Saturday, December 25, 2010

ReHLaH....


alhamdulillah sedap makanannya..

makan jangan tak makan..
terima kasih abe adam tolong masakkan..

di Lata Tembakah...


main bola dalam air..penat bangat deh...

suka,ceria sokmo...

selamat bercuti amir(roommate)
kami....

Alhamdulillah bersyukur dapat jua melepaskan kepenatan dengan ber-REHLAH di Lata Tembakah dan La Hot Spring..kebetulan ari selasa lepas takde kelas..moga pertemuan-pertemuan seperti ini mempereratkan lagi ikatan ukhuwah kita....

"UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN"

Friday, December 24, 2010

DeBu-DeBu DoSa...



ayuh bersama muhasabah atas setiap apa yg telah kita buat sepanjang umur ini masih diberikan..moga terampun dosa-dosa kami ya Allah...ampunkan jua kami yang sentiasa lalai dalam menjalankan perintahMu dan sentiasa melanggar janji taat setia kepadaMu

Tuesday, December 14, 2010

عيد ملاد يا أبي

Alhamdulillah genap sudah bertarikh 15.12.2010 umur ayah yang ke 52 tahun...moga dirimu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam pengibadatan kepada Allah..maaf jika tidak dapat menjadi anak yang soleh dan selalu melukakan hati ayah..moga diriku bermanfaat untuk ayat dan menjadi saham untuk kedua ibu bapaku di akhirat kelak..doakanku wahai ayah dan ibuku...

KAMI SAYANG AYAH!!!
SALAM KASIH DARI KAMI SEKELUARGA

IBU
SYAFIQ
NAJIB
AISYAH

Tuesday, December 7, 2010

Semburan Kreatif...

baru...

ni bukan utk semburan kreatif..ni saja je




ALHAMDULILLAH

setelah sekian lama hasrat dihati ingin belajar edit gambar akhirnya bolehlah juga berkesempatan belajar...
itupun nasib baik diberi peluang masuk pertandingan "semburan kreatif"

ingatlah sahabat
setiap hari seorang muslim mesti menambahkan ilmunya walaupun sedikit demi menjadikan umat islam sentiasa kehadapan berbanding kaum kuffar supaya kita tidak dipandang lemah dan hina oleh mereka"

syukron

Saturday, December 4, 2010

Ku MaSiH DiSiNi...

Tatkala Tuhan menurunkan rahmatNya
tatkala hujan meleraikan manik-maniknya
tatkala manusia kesejukan
dek kerana hujan berpanjangan

Diriku masih disini
masih meniti hari-hari
masih diberi peluuang
masih terus memerhati
masih terus mengisi apa yang belum diisi
masih terus bermuhasabah diri
masih terus menghiburkan diri
masih terus menerangi diri
masih terus menyingkap tabir hati
masih terus mensyukuri
masih terus mencari rahsia diri
masih terus meyusun langkah ini

Tuhan
Ku akan terus disini
terus menerus melamar redhaMu
terus menerus menabur bakti
terus menerus memberi
kepada ummah yang dahagakan ini
terus menerus
membina diri
serta perbaiki kelemahan diri

untuk menggapai redha Ilahi
untuk meraih cita-cita tertinggi
untuk menagih kemuliaan diri

Nur Q@LBU
4/12/10
9.50 am

Friday, November 19, 2010

iNiLaH KiTa (2)...

Antara cerah semalam

Antara redup hari ini

Antara sinar masa depan

Apabila kita semua telah memahami dan memahami islam itu dengan hati,tidak cukup sekadar kita fahami sendirian bahkan tanggungjawab kita seterusnya ialah menyeru orang disekeliling kita untuk turut sama menikmati kefahaman islam yang kita fahami dengan hati itu termasuklah ahli keluarga,sahabat- handai dan setiap individu yang kita jumpa dan berhubungan dengan kita..

