua atas nilaian dan neraca D n T
-          Oleh itu bilamana hidup kita memang secara total untuk D n T maka setiap pemandangan kita,setiap cara pemikiran kita, setiap pendengaran kita, setiap apa yang lahir dari kata-kata kita dan setiap yang terzahir dari perbuatan kita kesemuanya melambangkan imej seorang dai sehingga mungkin boleh disimpulkan dengan sebuah kata2 “ al- Hayah ad-Daiyah” dimana tiada kehidupannya melainkan kesemuanya kehidupan untuk 
D n T

p/s : Allahuakbar..inilah peranan kita,tugas kita yang sebenar..Sungguh mendalam,besar dan bermakna ayat Allah dan sepotong kata-kata ini..Moga Allah beri kekuatan pada kita untuk mengaplikasikannya dalam segenap kehidupan kita..

Thursday, November 8, 2012

ANtaRa JaHiLiaH & AMaNaH


Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

ha..apa yang tergambar difikiran anda semua bila melihat gambar ini?

Bismillah..
Alhamdulillah diberi kesempatan balik bersama akh talhah,abbas n mustaqim ke UM selepas berhari raya haji di Johor..

Sebelum sampai ke UM, sempat menyinggah ke kebun kelapa sawit dan diberi peluang utk membaja kebun ini..sambil2 membaja jangan lupa ambil ibrah utk dikongsikan(pesanan akh Hafizul Amin)..nice!

Mari kita kongsikan bersama apa2 pengajaran(ibrah) yg boleh diambil

1) Proses mencangkul tanah untuk cari tempai dituai baja itu..kadang2 kita cangkul tanah yang keras,adakalanya juga tanahnya lembut..bila tanahnya keras maka tenaga untuk mencangkul juga lebih dan begitu jualah sebaliknya

Begitu jualah hati kita dan tahap iman kita..adakalanya ia mengeras dan adakalanya ia sangat mudah tersentuh..pernah terfikir ke kenapa ye ia mengeras yang teramat??mungkin disini kita lupa bahawa dalam kita sedang menuju kepadaNya dengan menggalas amanah ini, kita bawa sekali beban2 jahiliah itu yang menyebabkan hati kita terasa kering dan kehausan..

Astaghfirullah ...
Bagaimana kita nak teruskan perjalanan ini sedang diri kita diselubungi jahiliah yang amat pekat???
Bagaimana kita nak menyinari dan melembutkan hati2 manusia disekeliling kita sedangkan hati kita kelam dan keras???

Ayuh Sayonara Jahiliah !!!

2) Proses seterusnya adalah proses membaja
Dalam kita membaja, kita akan memilih baja yang terbaik untuk memastikan tumbuhan itu mendapat hak2 nya yang terbaik supaya tumbesarannya tidak terbantut dan dapat kita ambil hasilnya dengan hasil yang terbaik bila sampai masanya.Ada yang guna baja kelawar dan ada yang guna baja organik

Subhanallah..
mari kita relatekan dengan bagaimana binaan kita?
sudah cukupkah baja yang kita beri pada mereka?
bagaimana muayasyah kita dengan mereka?
sudahkan kita tunaikan hak2 tarbiah mereka dengan baik?
kita ingin mereka jadi yang terbaik, kita demund macam2 dari mereka tapi sedikit pun kita tidak melihat apa yang kita telah beri pada mereka
patutkah kita meminta dari mereka sedangkan hak mereka kita tidak berikan?

Allah sungguh banyak lagi kita belum berbuat pada mereka2 yang mempunyai hak pada kita..
Ayuh bangkit dari kelesuan, kealpaan dan kelalaian dalam

MEMBINA DAN DIBINA !!!
MEMBERI DAN DIBERI !!!
BERGERAK DAN DIGERAKKAN !!!

p/s : mari tadabbur (surah Muzzammil : 5) dan
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.  (surah al-Ahzab : 72)


Friday, October 5, 2012

RuNSiNG dengan CiNTa???


Nah..
Anda runsing dengan CINTA???
Mengapa perlu 'feningkan' diri untuk memikirkannya??
Lupakah bahawa Sang Pencipta telah mengirimkan ayat chentaNya pada kita..


