Sunday, June 29, 2008

MEnGiNgAtI aKhIrAt BaNgKiT kEiNsAfAn



AL-QURAN adalah kitab dan mukjizat paling indah. Keindahannya bukan sekadar untuk diperdengarkan bacaannya tetapi diambil perhatian mengenai peringatan dan ancaman yang dijelaskan dalam ayatnya sebagai menambahkan ketaatan manusia kepada Allah pencipta semesta alam.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Apabila matahari digulung dan bintang berjatuhan dan apabila gunung dihancurkan dan unta yang bunting ditinggalkan tidak dipedulikan dan apabila binatang liar dikumpulkan dan lautan dijadikan meluap dan apabila roh dipertemukan dengan tubuh, bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup ditanya kerana dosa apakah ia dibunuh, dan apabila catatan amal perbuatan manusia dibuka dan langit dilenyapkan dan apabila api neraka jahim dinyalakan dan syurga didekatkan, maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang sudah dikerjakannya, sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang yang beredar dan terbenam demi malam apabila sudah hampir meninggalkan gelap dan demi subuh apabila fajarnya mula menyingsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan mulia yang mempunyai kekuatan, kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai arsy ditaati lagi dipercayai." (Surah at-Takwir, ayat 1-21)


Rasa takut dan cemas terbayang menekan kita. Ketakutan meliputi seluruh alam dan mencemaskan jiwa serta menggoncang dada. Malah, ketakutan mencengkam seluruh bumi dan langit yang digerakkan lagi oleh ketakutan dan digentarkan pula oleh firman-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Apabila terjadi hari khiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai kejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung dihancur luluhkan sehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan." (Sural al-Waqiah, ayat 1-6)

Pada saat lain, ketakutan itu terlintas dalam bayangan dan bergoncang perasaan. Semua itu sebagai peringatan kepada kita untuk menambah ketaatan dan ketakwaan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya." (Surah al-Hajj, ayat 1-2)




Demikian gambaran demi gambaran yang ditampilkan Allah mengenai pemandangan hari kiamat. Sesekali perasaan takut merasuk ke jiwa dan pada saat lain berasakan kemantapan dan ketenangan.

Sesekali terbayang api neraka yang membakar dan sesekali pula hembusan sejuk angin syurga menerpa, lantaran itu pengenalan terhadap alam akhirat menjadi penting dan sempurna sebelum hari yang dijanjikan itu tiba.

Firman Allah yang bermaksud:
Hari kiamat; apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu, apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihamburkan." (Surah al-Qariah, ayat 1-5)

Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, ibu bapanya, isteri dan anaknya setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan."

Demikian paparan yang diungkapkan al-Quran mengenai peristiwa yang mengerikan. Ungkapan pemandangan kiamat tentu meresap, membangkit kesedaran dan keinsafan. Betapa hari kiamat senantiasa menjadi perhitungan dalam hidup. Ia begitu lekat dalam hati dan lisan. Lantas kita pun bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan dan ketaatan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Allah akan melipat petala langit di hari kiamat lalu menggenggam dengan tangan kanan-Nya seraya berkata; Aku Raja segala raja! Di manakah orang yang membesarkan diri? Di manakah orang yang menyombong diri? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya seraya berkata: Akulah Raja segala Raja! Di manakah orang yang menyombong diri?"

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan kamu tidak akan mencapai setinggi gunung." (Surah al-Isra', ayat 37)

Kesombongan itu menggelapkan jalan ke syurga, merosak pergaulan, merenggang pertalian, memecah perpaduan. Al-Quran sebagai mukjizat dan penawar selayaknya ditampilkan sebagai panduan, peringatan bukan sekadar bacaan dan nyanyian malah sebagai penyatuan serta keinsafan.

Justeru, al-Quran sebagai mukjizat dan penawar bukan saja untuk dihayati keindahannya, malah memberi petunjuk untuk membina ketaatan, menjadi orang beriman yang membela kebenaran, memelihara diri daripada dosa dan kemurkaan.

Mengingati hari akhirat memberi kesedaran dan keinsafan bahawa penghujung jalan terbentang suatu lagi perjalanan yang masih panjang.