"janganlah jadi pemerhati tapi jadilah sebahagian dari mereka yang bantu menyelesaikan masalah ummat"

Duhai sahabat inilah yang dikatakan dan diertikan dengan makna خليفة (khalifah) dimana tugasnya adalah memastikan setiap individu yang dia jumpa bersama-sama mengabdikan diri kepada Allah sehingga tertegaknya khilafah dan dunia islam ini ditadbir oleh orang yang faham islam dan mengamalkan islam secara meyeluruh bukan pada sebahagian-sebahagian (juzu')

Seterusnya mari kita sama-sama renungkan satu perumpaan..yang ingin saya bawa disini adalah sebiji telur yang ada kuning dan putih...manakah yang lebih penting???anda tahu jawapannya..tanpa kuning telur ia tidak akan jadi apa-apa..inilah sahabat kuning telur itu ibarat matlamat dan putih telurnya adalah alat..sama jua dengan handphone yang kita miliki..cuba kita tanya kita miliki handphone itu sebagai alat atau matlamat..bila sesuatu itu dimiliki tanpa ada matlamat yang jelas maka hidupnya akan jauh terpesong dari landasan yang sebenar..itulah kehidupan kita mesti jelas matlamat hidup kita..
p/s: kita boleh rujuk (57:25)

justeru sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tentang tugas seorng khalifah dan peranan kita..
MOCHE DAYAN telah mengatakan 3 kelemahan umat islam:

1) tidak kaji sejarah islam
2) tidak buat perancangan dengan teliti
3) MALAS

Jika kita kembali kepada sejarah ar-Rasul dapat kita lihat Nabi diutus ditengah-tengah umat yang bercelaru,banyak kerosakan melata dan hidup mereka penuh jahiliah..namun Nabi tidak mengasingkan diri sebaliknya menjadi cahaya ditengah kegelapan jahiliah dengan membina seorang demi seorang supaya memahami islam dengan menyeluruh sehingga tertanam didalam diri mereka aqidah DAN IMAN yang kukuh hasil dari proses tarbiah dan dakwah yang Nabi lakukan secara berperingkat-peringkat dimana bermula dengan :

1) تعريف (TA'RIF)
2) نكوين (TAKWIN)
3) تنفيس (TANFIS)

Contoh mudah kita dapat lihat dari kisah Sumayyah dan Bilal bin Rabah yang tidak berganjak tauhidnya meskipun diancam mati dan menerima siksaan yang teramat pedih..proses ini terus berlangsung sehingga islam tertegak sehingga mencapai zaman kegemilangannya dan seterusnya merundum selepas kisah kerajaan Abbasiah diserang tentera Mongol dan akhirnya khilafah Usmaniyyah jatuh pada 1924 sehinggalah kini..kini dunia islam terkapai-kapai kerna bukan islam yang memerintah , bukan islam yang menjadi rujukan dunia..


Namun perlu diingat sampai bila kita akan terus begini,membiarkan generasi demi generasi islam hancur oleh anasir jahiliah tanpa kita peka dan mengambil tindakan apapun untuk melihat kembali islam kembali tertegak dan mencapai zaman kegemilangannya semula..

Oleh itu sahabat inilah islam,inilah manhaj hidup kita iaitu memerlukan adanya usaha untuk kearah megembalikan semula kegemilangan islam kerana agama kita tak akan tertegak dengan MAGIC..semuanya pasti melalui sunntaullah yang telah ditetapkan..inilah islam yang kita anuti iaitu ia datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan kepada hamba kepada perhambaan kepada Tuhan hamba

Untuk itu ayuh kita persiapkan diri kita dengan ciri-ciri individu muslim dan teruskan mengisi diri kita kerana kita tidak mah agama ini melahirkan individu-individu yang dalam nya adakah angka-angka kosong ibarat tin-tin kosong yang bertebaran dijalanan yang mudah disepak-sepak..

Disinilah kita ada wasail tarbiah kerana manusia dan tarbiah itu terdiri dari 3 unsur iaitu :

1) fikri (pemikiran)
2) ruhi (rohani)
3) jasadi (fizikal

Diantara wasail tarbiah adalah :

1) usrah (liqo')
2) Qiam
3) Daurah
4) Katibah
5) Mukhayyam
6) Rehlah
7) Jaulah

Kesemua wasail itu hendaklah diisi sesuai dengan keperluan mad'u bukan sebarangan tanpa mengikut tahapan dalam dakwah dan tarbiah..dan disinilah 10 ciri peribadi muslim diterapkan melalui wasail tarbiah sedikit demi sedikit..


