Monday, January 18, 2010

RaBBi YuSaHHiL...





Bismillahirrahmanirrahim..

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya


Alhamdulillah..dalam kesempitan waktu dapat jugaku mengupdate blog ini..

Sungguh bulan januari ini banyak amanah yang diberi secara tetiba..
Mampukah diri ini melaksanakan amanah ini semua..??

Moga Tuhan beriku kekuatan dan kemudahan dalam setiap apa yang ku lakukan




Apa amanahnya ??


1)Ketua Editor majalah sekolah(inspirasi)
-mula-mula ingat nak tolong sikit-sikit je tetiba kena jadi ket.editor..hmm..mesti ada hikmahnya..


2)Guru SRIH
-sekali tengok macam tak percayakan..tapi baru petang tadi dapat amanah ini..inSyaAllah bertugas sebagai guru ganti selama 2 bulan..esok dah start kerja..cam ne ni lepas ni conform sibuk dengan aktiviti SRIH..majalah lagi..usrah lagi..

3)Pemandu berhemah
-hmm..bilelah nak habiskan lesen ni..rasa macam lama betol..dah habiskn senang sikit nak pergi mana-mana..tak perlu susahkan ibu bapaku lagi..sabarlah dikau wahai diri..

-sebenarnya banyak lagi wajibat yang ada tapi rasanya tak perlu dicerita yang lain tu cukuplah setakat ni


-memang benarlah kata-kata Hassan al-Banna dalam wasiatnya...:


"AL WAJIBAT AKSARU MINAL AWQAT"
-sesungghnya tugas itu lebih banyak daripada masa yang kita ada


- sekurang-kurangnya diri ini tak lah larut dengan permainan dunia yang sering meratah keimanan hambamu Ya Allah

-Sesunggunhya ku bersyukur dengan segala kurniaanmu..mungkin ini lah yang terbaik untukku kerana Dikau mengetahui apa yang baik dan buruk untuk hambamu ini..

Wednesday, January 13, 2010

UMMaH SeMaKiN PaRaH..


Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya

Alhamdulillah..baru sebentar tadi penulis sempat menunaikan solat di masjid dan hari ini di masjid yang berdekatan dengan rumah ini ada kuliah hadis..Semasa duduk-duduk tu tengok keadaan sekeliling dan rasa sedikit kecewa...kenapa saya kecewa tetiba???

Penulis sedikit kecewa kerana sering kali bila hadir ke masjid kebiasaannya kurang yang hadirnya dari kalangan pemuda(syabab) kerana pemuda adalah tiang kebangkitan ummah dan salah satu dari golongan yang akan dinaungi arasy Allah di akhirat kelak

Justeru,masa kuliah hadis ini ada beberapa perkara yang menarik hati penulis...

Ustaz tu cakap antara ciri-ciri wali Allah adalah mereka yang istiqamah dalam amalan fardhu dan sunat..konsep istiqamah yang perlu kita faham adalah setiap hari amal kita bukan sama sahaja tapi setiap hari kita upgrade amal kita walaupun sedikit..itulah maksud sebenar istiqamah..tapi terfikir jugak kita ni kadang-kadang amalan fardhu dan sunat ni banyak sangkut-sangkut..bilalah nak ubah sikap kita ni dan miliki sifat-sifat hamba yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah..

Selain itu,ustaz tu pun cakap dekat dalam sebuah gereja ada satu bilik khas yang berkunci dan tidak boleh dimasuki melainkan paderi mereka yang paling tinggi..bile disingkap rahsia bilik tu sebenarnya menempatkan kitab suci umat Islam iaitu al-Quran..buat apa mereka simpan kitab suci kita tu??semestinya mereka kaji al-Quran untuk hancurkan umat ISlam..hebatkan mereka siap kaji al-Quran lagi(tak payah cite pasal Bible lah)

Tapi lain pula dengan kita umat Islam yang pegangan al-Quran nya entah ke mana..ke jadikan al-Quran tu sebagai perhiasan je dekat rumah..lagilah tak payah cerita pasal Bible atau nak hancurkan musuh Allah..tepuk dada tanya iman wahai saudaraku sekalian..

Selepas itu, ustaz tu pun cakap yang orang yang paling banyak ilmu sekarang ini adalah orang yahudi yang tinggal dekat Iran..kalau nak tahu orang ini ada 17 sijil PHD..fuhh hebat betol manusia ini..kita nak menghabiskan belajar sampai SPM pun macam apa..

