Monday, May 27, 2013

AMaNaH Di SiTu~



Adik-adikku
Kini dirimu telah makin dewasa
Umurmu kian tua
Daku tersenyum gumbira
Melihat perkembangan mu yang mengusik jiwa
Dulu kita bersama di teratak bonda
Kini masing-masing punya hala
Dulu kita sering bersua
Kini rabitah pengikat jiwa
Tiada pengharapan yang ku harapkan dariMu yang Esa
Melainkan redaMu jua
Tiada pengharapan yang ku harapkan dariMu yang Esa
Melainkan jiwa ini berhimpun di syurga
Jiwa-jiwa ini bersama dalam jalan ini
Ampuni diriku yang sering alpa

Akan amanah adik-adik jua keluarga yang tercinta

Saturday, April 6, 2013

DaCiNG ~




Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Ha..soalan cepumas..
apa yang anda fikirkan bile lihat sahaja gambar dan tajuk post kali ni?

"OO ni pro ****"
"Lah nak cite pasal politik ke? mentang-mentang lepas bubar parlimen kan"

Sabau dulu..
bukan itu yang penulis ingin maksudkan..
bukan penulis ingin anda semua 'panas' dengan isu politik atau berkempen bagai tapi penulis ingin kita sama-sama jelas dan lihat politik yang bagaimanakah sepatutnya ada dalam fikiran kita yangg akan kita terjemahkan dalam bentuk amal itu nanti

 Sebelum itu..
Mari anda semua ambil al-Quran dan sama-sama kita lihat ayat Allah (surah al-Haqqah : 19 & 25)

" Adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya, maka dia berkata, " Ambillah, bacalah kitabku ini "

" Dan adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kirinya, maka dia berkata " Alangkah baiknya jika kitabku ini tidak diberikan kepadaku "

Lihatlah sesungguhnya politik yang kita cuba mainkan adalah lebih meluas dari politik yang kita fahami

al - Banna ada menyebut dalam dakwatuna :

" Kami menyeru agar kamu mengamalkan Islam, ajaran Islam, hukum-hukum Islam dan petunjuk Islam. Jika ini kamu rasakan sebagai politik maka inilah politik kami "

Kita melibatkan diri dalam politik negara dengan tujuan membangunkan ummat dan masyarakat yang celik politik, memiliki kematangan dan keberanian bertindak secara politik yang tinggi sehingga mampumenggerakkan perubahan kepimpinan politik negara, menggerakkan perubahan kepimpinan politik negara, menggerakkan agenda politik yang akan menghantar pemimpin terbaik ke mercu kekuasaan, memimpin negara dengan penuh kewibawaan, mendukung satu sistem politik yang adil dan cemerlang."  ( Syeikh Farid)

Inilah prinsip kita !

Nah..
ringkas sahaja..

" Sesungguhnya Isalm itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya "

Saturday, March 30, 2013

UKHuWWaH SeCooL ABC..


Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta


Eh tak habis-habis sebut pasal ini
Apa yang best sangat dengan perkataan ni ?
Ada apa je dengan term ‘ukhuwwah’ ?

Hei-hei sabar dulu
Dengar ambo nak habak mai ni
Ukhuwwah ni mudah untuk kita perkatakan tapi dari sudut amal..uhuk..jauh sangat untuk Nampak aplikasinya..

Al Banna menyebut tentang ukhuwwah ini :

“ Persaudaraan yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan aqkidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih saying. Rasa kasih saying yang paling rendah ialah berlapang dada(bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain “

Ha..

Dah rasa ke kemanisan ABC itu ?

Erk..belum lagi..

Nah..anda hendak lagi kan..

Firman Allah :

“Dan ingatlah sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang Berjaya “ (al Hasyr : 9)

Copp..

Amacam ?

Nampak tak ukhuwwah teras kegemilangan gitu ?

Sesungguhnya..

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain.
Serigala akan hanya makan kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain “ (at-Taubah : 71)

Inilah yang sepatunya kita lakukan

Inilah ukhuwwah yang kita idam-idamkan

Ya Allah utuhkankah rabitah hati-hati kami !

# NANGES # 

Sunday, March 17, 2013

SORGa BuaTMu




Allah..
sangat tersentuh hati ini dengan pemergian beliau..
moga rohNya ditempatkan di kalangan ahli jannah

Akhi..
baru minggu lepas bersama dengan anta dalam satu program
ingat tak lagi kita bersam-sama pergi ambik kereta anta, kita berborak itu dan ini
baru minggu lepas juga naik kereta, bersembang dan makan bersama dengan anta
baru beberapa hari yang lepas anta 'wish'
biarpun baru beberapa kali bersua dan berprogram
sangat utuh rabitah antara kita
ana sangat merasai kehilangan anta

Akhi..
Jika ditanya apa hubungan antara diri ini dengan anta sehingga hubungan kita nampak begitu akrab sedangkan bukan ada pertalian darah ke apa

Jawapannya mudah !

Ia adalah ikatan persaudaraan yang didasari dengan iman
Itulah yang menyatukan rabitah hati kita

Tanggungjawab SH anta telah usai, namun tanggungjawab SH masih kekal ada dipundak ana..