Sunday, June 22, 2008

MuNaJaT hAmBaMu



Wahai saudaraku,
Dalam kita mengejar dunia,
Janganlah kita alpa akan akhirat,
Kerna itulah destinasi yang hendak kita tuju,

Wahai saudaraku,
Janganlah kita alpa akan amanahNya yang paling berharga,
iaitu al-Quran dan as-Sunnah,
Kerna itulah pedoman yang bisa menyelamatkan kita,
dari azab siksanya yang pedih,

Sedarilah,

Wahai makhluk yang bernama manusia,
kamu adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan,

Bukalah mata hatimu,
tanyalah pada imanmu,
Adakah dikau benar-benar telah bersedia
untuk bertemu denganNya???,

Wahai Tuhanku,
diri ini terlalu banyak melupaimu,
diri ini terlalu banyak melakukan maksiat,
sedangkan ku tahu bahawa,
kehidupan ini hanya sementara,

Wahai Tuhanku,
Ampunilah dosa hambamu ini,
tunjukilah kami jalan kebenaran,
hampirkan kami dengan rahmatMu,
perbaikilah diri kami ini,
perelokkanlah budi pekerti kami,
kuatkanlah ibadah kami,
sejahterakanlah aqidah kami,
mantapkanlah iman kami,
suluhilah hati kami dengan cahayamu,
yang bisa membezakan antara yang hak dan yang bathil,

Wahai Tuhanku,
diri ini sering hanyut dengan godaan dunia,
bantulah hambamu ini,
dalam mengharungi dunia yang fana ini

Monday, June 16, 2008

MuKhAyYaM=wAsILAh TaRbIaH



mukhyyam f4 suatu refleksi diri....

alhamdulillah kita sume dpt mghabiskan dan mgharungi mukhayyam f4 ini dgn baiknya..
smg apa yg kita dpt dan kita lalui ini dpt dijadikn pengajaran dan pedoman..
trm ksh ana ucpkn kpd sume krn mmberikn kerjasama yg baik untk mnjayakn prgrm ini...khususnya banin yg brtndk luar biasa...

ana juga merasa bangga krn mmpunyai sahabat2 yg sume sntiasa hammasah dan mmberikn komitmen yg tinggi dlm mnjayakn sesuatu prgrm yg dijlnkn tdk kira banin atau banatnya...sumenya mmg best...


Namun disitu trdpt bbrapa prkara yg prlu kita prbtlkn dan kita islahkn antaranya:

dr segi prcakapn/komunikasi antara org yg lebih tua,sama baya dan juga adik2 kita

jika dulu tdk ramai batch kita yg ckp perkara2 keji sprt bodoh,babi,sial dan juga sbginya dan akhirnya melupakn budaya pelajar hidayah yg sepatutnya kita amlkn dan kita berasa izzah dgnnya sprti perkataan ana dan anta/anti...

dr segi pemikiran kita yg rata-rata tdk mggmbrkn kita ini seoarang yg berjiwa besar dan juga seorg pemikir Islam @ pejuang Islam
kita lbh sibuk dgn perkara2 yg kecil2 atau yg remeh-temeh tanpa kita sedar disitu trdpt perkara yg lbh besar dan utama yg prlu kita fkrkn dan kita sibuk-sibukkan atau pun disebut sbg awlawiyat...

SETERUSNYA mari kita tanya pd diri kita adkh mukhayym kita pd kali ini dpt memantapkn lg iman kita atau sekurang-kurangnya kita mndpt sesuatu drpd mukahayym kita ini..

jgnlh mukhayyam kita ini hanya mnjadi perkara yg sia2 shj krn kita tlh mengorbnkn masa,duit, dan juga tenaga yg banyak untk prgrm kita ini...

mgkn stkt disini shj yg mmpu ana warkahkn dan smg ukhuwwah yg kita jalinkn selama ini rs berkekalan dan mekar subur mewangi dan mnjadi batch yg terbaik lbh2 lagi kia adlh generasi pewaris kecemerlngan sekolah menengah islam hidayah dan smg mnjadi cnth yg baik trhdp adik2 dan abang2 kita...