Antara 10 ciri peribadi muslim@muwasofat tarbiah yang telah al-banna gariskan adalah :

ة

1) سليم العقيدة
-Aqidah Yang Sejahtera

2) صحيح العبادة
-Ibadah Yang Sahih

3) متين الخلوق
-Akhlak Yang Mantap

4)قادر علي الكسب
-Mampu Bekerja / berdikari

5) مثققل الفكري
-Berpengetahuan luas

6) قوي الجسم
-Tubuh Yang Cergas

7)مجاهدة للنفس
-Mujahadah (Menguasai Diri)

8)منظم في شؤونه
-Teratur urusannya

9)حارس علي وقته
-Sangat Menghargai Masa

10)نافع للغيرi
-Bermanfaat Kpd Orang Lain

Akhir kalam ayuh kita jadi pemuda dan pemudi islam yang sanggup meletakkan hidupnya demi Islam jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya..

------- TAMAT --------

Saturday, November 13, 2010

iNiLaH KiTa (1)...

Bismillahirrahmanirrahim


Ku biarkan kalam berbicara

Ku biarkan pena merungkai kata-kata

Ku biarkan minda mentafsir segalanya

Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta


Alhamdulillah bersyukur kepada Tuhan yang telah memberi kesempatan kepada kita untuk terus hidup dengan meminjamkan kepada kita nyawa dariNya dan segala pancaindera yang terbatas agar kita dapat menjalani hidup dengan sempurna…bersyukur juga kerana masih diberi kesedaran dan hidayahNya supaya sentiasa menjalani kehidupan seharian berbekalkan taufiq dan inayah dariNya serta masih terasa kehangatan iman dan islam dalam diri dan hati kita

Justeru jika kita singkap kembali bagaimana kah kita boleh berterusan dengan keimanan dan ketaqawaan kepadaNya adalah kerana kita telah melalui proses pembinaan hati..Kita semua tahu bahawasanya tidak cukup hanya semata fizikal dan mental sahaja mempunyai proses pengembangan dan pembinaan tapi spiritual dan hati kita diabaikan begitu sahaja…justeru kita lihat pelbagai kerenah dan masalah yang seolah-olah tiada solusinya bertebaran disekeliling dan sering terpapar di dada-dada akhbar dan media massa

Firman Allah:

افلا يتدبرون القران ام علي قلوب اقفالها - محمد؛24

“Maka tidakkah kamu memperhatikan al-Quran(hidayah),adakah hati kamu telah terkunci?”(Muhammad :24)

SEmuanya kerana kita mengabaikan petunjukNya dan membuang jauh-jauh nilai dan neraca islam dari kehidupan kita..Jika kita lihat maksud islam itu sendiri adalah penyerahan secara total dan hanya melakukan pengabdian hanya semata kepada Allah

Justeru sedarilah wahai saudaraku agama yang agung ini tidak mahu melahirkan penganut yang hanya

1)islam di kad pengenalan

2)islam kerana mak ayah,datuk nenek moyang islam

3)islam yang ikut-ikut

Apa yang kita inginkan adalah mereka-mereka yang menganut islam kerana keyakinan yang utuh terhadap agama ini tanpa rasa ragu-ragu sehingga dia memastikan setiap nafas dan gerak geri hidupnya menepati cara hidup dan nilai-nilai yang telah islam gariskan melalui al-Quran dan as-Sunnah…cuba kita lihat dan perhatikan perkara dibawah

(اسم) (فعل)

Saya Islam islam

Saya Lari lari

Saya Makan makan

Saya Puasa puasa

Saya Solat solat

Justeru apa yang boleh kita fahami adalah kita nak melahirkan orang yang islam pada perbuatan bukan pada nama…letaklah nama islam tapi apa guna perangainya langsung tidak mencerminkan cirri-ciri islam dalam dirinya…sedarilah sahabat itulah KITA …itulah yang Allah mahukan dari kita…..

Antara cerah semalam

Antara redup hari ini

Antara sinar masa depan


bersambung....