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (an-Nur :26)

Bagaimana?sudahkah anda baca dan tadabbur??
Nampak tak peluh-peluh kecil itu?:)

Mari jadikan al-Quran sebagai panduan kita
Lihat sahaja, disini telah tersuluh didepan kita tentang solusi terbaik kepada konflik CINTA ini
Kita sering tersalah tafsir dalam mencari solusi terbaik dalam konflik cinta ini..

Jika begitu..apa dia jalannya???

اصلاح نفسك وادعوا غيرك
"Perbaiki Diri Anda dan Serukan Pada yang Lain"

Inilah jalannya..هذا هو الطريق

Mengapa penulis mengatakan demikian??
Seharusnya dari kacamata dakwah..kita sudah jelas bahawa pemilihan dengan memilih jalan ini menjadi penguat dan kesinambungan buat kita bagi men'sinergi'kan langkah kita untuk terus menapak dan menapak ke tingkatan amal (maratib amal) yang telah pun kita imani iaitu(boleh rujuk Risalah Ta'lim dalam rukun amal) :

1) Fardhu Muslim
2) Baitul Muslim
3) Mujtama' Muslim
4) Islah Hukumah
5) Daulah Islamiah
6) Khilafah Islamiah
7) Ustaziyatul Alam

Nah..lihat sahaja bagaimana kita ingin mencapai UA jika konflik ini masih lagi belum selesai di tahapan awal itu..???

Kekadang kita terlalu sibuk memikirkan untuk ini sehingga ia menjadi penghalang dan halatuju kita yang utama sedangkan sewajarnya ia sebagai penyeri di sepanjang perjalanan kita dan menjadi pelengkap kepada iman kita..

Sungguh si "setan" itu sangat licik dan bergaya dalam mengaburi mata dan perjalanan kita..
Dicucuknya kita dari setiap sudut sehingga kita mula 'kabur' dan lama-lama menjadi seakan-akan si tongkat buta..waiyyanauzubillahminzalik..

Akhir kalam..

Berhati-hati dengan cinta agar Cintanya tidak mengaburi cinta kita kepadaNya..
Moga kita tergolong dalam golongan "Pencinta Sejati"..:)

Thursday, September 13, 2012

KeLaTe dalam KeNaNGaN..



Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..segala puji bagi Allah..memang dan hanya selayaknya puji-pujian itu dipanjatkan kepada-Nya..moga kita sentiasa menjadi golongan yang sedikit seperti mana Allah berfirman dalam ayat ‘chentaNya’

“Dan sungguh sangat sedikit dikalangan kamu hamba yang besukur”

Masyallah terasa sungguh sebentar masa berlalu..pejam celik.pejam celik cuti bakal melabuhkan tirainya, berkhidmat sebagai ‘sukarelawan’ di SMI AMAN pun dah tutup buku semalam..sungguh Ramadan dan pengalaman berada di perantauan sangat bermakna (macam jauh sangat,Kelantan je pun)..penulis pun sudah lama tidak memanaskan jari jemari ini untuk mengungkapkan sesuatu..Alhamdulillah iberi kekuatan olehNya

Alhamdulillah, berada di perantauan selama 2 bulan lebih banyak kelainannya,dan yang paling penting agak sadis dan sayu untuk meninggalkan bumi Serambi Mekah ini (uhuk-uhuk L), namun cuba untuk gagahinya juga kerana ada amanah besar terpikul di bahu ini..

Alhamdulillah selama 2 bulan lebih ini dapat :

1)      Menyaksikan segolongan manusia yang tidak pernah kenal erti STOP dan LELAH dalam dakwah
2)      Merasai kelainan wasail tarbiah dijalankan di sini
3)      Berjumpa ikhwah luar Negara(eg:Russia,France,Tanah Arab) yang sangat komited dengan kerja2 pengislahan dan membina ummat
4)      Merasai suasana Ramadan di Yala & Narathiwat(suasana I’tikaf tu yang penting)
5)      Pengalaman sangat berharga ‘mengajar di SMI AMAN lagi2 dalam kos Pendidikan Islam yang sememangnya kos yang dipilih dalam pengajian(praktikal awal Alhamdulillah)

Alhamdulillah sekarang meneruskan medan yang baru di Universiti Malaya dalam ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam pengkhususan Pengajian al-Quran selama 4 tahun iA..:)




nasyid sekolah yang sangat menyentuh dan penuh makna jika dihayati dan difahami



 kenangan pelajar asrama di pagi hari..
 persiapan untuk bermukhayyam
 minggu peperiksaan tingkatan 2 A




 percubaan PMR




Friday, August 24, 2012

LeB@R@N 2012


كلّ عام وأنتم بخير
Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga

Friday, June 1, 2012

DNA 15..