jika blh jgn smpai budaya-budaya soleh yg tlh lama wujud di sekolah kita selama ini hilang disebabkn perbuatan yg dilakukn oleh ahli batchsebelas kita sendiri...mari kita fikirkan bersama

jika blh sume orang samada batch yg diatas @ dibwh sumenya tgk kita dan respect dgn kita....insyaAllah

UHIBBUKUM FILLAH...

thanks for the HAPPY TIMES THAT I NEVER WOULD HAVE HAD WITHOUT SHARING THEM

Sunday, June 8, 2008

FiKiRkAn DiRi KiTa



Assalamualaikum
Ana ade beberapa perkara yang nk disampaikan
Agar kita dapat ambil pengajaran...

1. Kenapa kita pakai cantik cantik bile nak pegi shopping dll tapi kita tak pakai cantik cantik bila nk bertemu ALLAH?

2. Kenapa kita semangat sangat nak kerjakan suatu perkara yang bersifat duniawi tapi bila sampai nk tunaikan tanggungjawab kita terhadap ALLAH, kita buat sambil lewa?

3. Kenapa kita bersungguh-sungguh sangat nak mintak maaf kt seseorang atas kesalahan kita tapi kita tak bersungguh-sungguh dalam taubat kita?

4. Macam mana kita boleh sempat habiskan novel dalam satu hari tapi kita takde mase nk bace NOVEL YANG TERAGUNG(AL-QUR'AN) walaupun satu muka surat?

5. Kenapa kita boleh bangun malam untuk tengok perlawanan bola sepak tapi kita tak boleh bangun untuk ber'qiyamullail'?

6. Kenapa kita terlalu merendah diri apabila bertemu dengan orang yang lebih hebat daripada kita tapi tak merendah diri bila bertemu ALLAH?

Friday, June 6, 2008

KEbEnArAn vs KEbAtHiLaN





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Firman Allah:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana peringatan itu sungguh bermakna bg orang Mukmin" (az zariyat : 55)

Semoga Allah permudahkan urusanku untuk menulis perkara penting ini

Pastikan anda membacanya dengan hati yg terbuka dan baca sampai habis

Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kita pnjatkn kpd Allah yg tlh mmberikan pelbagai nikmat kpd hambaNya baik yg bertaqwa @ tidak.Tuhan yg maha Pemurah dan Pengasih yg sentiasa melimpahkn rahmatNya kpd kita semua.Nescaya jika kita hidup tanpa rahmatNya maka sudah lama Allah mengazab umatNya dgn sepedih-pedih azab siksaan disebabkn oleh sifat kita yg sombong dan angkuh terhadap Tuhan yg Maha Kuasa lagi maha Kaya..

Firman Allah:
"Tiada tujuan aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku" (surah az-zariyat :56 )

Baiklah mungkin hampir semua sudah selalu mendengar ayat ini,namun sejauh mana kita memahami intisari ayat ini dan sejauh mana kita beriman kpd ayat Allah ini??? tanyalh ia pada diri kita wahai saudara/i sekalian..

Jika kita betul-betul beriman pd ayat ini nescaya kita tidak akan menjadikan semua perkara yg kita lakukan di dunia ini sia-sia belaka kerana dunia ini adalah tempat kita untuk menyiapkan segala bekalan kita untuk menghadapi akhirat.

Sabda Nabi :
"dunia ini adalah ladang untuk ke akhirat"strong>

Oleh itu, mungkin sebelum ini kita terleka dan terlupa terhadap tujuan hidup kita sampai kita sanggup mencampakkan identiti keislaman kita dan menggantikannya dengan budaya orang barat yg kita sedia maklum dimana mereka sentiasa merancang untuk menghancurkan umat Islam khususnya kpd pemuda dan pemudinya

Dan lebih teruk lagi apabila kita yang bersekolah di sekolah Islam Hidayah dan telah mendapat tarbiyyah begitu lama di sekolah kita yg kita sayangi ini melakukan perkara-perkara yg dilakukan oleh pelajar di sekolah luar yg kurang kefahamannya terhadap Islam..