Benarlah firman Allah :

" Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu(lalu gugur syahid), dan diantaranya yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah(apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun "

Sungguh sangat terkesan dengan quote dari anta akhi..

" Dakwah dan Tarbiah Adalah Nadiku,
Mana Mungkin Aku Hidup Tanpanya "

Wahai penduduk dunia ! Dengar ini !

Buat mereka yang Allah masih kurniakan nikmat sihat, hidup
BERINGATLAH !
Dunia ini hanya pinjaman dan akhiratlah jua tempat yang kekal ABADI buat selamanya
Janganlah leka, alpa dan lalai dengan dunia yang fana ini kerna suatu hari nanti tiba jua masanya kita dijemput oleh-Nya

perginya seorang 'RIJAL' menghadap TuhanNya
Tugas kita tetap diteruskan, melahirkan lebih ramai lagi
" RIJAL-RIJAL" di atas muka bumi Allah ini

Berbahagialah anta akhi nun jauh disana
Tunggu ana akhi
Semoga kita bersua kembali di SORGA !

Thursday, March 14, 2013

TaRiKH KeRaMaT iTu..

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta


Saban tahun aku melihat
Saban tahun aku mendengar
Saban tahun aku memerhati

Aku tetap aku yng ini
masih setia dsini
meniti hari-hari
menongkah arus kini

Pada tarikh keramat itu
aku terduduk
pandangan dihala ke dunia
melihat, mentafsir isi dunia
berderai air mata ini
mengenang akan segenap perjalananku selama ini
apa yang telah ku berbuat untuk usiaku
apa yang telah ku berbuat untuk ummat ini

Mungkinkah diriku menjadi asbab mereka-mereka jauh dari Islam
jauh dari hidayahMu
Mungkinkah diriku menjadi fitnah buat Islam
jika benar apalah erti hidupku selama ini

Oo Allah !!!
terasa tak gagah untukku terusku melangkah
adakah hipokrit hambamu ini
belum sampaikah masanya untukku betul-betul meninggalkan 'zulumat jahiliah' ini
sampai bila ia terus begini

Ya Tuhan yang Maha Memberi Kekuatan
pimpinlah daku
bimbinglah daku
sungguh cabaran, mehnah akan terus meningkat
Kau kuatkanlah jua persiapanku, bekalanku 
untuk meniti hari-hari di jalan ini
jauhilah hambamu ini dari tersungkur
tercicir di pertengahan jalan

Ku ingin jadi pendukung bukan penyokong
Ku ingin menjadi aset penting dalam gerabak ini
bukan sekadar sisipan di belakang
Ku ingin mendapatkan cinta high class mu 
bukan cinta Mu yang terbuang
Ku ingin jadi hambaMu yang tersenyum dan puas
bukan hambamu yang tertunduk dan penuh penyesalan

NuR Q@LBu
Bait KUAZ B208
14/3/12
9.37am

Monday, February 25, 2013

ILTiZaMLaH dengan Solat BeRJeMaaH


Ku Biarkan kalam berbicara
Ku Biarkan minda mentafsir segalanya
Ku Biarkan pena merungkai kata-kata
Ku Biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Keutamaan untuk ikhwah solat berjemaah di masjid@surau

Saban tahun kita ditarbiah, masih lagi solatnya tidak berjemaah, masih lagi solatnya terasa seronok secara sendirian dan apatah lagi merasa 'lega' dengan hanya solat di bilik, rumah..

Mana mungkin seorang akh dia melazimi solatnya di bilik dan secara bersendirian, itu kita belum bicara lagi tentang solat di awal waktu dan berada di saf pertama..

Kadang-kadang malu juga dengan golongan tabligh, nampak sensitiviti mereka terhadap solat berjemaah di masjid sangat tinggi! iye sangat tinggi ikhwah!

Inikah kualiti-kualiti yang mahu kita lahirkan dari proses tarbiah di UM ini?
apakah dia?
mereka-mereka yang solatnya kita dapati di bilik dan tidak berjemaah!

Ayuh sama-sama kita perbaiki !

أصلح نفسك وادعو غيرك

Nah, berikut disertakan anjuran kepada kita untuk ILTIZAM solat berjemaah di masjid

Nabi saw. bersabda,

“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, maka ia mengatakan,’ Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedakah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di nafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu mengalir air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, 

"Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, banyakkan melangkah untuk ke masjid dan menunggu solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)

Rasul saw telah bersabda: 

“Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat derajatnya.” (HR.Muslim).

Nabi saw. bersabda,

“Sesiapa yang pergi menuju masjid untuk solat maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi maupun pulang.” (HR. Ahmad)

untuk maklumat lanjut boleh layari alamat berikut :
http://arjunakirana.blogspot.com/2010/09/sembahyang-jemaah-di-masjid.html

Tuesday, February 12, 2013

KeRiaNGaN MenJaDi BaTu - BaTa..



Bismillahirrahmanirrahim..

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merngkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta


Huh..sedar tak sedar dah sebulan lebih tidak menulis di blog ini..mohon ampun atas kelemahan diri ini pada semua..*ampun2!


erm anda sudah lihat gambar di atas?apa yang anda sedang cuba tafsirkan?jeng-jeng-jeng..