Jadinya bilalah umat Islam ini nak bangkit kalau sikap kita masih lagi begini

1)Jauh dari Tuhan sendiri

2)Malas mengkaji perlembagaan dan pegangan yang diiktiraf satu dunia lebih-lebih lagi musuh Allah

3)Tidak cinta akan ilmu bahkan rasa meluat dan bosan bila sebut pasal belajar

Bangkitlah generasi pemuda-pemudi Islam..kita semua adalah harapan ummah untuk memperbaiki keadaan yang makin parah dan mengembalikan semula kegemilangan Islam



Mulailah dengan memperbaiki diri kita semua ke arah yang lebih baik dan perlahan-lahan kita cuba untuk memperbaiki orang di sekeliling kita dan akhirnya akan wujudlah sebuah masyarakat yang benar-benar faham Islam dan menjalani kehidupan berdasarkan manhaj Islam serta sekaligus merampas semula hak kita umat Islam iaitu hak hakimiah Allah yang sudah lama tidak dijalankan di muka bumi Allah

Ingat wahai saudaraku tugas ini adalah tugas ini(dakwah) adalah tugas kita bersama dan ia merupakan suatu kewajipan kita semua untuk menyedarkan masyarakat kearah mengembalikan manusia kepada mentauhidkan Allah..tiada yang terkecuali..

p/s:minta maaf kepada semua andai bahasa dan gaya penulisan yang digunakan tidak mengikuti syarat-syarat dan kriteria-kriteria sebuah penulisan yang baik

Saturday, January 9, 2010

SuCiKaN DiRiMu..



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata..

Ku biarkan minda mentafsir segalanya..


Alhamdulillah..bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan kesempatan kepada penulis untuk berkongsi dan merungkai segala yang terbuku dihati ini..Walaupun penulis tidak mengikuti program R2J4 namun kesibukan tetap melanda diri ini..Sekarang tengah dalam proses nak menghabiskan lesen kereta dan tengah explore sana sini..Baru sahaja penulis melihat blog kawan-kawan R2J4..kelihatan mereka semua makin hebat dan mantop(
jealous jugak dengan diorang ni)..tapi penulis rasa itu semua mungkin bahagian untuk diorang dan masing-masing ada bahagian masing-masing Perlulah juga diingat disini bahawasanya tujuan kita hidup adalah untuk akhirat sebagaimana firman Allah:

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya,pasti kami berikan balasan penuh atas pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.Itulah orang-orang yang tidak memperoleh sesuatu di akhirat di akhirat kelak kecuali neraka,dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan di dunia dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan" (Hud:15-16)


Apa yang anda faham dari ayat diatas wahai saudaraku??


Mungkin pelbagai tafsiran boleh dinyatakan akan tetapi apa yang penulis ingin tekankan adalah lumrah kehidupan sebagai pendakwah yang kekadang terleka dan terlena dengan kehidupan yang fana..ayat ini memberikan satu teguran buat kita semua khususnya para duat agar jangan sampai kehidupan dunia masuk kedalam diri kita (al-Wahnu)


Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berwaspada dan sentiasa mengevaluasi diri dari terjerumus dengan keseronokan dunia kerana tugas dakwah itu wajib dan memerlukan pendukung yang bersih dan jernih hatinya demi menggalas risalah yang cukup suci ini. Sesunggunhya jika diperhatikan kita tidak akan hanyut dengan dunia apabila kita sibuk dengan tugas mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah dan persoalan perjuangan ini kecuali jika dia bohong dalam berdakwah


Proses tarbiah yang dimulai dengan pembinaan individu muslim dan akhirnya sampai kepada ustaziyatul alam memerlukan pendukung yang bersungguh-sungguh kerana kita tidak mahu jumlah yang ramai tetapi tiada kualiti dari setiap mereka umpama buih di lautan..Moga Allah sntiasa memelihara diri kita dari menyimpang dari jalan ini dan membimbing kita disepanjang perjalanan yang kita sedang harungi ini..




Umat kini diibaratkan
buih yang terapung dilautan
dihanyut terhempas
dipukul gelombang
dan lenyap bila dihembus oh angin

Pada siapa nak diharapkan
yang tinggal cuma sebatang tubuh
mulakan dari langkah yang pertama
biar putih tulang jangan putih mata

Gunalah falsafah si cengal emas
simbol tiang seri utama
gagah berjuang ditengah ummah
cahayamu pasti gemilang

Islam pasti bangkit lambat laun
janji Tuhan pasti terlaksana
waktu jangan lagi dibuang sia-sia
obor semangat ayuh kita nyalakan

Sunday, January 3, 2010

Oh TuHaNkU...

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya

Tuhan,
Kau Maha Agung
Hamba ini lemah lagi hina
Sering bergelumang dengan dosa

Kasih sayangMu sangat luas
Hingga hamba bisa menikmati segalanya
Namun sedikit sekali ku bersyukur

Tuhan
Ku tidak mampu menghadapi dunia ini
Begitu berat ujian yang menimpa
Begitu mencabar iman ini diuji
Begitu kuat Kau mendugai hamba

Semakin hampir ku padaMu
Semakin sukar untuk ku lalui jalan ini
Semakin kuat Kau menagih kasih hamba
Semakin mengganas syaitan durjana
merobek satu-persatu perisai iman

Sehingga
Hampir ku rasakan
diri ini hanyut dengan dunia
leka dan lalai dengan keseronokan dunia

Tuhan
Bantulah hambamu kembali kepadaMu
Kembali ke pangkal jalan
Kembali mendaulatkan syariatMu
Kembali menjunjung sunnah Rasulullah

Berilahku kekuatan untuk hadapi semua ini
Terlalu kuat untukku hadapinya sendirian
Tanpa RahmatMu siapalah hamba ini

Ku bersyukur ya Tuhan
Kerana diberi kesedaran
Kerana diketuk pintu hati ini
Untuk segera kembali kepadaMu
Tetapkanlah hati hambaMu ini
Oh Tuhan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...