Contoh yg paling senang sekali cuba kita lihat dalam handphone @ blog kita...berapa banyak lagu yg berkaitan tentang Islam ada dalam handphone @ blog kita atau kita lebih suka mendengar lagu-lagu yg langsung memang jauh dr syariat Islam contohnya lagu2 dr kumpulan barat spt.LINKIN PARK,WESTLIFE,JACKBLACK dan sebaginya yg ntum semua lebih arif dr ana ataupun penyanyi yg mengaku menganut Islam tp menyanyikan lagu yg langsung tdk menggambarkan identiti keislaman mereka ataupun lebih teruk di dalam handphone kita ada lagu2 yg LUCAH dan video2 yg LUCAH spt BLUE...

PERKARA YG KEDUA YG MENYEDIHKAN PENULIS APABILA melihat suasana banat dan banin yg disekolah masyaAllah kealimannya memang tidak dapat ditandingi oleh sesipapun ataupun dekat sekolah dialah yg plg semangat menyuruh orang melakukan kebaikan...tapi apa yg menyedihkan perkara sebegini tidak diteruskan di rumah dan diluar sekolah..Andaian penulis mgkn mereka malu untuk menunjukkan identiti Islamnya atau takut diejek oleh kawan yg berada di sekolah luar...

Contohnya seperti memakai tudung pendek dan baju yg ketat ataupun yg lebih teruk lagi FREEHAIR dengan rasa tidak malunya malah bangga dengan apa yg dilakukannya seperti pergi bersama dengan kawan2 ke tempat membeli-belah dan yg jelasnya mmg tidak menggambarkan segala identiti kita sebagai seorang muslim @ muslimah...

PERKARA YG KETIGA DITUJUKAN KEPADA MEREKA YG SEDANG SERONOK BERCOUPLE Samada sama umur @ tidak..Sedarlah wahai saudara/i yg ku syangi sekalian umur kita masih muda dan seharusnya umur kita digunakan untuk menyumbang kepada Islam.Jika kita sedar Allah sentiasa melihat dan mengawasi kita, nescaya kita tidak berani langsung untuk membuat perkara yg terkutuk ini dan apa yg menyedihkan penulis adalah ada antara pelajar HIDAYAH yg keluar DATING berdua-duaan,berSMS dan berCHATTING dr mlm smpi ke pagi shgga tdk sedar dia tlh mghabskn bnyk duit, masa dan tenaga yg sepatutnya digunakn untuk bgn tahajud bermunajat kpd Allah....



sEDARILAH WAhai saudara/i yg ku kasihi sekalian andainya nyawa kita ditarik ketika kita melakukan maksiat tersebut..apa bekal yg akan kita bawa untuk bertemu denganNya?? dan lupakah kita terhadap azabNya yg tidak terperi sakitnya ketika dimana tiada yg dapat menolong kita melainkan amal soleh kita sendiri....

Justeru ana ingin membawa kita merenung satu ayat Allah yang bermaksud"
" Maka ketika mereka melupakan peringatan yg telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan segala pintu kesenangan untuk mereka sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa" (al Anaam :44)

Akhir kalam jutaan kemaafan dpinta andai menyentuh hati sanubari saudara/saudari kerana niatku hanyalah untuk memberi peringatan untuk kita bersama dan tujuanku hanyalah untuk menegakkan kebenaran yg terselindung disebalik kebathilan.....

fikir dan renungkanlah akan keadaan diri kita ini di hadapanNya

Thursday, June 5, 2008

HiKmAh mErApAtKaN sAf



Memandangkan kte ni bakal2 pejuang ISLAM, ini ada perkara yg menyntuh ttg perkara pling pnting dlm hidup kte: SOLAT

1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.

Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.

Sabda Rasulullah:"Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."(Riwayat Muslim).

Sabda Baginda lagi:"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.


Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.


Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).

5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.

Rasulullah bersabda:"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf."(Riwayat Thabrani).

Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia. Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya. Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari).

Wednesday, June 4, 2008




Bismillahirramanirrahim

Just forwardkan utk makluman kita semua...

Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada

1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.