Alhamdulillah biarpun cuti sem dapat merasai 2 minggu saja, namun alhamdulillah memohon pada Allah agar masa cuti ni biar berkualiti dan sentiasa berprestasi! Alhamdulillah Allah mengabulkan permintaan itu..tak sampai 24 jam sampai di rumah, us di srih mesej untuk menaburkan khidmat di sana..sungguh sangat rindu untuk kembali semula ke sana dan alhamdulillah berjaya sampai dan mendapatkan spirit dari asatizah yang banyak berjasa pada diri ini..terasa kerdil !


Kedatangan kali ini berbeza sedikit kerana lebih banyak memerhati dan mengamati sekeliling..suka dan teruja sambil senyum sorang-sorang ! Kelibat murid-murid yang dulunya darjah 1, kini sudah berada di darjah 4, dlunya darjah 4, kini sudah darjah 6, guru-guru lama pun makin sedikit, sekolah berwajah baru, adik yg bongsu pun sudah di tingkatan 1..*sungguh pantas masa berlalu~


Anda-anda semua kita kembali ke pangkal jalan..eheh?


Post kali ini ingin berkongsi sedikit tentang gambar di atas..


Sungguh mereka itu sungguh keriangan, sangat merasai nikmat keanak-akan itu bukan?eh

Jika guru-guru masuk ke dalam kelas, beza cara mengajar tahap 1 dan tahap 2, even menengah rendah dan menengah atas. Yang menarik dan uniknya bila mengajar sekolah rendah ini, banyak dibelai, ditunjuk satu-persatu supaya mereka jelas dengan pembelajaran dan pengajaran yang diberikan. kalau tidak kita menjadi mangsa 'kejar' mereka nanti..:)

Apa yang ingin saya ketengahkan disini adalah anda-anda semua teringat tak waktu-waktu di awal-awal kita mula mengenali tarbiah ini?ataupun mula disapa dengan hidayahNya? Masih ingatkah waktu 'keemasan' itu?


Saat kita 'dibelai-belai' oleh murabbi/ah kita..
Saat kita main 'kejar-kejar' dengan mereka..
Saat kita 'dipancing' dengan pelbagai 'umpan' dan akhirnya termakan juga..


Sungguh maniskan waktu itu?
Sungguh kelakar dan terujakan waktu itu?


tup tap tup tap..kita sudah jadi begini dan begitu berkat kesungguhan murabbi/ah kita dalm mentarbiah diri kita

tanpa kesungguhan,
tanpa kesabaran dan mujahadah 
tanpa pengorbanan mereka yang tinggi, 
tanpa keikhlasan mereka dalam beramal,
tanpa munajat dan menitis air mata mereka kerna sayangkan kita,

KITA tidak mungkin jadi begini..mungkin TIDAK !!! mungkin kita sudah hanyut entah ke mana..Allah..semoga Allah membalas jasa mereka-mereka ini dengan jannah dan redaNya..amin ya Rabb !

eh belum habis lagi..sabau..

oleh itu ikhwah akhawat..ia amanah untuk kita !!! (nampak tak gunung jatuh menghempap?)
amanah apa pula ni?

ya..amanah pada kita untuk kembali melakukan kerja-kerja yang telah dibuat pada kita suatu ketika dulu pada mutarabbi(adik2 binaan) kita

Kerana apa?

Kerana mereka bekerja keras bukan suka-suka..kerana mereka jelas dengan peri pentingnya lahira rijal-rijal, kader-kader, pemuda-pemuda, individu-individu muslim yang terus melakukan kerja-kerja dakwah ini 

Kerana supaya dakwah ini terus ada mata rantainya, terus ada generasi yang meneruskannya sehingga tidak ada lagi fitnah di muka bumi Allah ini sepertimana Allah berfirman :

"Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah" ( al-Baqarah : 193 )

Justeru ikhwah akhawat (peringatan untuk diri ini juga)

Mari kita tingkatkan jiddiyah(kesungguhan) kita

Mari kita jadikan sabar dan mujahadah itu kunci untuk terus membuka pintu-pintu mutarabbi kita

Mari kita jadikan pengorbanan kita pengorbanan yang termahal untk agama Allah dan dakwah yang kita cintai ini

Mari kita sentiasa mentajdid(memperbaharui) niat di setiap saat dan hembusan nafas kita

Mari kita jadikan munajat dan menitisnya air mata itu sebagai kemuncak kebergantungan amal kita

Akhir kalam..

" Islam sangat menganjurkan agar para pemeluknya membentuk kumpulan-kumpulan bernuansa kekeluargaan (usrah) dengan tujuan mengerahkan mereka untuk mencapai tingkat keteladanan, mengukuhkan persatuan dan mengangkat konsep persaudaraan di antara mereka dari hanya kata-kata dan teori menuju kerja dan operasional yang konkrit. Oleh kerananya bersungguhlah engkau wahai saudaraku untuk menjadi batu-bata yang baik dalam bangunan Islam ini " (as-Syahid Hassan al - Banna)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...