Thursday, September 13, 2012

KeLaTe dalam KeNaNGaN..



Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..segala puji bagi Allah..memang dan hanya selayaknya puji-pujian itu dipanjatkan kepada-Nya..moga kita sentiasa menjadi golongan yang sedikit seperti mana Allah berfirman dalam ayat ‘chentaNya’

“Dan sungguh sangat sedikit dikalangan kamu hamba yang besukur”

Masyallah terasa sungguh sebentar masa berlalu..pejam celik.pejam celik cuti bakal melabuhkan tirainya, berkhidmat sebagai ‘sukarelawan’ di SMI AMAN pun dah tutup buku semalam..sungguh Ramadan dan pengalaman berada di perantauan sangat bermakna (macam jauh sangat,Kelantan je pun)..penulis pun sudah lama tidak memanaskan jari jemari ini untuk mengungkapkan sesuatu..Alhamdulillah iberi kekuatan olehNya

Alhamdulillah, berada di perantauan selama 2 bulan lebih banyak kelainannya,dan yang paling penting agak sadis dan sayu untuk meninggalkan bumi Serambi Mekah ini (uhuk-uhuk L), namun cuba untuk gagahinya juga kerana ada amanah besar terpikul di bahu ini..

Alhamdulillah selama 2 bulan lebih ini dapat :

1)      Menyaksikan segolongan manusia yang tidak pernah kenal erti STOP dan LELAH dalam dakwah
2)      Merasai kelainan wasail tarbiah dijalankan di sini
3)      Berjumpa ikhwah luar Negara(eg:Russia,France,Tanah Arab) yang sangat komited dengan kerja2 pengislahan dan membina ummat
4)      Merasai suasana Ramadan di Yala & Narathiwat(suasana I’tikaf tu yang penting)
5)      Pengalaman sangat berharga ‘mengajar di SMI AMAN lagi2 dalam kos Pendidikan Islam yang sememangnya kos yang dipilih dalam pengajian(praktikal awal Alhamdulillah)

Alhamdulillah sekarang meneruskan medan yang baru di Universiti Malaya dalam ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam pengkhususan Pengajian al-Quran selama 4 tahun iA..:)




nasyid sekolah yang sangat menyentuh dan penuh makna jika dihayati dan difahami



 kenangan pelajar asrama di pagi hari..
 persiapan untuk bermukhayyam
 minggu peperiksaan tingkatan 2 A




 percubaan PMR




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...