Seorang bekas paderi Abd Ra! hman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun.En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok,
2. Tidak boleh minum arak,
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah,
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia ) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN

HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun.. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhn! ya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yg paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Keduanya, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun. Pada minggu lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dgn seorg yg berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway ! Cheras); diajar dan diKristiankan oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut diatas sekarang berada di Ulu Yam untuk pemulihan akidah. Kalau kita semua boleh recall, pada beberapa tahun lepas, terdapat seorg paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini..

Terdapat satu kes; recently; dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang . Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yg tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yg pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin ! menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dgn nama yg jelas bukan nama seorg penganut Islam. Jabatan Agama Islan dgn kerjasama Perkim telah berjaya membawa 'lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si'claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.

Di Kedah yg suatu ketika dahulu sibuk dengan Black Metal , kini terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah. Cara mereka men'declare' kan diri mereka free

TeKaD

*********
Kami sadari jalan ini, kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman, yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan, dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini, sepenuh ridho di hati

Kami adalah panah-panah terbujur, yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus, yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli, siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati, hanya ridho ilahi
Robbiiiiiiiiiiiiiiiiii


Kami adalah tombak-tombak berjajar, yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada, langkakan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru, yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezholiman
Asalkan ikhlas di hati, jumpa wajah ilahi
Robbiiiiiiiiiiiiiiiiii


Kami adalah mata pena yang tajam, yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu, ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang slalu tajam, bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi, dakwah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati, nuju jannah ilahi
Robbiiiiiiiiiiiiiiiiii

Oleh: Shoutul Jihad

Tuesday, June 3, 2008

Monday, June 2, 2008

AhWaLuL mUsLiMiN aL yAuM

Ahwalul Muslimin Al Yaum


Tema ini adalah suatu upaya untuk menggambarkan akan keadaan dunia Islam kontemporer (saat ini) dengan segala kelebihan dan kekurangan-kekurangannya. Kondisi umat Islam saat ini penuh dengan kelemahan-kelemahan. Kelemahan-kelemahan itu terkait dengan kapasitas intelektual dan problematika moral.


Kelemahan dalam kapasitas intelektual (Al Jahlu)

Kelemahan umat Islam yang terkait dengan kapasitas intelektual meliputi:

§ Dho'fut Tarbiyah (lemah dalam pendidikan)

Kelemahan dalam aspek pendidikan formal dan informal (pengkaderan) sangat dirasakan oleh umat Islam masa kini. Jika pendidikan juga pembinaan dan pengkaderan lemah maka akan mustahil melahirkan anasir-anasir dalam nadhatul umat (kebangkitan umat).

§ Dho'fut Tsaqofah (lemah dalam ilmu pengetahuan)

Dewasa ini sedang sangat pesat perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi tetapi umat Islam terasa tertinggal bila dibandingkan umat yang lainnya, ini disebabkan karena wawasan umat Islam yang sempit dan terbatas juga lemah dalam mengembangkan ilmu pengetahuan ini disebabkan kemauan umat untuk menuntut ilmu sangat rendah.

§ Dho'fut Takhthith (lemah dalam perencanaan-perencanaan)

Umat Islam sekarang ini tidak memiliki strategi yang jelas. Rencana perjuangannya penuh dengan misteri. Hal tersebut disebabkan umat Islam tidak diproduk dari pembinaan-pembinaan yang baik dan tidak memiliki wawasan ilmu pengetahuan yang memadai.

§ Dho'fut Tanjim (lemah dalam pengorganisasian)

Sekarang ini terjadi gerakan-gerakan yang mengibarkan bendera kebathilan, mereka membangun pengorganisasian yang solid sementara umat Islam lemah dalam pengorganisasian sehingga kebathilan akn diatas angin sedangkan umat Islam akan menjadi pihak yang kalah. Sesuai perkataan khalifah Ali ra "Kebenaran tanpa sistem yang baik akan dikalahkan oleh kebathilan yang terorganisasi dengan baik".

