Tuesday, June 30, 2009

B.O.M

bISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama ALLAH penulis memulakan bicara pada kali ini bertemakan mukhayyam f5
Bersyukur kepada Allah kerana Dia memberi kesempatan kepada hamba ini untuk mengikuti program ini




Nama kumpulan :BOYS OF MUJAHIDEEN ( B.O.M )
mOTO kumpulan :Rijal Ummah
Ketua Kumpulan : Naqiuddin
Ahli kumpulan :Syafiq,Naqib,Isa,Hafiz,Muhammad
Fasilitator : Pak Cik Kamarul Baharin Tawi

Ini adalah mukhayyam terakhir buat kami pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran di HIDAYAH.Program ini memberikan seribu satu kenangan buat kami kerana inilah tahun terakhir kami berada di bumi hidayah.Sedih rasanya nak meninggalkan sekolah ini...


Namun begitu perjuangan kami belum berakhir disini kerana kami mempunyai lebih kurang 4 bulan di Hidayah yang kami cintai ini.Masih belum terlambat untuk kami buktikan kepada semua bahawasanya batchsebelas adalah batch yang terbaik yang pernah dilahirkan oleh institusi pendidikan HIDAYAH terutamanya di dekad yang kedua.Ayuh semua kita buktikan yang kita adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik tak kira dari segi akademik,sahsiah mahupun kurikulum.

Program ini telah membuka minda kami untuk berfikiran jauh dan berjiwa besar disamping menjadi individu yang pandai bercita-cita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita itu



Tujuan kami bersekolah disini bukanlah hanya ingin cemerlang dalam akademik atau kurikulum tetapi juga cemerlang dalam sahsiah yang akhirnya akan mengeluarkan produk yang berkualiti untuk dakwah dan tarbiah itu sendiri
kerana tujuan kita semua diciptakan adalah untuk memakmurkan bumi Allah

Tapi bagaimanakah caranya untuk kita semua memakmurkan bumi ini sebagai khalifah Allah ??
Di sinilah kita semua diajar dan ditarbiah untuk menyiapkan diri mengahadapi segala kemungkinan yang akan berlaku di dunia luar sana di samping menyiapkan diri dengan pelbagai skill sebagai juru dakwah kerana kita semua tidak mahu terlepas dan terpesong dari jalan yang lurus seperti firman Allah :

"Aku mengajak manusia kepada Allah dengan hujah,bukti,hikmah(bashirah) aku dan orang yang mengikutiku (jemaah) " (Yusuf)




Tugas untuk mengajak manusia kepada Allah (dakwah) adalah tugas kita semua dan perlu dilakukan secara berjemaah dan setiap individu yang ingin menjalankan tugas dakwah ini perlulah menjalani proses tarbiah kerana tarbiah itu sendiri akan mengembalikan manusia yang berada dalam kegelapan kepada cahaya kebenaran

Justeru,tarbiah itu mempunyai tunjangnya seperti pokok yang mempunyai akar sebagai tunjangnya dan tunjang tarbiah itu adalah USRAH.Semua individu yang mengaku dirinya sebagai pendakwah tidak terlepas dari usrah(halaqah) kerana konsep usrah itu sendiri adalah untuk membentuk peribadi muslim disamping wasilah lain seperti mukhayyam,rehlah,daurah dan sebagainya

Kesimpulannya kita semua menyedari bahawa tujuan kita semua bersekolah di SMIH bukan hanya hendak cemerlang dalam pelajaran tapi juga cemerlang dalam dakwah dan tarbiah serta menjadi aset penting dalam mengembalikan kegemilangan Islam.



Akhirnya,ingatlah semua rakanku janji kita untuk memberikan yang terbaik dalam SPM,dalam dakwah itu sendiri dan juga kepada sekolah yang kita cintai seperti yang tertulis dalam lagu tema BATCHSEBELAS : JANJI KITA

Sunday, June 14, 2009

suwar fi tanah haram


sewaktu sembahyang jenazah

di depan pintu ka'bah dan terletaknya tempat mustajab doa iaiatu di multazam

tempat saei di tingkat 2

jutaan manusia dari seluruh dunia

dengan ikhwah dari al amin kemaman

tapak kaki nabi ibrahim

beberapa ikhwah tengah usrah di masjidil haram

tengah perah susu

di perkuburan al-baqi'

di ladang unta

10)di tempat perjanjian hudaibiah

9)bersama salah seorang mutawwif

bersama unta...5 riyal je naik...

7)belakang tu adalah jabal rahmah tempat pertemuan adam dan hawa

6)belakang tu adalah terletaknya gua thur

5)tunggu bas untuk lawatan dan miqat di ja'ranah

4)di shopping complex

3)bawah kubah hijau tu terletaknya makam Rasulullah

2)miqat di bir ali

1)gambar di masjid nabawi

Saturday, June 13, 2009

haza min fadli rabbi...



Mekah
Madinah
Tanah suci Umat Islam
Di situ terletaknya tempat yang penuh barakah
Pahala digandakan berlipat kali ganda
Terhindar dari dosa dan maksiat
Segala pancaindera terjaga
Tempat umat Islam menyucikan diri
Kembali sepenuhnya kepada
Tuhan Yang Maha Agung
Yang Maha Mencipta sekalian makhluk

Di situlah juga sebaik-baik insan dilahirkan
Membawa rahmat ke seluruh alam
Menyampaikan risalah agung kepada umatnya yang tercinta
Menunjukkan kita cahaya kebenaran
tanpa kenal erti jemu
Baginda dicaci dan dihina
Namun baginda tetap meneruskan perjuangan
kerana kasih dan cintanya kepada umatnya


di depan masjid nabawi

Syukur Ya Allah
daku dapat menjejakkan kai
di bumi yang penuh barakah ini
melihat risalah perjuangan baginda Rasul

Menilai semula kelemahan diri ini
apakah tujuan daku dihidupkan?
kerana apa diri ini mesti dihidupkan
Mengenang semula dosa-dosa yang telah dilakukan

Baruku sedar
terlalu sedikit sunnahmu yang ku ikuti
terlalu sedikit perjuanganmu yang ku hayati
diri ini terlalu lemah
mudah mengalah di medan perjuangan

Sesungguhnya diri ini
mahu menyambung tugasmu
meneruskan risalah perjuanganmu
mahu mencintai dirimu sepenuh hatiku

Janganlah kau biarkan pemergianku ini
sebagai kepulangan terakhirku
daku mahu bertemu denganmu lagi
mengunjungi tempat yang penuh barakah ini
bantulah Ya Allah
hambamu ini
dalam mengharungi dunia yang fana ini

p/s :gambar-gambar ana akan upload dilin post sbb kesuntukan masa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...