  DNA 15 solat berjemaah seawal smpai di campside

 DNA 15 siap siaga utk menawan puncak Gunung Arong selepas malam dihiasi dgn munajat di tepi laut

 pendakian DNA 15 bermula..

 DNA 15 berehat sebentar..beriman sejenak..

 DNA 15 berjaya menawan puncak Gunung Arong (232m)
 barisan fasi ikhwah mukhyam f4..

 DNA 15 bersantai di tepi laut selepas turun dari puncak..


kenangan hari terakhir bersama DNA 15..
misi ke GAZA...

Sunday, May 20, 2012

SiNGa yang DiJiNaKKaN










Ummat ini
Dulu ibarat singa
Ummat ini
Dulu ibarat helang rajawali
Ummat ini
Dulu ibarat
Angkatan berkuda

Ummat ini
Perlu kita baiki
Ummat ini
Perlu kita bangunkan
Ummat ini
Perlu kita cari penawar
Ummat ini
Perlu kita aturkan
Ummat ini
Perlu kita kuatkan
Ummat ini
Perlu kita sedarkan

Kerana apa?
Kerana kita adalah harapan ummat
Kerana kita adalah jurucakap ummat

Kita lihat ummat kian rapuh
Kian hilang arah tujunya
Hidup hanya sekadar bersuka-ria
Mengecapi nikmat dunia yang sementara

Ummat kita
Sanggup membelanjakan
Sejumlah duit yang besar
Untuk keseronokan dunia
Jua kepuasan nafsu
Tanpa dikira halal haramnya
Tanpa dikira batas-batas syara’nya
Tanpa dihirau keberkatan hidupnya

Ummat kita
Sering ditipu
Sering diperkotak-katikkan
Dengan bahayanya dunia
Dengan bernilanya harta jua takhta
Dengan manisnya cinta suka-suka

Sungguh resah hati ini
Sungguh menangis jiwa ini
Dengan penderitaan yang sedang ummat alami
Tak mampu lagi ku lihat kebejatan ummat ini

Ya Allah
Sesugguhnya hidayah ini milikMu
Buat hambaMu yang terpilih
DiKau kurniakanlah hidayahMu
Bagi menyinari hati-hati yang buta


Saudara/i pembaca yang budiman sekalian
Memang benar ummat islam kini begitu ramai bilangannya namun kita lihat mereka telah karam di dalam maksiat dan darjat iman mereka telah menjunam ke taraf yang paling rendah dan mereka telah tercicir dari darjat kemuliaan. Oleh yang demikian, seorang mukmin itu mestilah sentiasa berusaha mencari kemuliaan yang lebih sempurna. Mereka tidak akan memejamkan matanya dan tidak mengelukan lidahnya dari sebarang penyelewengan dan kecenderungan kepada maksiat dan jahiliah.



GENERASI KITA YANG TERPEDAYA

Sekiranya berbaki iman dalam diri seorang muslim dan kesan-kesan keghairahan (sayangkan agama) yang menghalangnya keluar dari agamanya, mereka akan dikalahkan dengan berbagai-bagai kepalsuan dan diperdayakan dengan berbagai-bagai saduran.

Oleh itu tribulasi yang dihadapi oleh umat islam pada hari ini tidak hanya terbatas dalam menghadapi pemimpin yang sesat sahaja. Bahkan menjangkau hingga kepada persoalan system tarbiah. Manhaj pendidikan dan pembelajaran, bangku-bangku universiti-universiti, akhbar-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam di seluruh dunia Islam hinggakan orang yang mindanya terperangkap di dalam rencana jahiliyah blok barat dn blok timur itu seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekotoran dan kebekuan fikiran. Akhirnya kita lihat umat islam sekarang menjadi kuda tunggangan oleh para taghut tersebut.

Akhir kalam, penulis bawakan serangkap puisi nukilan penyair terkenal, Muhd Iqbal dalam puisinya :

“ Demikianlah halus dan telitinya latihan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
Ia menukar helang rajawali menjadi buruk denak
Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian merdu
Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya
Manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari

NuR Q@LBu
16/5/12
6.22 pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...