Wednesday, May 27, 2009

SyUkUr Ya ALLAH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..

Terima kasih Ya Allah kerana kau masih menyayangi hambamu ini dan menunjukkan jalan untukku perbaiki diri ini demi manfaat bersama

Allah masih beri kekuatan untuk ana coretkan beberapa perkara
Dengan rahmatNya...
InsyaAllah ana sekeluarga akan mengerjakan umrah
pada hari ahad ini

Tarikh : 31 mei-13 Jun 09
Masa : 10.30 pagi (bertolak) hingga 3.00 petang (balik)

Ana juga difahamkan ramai juga pelajar SMIH yang pergi umrah kali ini..

Jadi dikesempatan ini ana mohon maaf atas segala silap dan salah kepada semua yang mengenali diri ini dan halalkan segalanya serta doakan ana dipermudahkan urusan mengejakan ibadah di tanah suci ini

Kemungkinan ini adalah pertemuan kita yang terakhir jika Allah mengambil nyawa ana pesan ana kepada semua teruskan perjuangan untuk terus membina rijal ummah dan pemuda kahfi demi kebangkitan Islam yang pasti bangkit

Ucapan selamat kepada semua pelajar G11 yang akan ikuti kelas tambahan,pelajar tahfiz yang akan ikuti kem tahfiz,semua peserta i'dad duat dan peserta kursus sarjan dan staf sarjan.Teruskan perjuangan mengikut wasilah antum masing-masing demi melahirkan generasi yang akan membaiki keadaan umat Islam sekarang

Tak lupa juga kepada anak usrah ana semoga terus istiqamah di jalan kebenaran
dan ana sentiasa merindui kalian meskipun kita berjauhan kerana sesungguhnya ana yakin dan percaya antum semua adalah generasi harapan yang telah ditunggu oleh ummat

Bittaufiq wannajah....
Doakan ana mendapat umrah yang mabrur

Tuesday, May 26, 2009

KeRaNa CiNtA...



Kerana Cinta
Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Ku dedikasikan lagu ini kepada semua yang sedang hangat dibuai mimpi cinta
Sesungguhnya cinta itu tak salah kerana ia adalah fitrah lebih-lebih lagi sebagai seorang yang meningkat remaja

Cuma ia perlu diletakkan pada tempatnya yang betul dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak melanggar syariat Islam

Ku seru kepada semua duhai sahabat kembalilah kita meletakkan cinta kita pada tempat yang sepatutnya..hanya kepada yang Esa kerana itulah cinta yang hakiki

Belum masanya lagi untuk kita meluahkan isi hati kita kepada orang yang kita cintai itu kerana itu semua adalah mainan syaitan dan dunia

yang bisa menghanyutkan kita...
yang bisa mengelirukan kita...
yang bisa menghancurkan masa depan kita...

Ingatlah kita ada satu tugas yang lebih utama dan besar iaitu sebagai

hamba Allah...
khalifatul ard...
naqib n naqibah...
duat...
pelajar...
calon SPM 09...
anak...
abang...
kakak...
senior...

Sanggupkah kita biarkan masa ini dibazirkan untuk cinta yang tidak hakiki
sedangkan banyak tugas kita belum langsai lagi

Sanggupkah kita melihat ibubapa sedih melihat keputusan kita...
Sanggupkah kita melihat mereka kecewa dengan keputusan kita...
Sanggupkah kita melihat masa depan kita hancur begitu sahaja...
Sanggupkah kita melihat adik-adik kita semua hancur..
Sedarkah kita bahawa keadaan sekolah kita

makin teruk...
makin ramai pelajar menolak tarbiyah...
makin jauh dengan cara hidup Islam...
sampai bila ia akan berlaku...
adakah sekadar melihat...
apa peranan kita...
duhai abang dan kakak batch 11..
kononnya dikatakan sebagai batch terbaik...

segalanya hilang kerana cinta...
hilang kerana kita makin jauh dengan Allah...

adakah kita mahu meninggalkan sekolah tanpa melihat perubahan
perrubahan pada sekolah yang kita cintai ini

Oh Tuhan...
mengapa semua ini terjadi
pada diri kami
pada batch kami

Kembalikanlah kekuatan kami
Satukanlah hati kami
Tunjukilah kami hidayahMu
tunjukilah kami kebenaranMu
yang bisa membezakan yang hak dan yang bathil
Ampunilah dosa kami
Bersihkanlah hati kami dari dosa
Bukakanlah hijab dalam diri kami
supaya kami bisa melihat nilai cinta yang hakiki

Sunday, May 17, 2009

BuAtMu MuRaBBi

Guru,

Dikau hadir dalam diriku tanpa ku sedari,

Dikau ibarat cahaya rembulan,

Yang menerangi kegelapan malam.


Kehadiranmu,

Bisa menyebabkanku bangkit dari kealpaan,

Menanggalkan segala kejahilan yang menyelimuti diriku ini,

Dikau memberikanku secebis harapan,

Untukku bawa sepanjang pengembaraan,

Demi menyuluh jalan kejayaan.


Guru,

Dikau mendidikku seperti menatang minyak yang penuh,

Hidupmu tidak pernah jemu melayan kerenah anak muridmu ini,

Kerana kau tahu kami ini ibarat permata yang perlu digilapkan,

Diri ini amat menghargai pengorbananmu,

Ku bersyukur kepada Tuhan,

Kerana mengurniakan guru sepertimu,

Yang tidak bisa ku cari di dunia yang fana ini,

Demi memastikan kejayaan yang akan digapai.


Wahai guruku,

Akan ku realisasikan harapanmu,

Ku akan cuba sedaya upayaku,

untuk menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat,

Ku berharap bingkisan doa darimu,

Untukku menempuh onak dan duri ini,

Demi mencapai redaNya yang satu.


Guru,

Terima kasih daku ucapkan,

Sambutlah salamku,

Wahai guruku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...