§ Dho'ful Amniyah (lemah dalam keamanan)

Masa kini umat Islam lengah dalam menjaga keamanan diri dan kekayaan baik moril dan materil sehingga negeri-negeri muslim yang kaya akan sumber daya alam dirampok oleh negeri-negeri non muslim. Begitu pula dengan Iman, umat lslam tidak lagi menjaganya tidak ada amniyah pada aqidah dan dibiarkan serbuan-serbuan aqidah datang tanpa ada proteksi yang memadai.

§ Dho'fut Tanfidz (lemah dalam memobilisasi potensi-potensi diri)

Umat Islam dewasa ini tidak menyadari bahwa begitu banyak nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan dan tidak mensyukurinya. Jika umat Islam mersyukuri segala nikmat Allah dari bentuk syukur itu akan muncul kuatut tanfidz yaitu kekuatan untuk memobilisir diri dan sekarang umat Islam lemah sekali dalam memobolisir diri apalagi memobilisir secara kolektifitas.

Kelemahan dalam problematika moral (Maradun Nafs)

Kelemahan-kelemahan dalam problematika moral yang terjadi pada umat Islam sekarang yaitu:

· Adamus Saja'ah (hilangnya keberanian)

Umat Islam tidak seperti dahulu yang berprinsip laa marhuba illalah (tiada yang ditakuti selain Allah) sehingga tidak memiliki keberanian seperti orang-orang terdahulu yakni Rasulullah dan para sahabatnya yang terkenal pemberani. Sekarang ini umat Islam mengalami penyakit Al Juban (pengecut). Rasa takut dan berani itu berbanding terbalik sehingga jika seorang umat Islam takut kepada Allah maka ia akan berani kepada selain Allah tetapi sebaliknya jika ia takut kepada selain Allah maka ia akan berani menentang aturan-aturan Allah SWT.

· Adamus Sabat (hilangnya sikap teguh pendirian)

Umat Islam mulai memperlihatkan mudah mengalami penyimpangan-penyimpangan dan perjalanan hidupnya karena disebabkan oleh :
1. termakan oleh rayuan-rayuan
2. terserang oleh intimidasi atau teror-teror.
Salah satu illutrasi hilangnya sabat (keteguhan) ini adalah prinsif-prinsif hidup kaum muslimin tidak lagi dipegang hanya sering diucapkan tanpa dipraktekan. Sebagai contoh Islam mengajarkan kebersihan sebagian dari Iman tetapi di negari-negeri kaum muslim kondisinya tidak bersih menjadi pemandangan pada umumnya.

· Adamut Dzikriyah (hilangnya semangat untuk mengingat Allah)

Dalam Islam lupa diri sebab utamanya ialah karena lupa kepad Allah. Umat Islam dzikirullah-nya lemah maka mereka kehilangan identitas mereka sendiri sebagai Al Muslimum. Sebagaimana Allah berfirman dalam Qs. Al Hasyr ayat 19 "Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik".

· Adamus Sabr (hilangnya kesabaran)

Kesabaran merupakan salah satu pertolongan yang paling pokok bagi keberhasilan seorang muslim, sesuai firman Allah Qs.2:153 "Hai orang-orang beriman mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar".

Kesabaran meliputi:
1. Ashabru bitha'at (sabar dalam ketaatan)
2. Ashabru indal mushibah (ketaatan ketika tertimpa musibah)
3. Ashabru anil ma'siat (sabar ketika menghadapi maksiat)
Sebagai umat Islam harus memiliki kesabaran ketiganya.

· Adamul Ikhlas (hilangnya makna ikhlas)

Ikhlas tidak identik dengan tulus. Tulus artinya melakukan sesuatu tanpa perasaan terpaksa padahal bisa saja orang itu ikhlas walaupun ada perasaan terpaksa. Contohnya pada seseorang yang melakukan shalat subuh yang baru saja jaga malam sehingga sanat terasa kantuk tetapi karena shalat adalah suatu kewajiban perintah Allah swt ia tetap mengerjakannya dsb.

· Adamul Iltizam (hilangnya komitmen)

Dewasa ini kaum muslimin kebanyakan tidak istiqomah berkomitmen terhadap Islam bahkan tidak sepenuhnya sadar bahwa Islam harus menjadi pengikat utama dalam hidupnya sehingga mereka banyak menggunakan isme-isme yang lain.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...