Tuesday, November 9, 2010

BeRDaMPiNGLaH DeNGaNKu....




Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara

KU biarkan pena merungkai kata-kata

Ku biarkan minda mentafsir segalanya

Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Alhamdulillah sahabat mari kita duduk sejenak memikirkan betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sehingga kita tidak bisa menghitungnya…sungguh sahabat antara nimat yang terbesar kurniaanNya adalah apabila kta dikurniakan petunjuk dan hidayah untuk sentiasa menyesali segala perbuatan masa silam kita yang sarat dengan aktiviti jahiliah dan juga petunjuk untuk sentiasa istiqamah dengan amal soleh kerna sume amalan yang kita lakukan akan berbalik pada diri kita semula

Hidayah

Ku merinduiMU

Ku sentiasa menanti kehadiranMU

Dalam meniti hari-hari yang penuh kegelapan

Hargamu sangat mahal

Bukan mudah untuk dibayar dengan wang ringgit

Apatah lagi dengan kenikmatan dunia


Bahkan kau menuntutku

Untuk sentiasa menyucikan diriku

Mencari-cari ditengah kekelambutan dunia

Kau menuntutku menghubungiku 5 kali sehari

Kau menuntutku sentiasa berhubung setiap malam denganMu

Kau menuntutku sentiasa membaca

novel cinta yang kau hadiahkan padaku

betapa ku ingin berdamping denganMU


tatkala diriku ditinggalkan keseorangan

hidupku penuh tak bermakna

hidupku terasa tidak bermaya

hidupku terasa kesunyian

langkahku rasa begitu hambar tanpaMU

duniaku terasa gelap tanpa sinarMu

terasa hidup ini tiada makna lagi

seolah-olah lebih baik mati


Namun

Kini Ku bersyukur ya Tuhan

Kerna kau sentiasa disisiku

Kerna kau sudi menemaniku

Kerna kau sentiasa berdamping denganku

Ku berasa amat bahagia

Kehadiranmu cukup member erti buatku

Janganlah kau meninggalkanku

Kerna ku tiada siapa

Kerna hanya kau yang memahamiku

Kerna kau ku menjadi diri yang baru

Meninggalkan kehidupan lampau ku

Yang sarat dengan kekotoran dan kemunafikan

Ya Tuhan ku serahkan diriku padaMu

Kurniakanlah yang terbaik buat hambamu

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati hambamu

Tetapkanlah hati ini di atas jalan yang lurus


oleh Nur Qalbu

9/11/10

23:20

Sunday, October 31, 2010

CuTi iNi....


Bismillahirramanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyapa hati yang buta

Alhamdulillah sedar tak sedar cuti sem 1 bakal melabuhkan tirainya..ini bermakna kontrak kerjaku di SRIH juga akan tamat..sekejap masa berlalu...menanti di sem 2: result exam,malam ruknu,bulughul maram,kelas@kuliah dan banyak lagi...

Alhamdulillah bersyukur kepada Tuhan kerna cuti ni Allah beri kepadaku peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya dengan berkhidmat di SRIH..at least tak lah cuti terbuang begitu sahaja kerna cuti ni peluang untuk kita tingkatkan momentum,kekalkannya serta dipraktikkan di medan amal bila naik cuti nanti..

terasa tak nak balik ke um nilam puri kerna sudah bahagia dengan keadaan begini..peluang berkhidmat di SRIH amatlah bererti kerna masa ini dapat balik ku kumpulkan kekuatan bila bersama dengan para asatizah...bersama dengan program yang sekolah anjurkan...moga momentum ini terus kekal dan bertambah bila berada di um nanti kerna satu-satu masa terasa juga keseorangan dan tiada kekuatan tapi itulah lumrah dan sunntatullah dalam proses tarbiah dan dakwah..

teringat satu kata-kata :

"Sesungguhnya hati akan bosan sebagaimana tubuh akan lelah.Maka hiburlah dia dengan hiburan yang mengandung hikmah"

diri dan jiwa ini amat terasa diisi dan terisi bila berada disini...bagiku ia adalah sebaik-baik hiburan...teringat kata-kata seorang al- akh

"Hidup kita untuk mendapatkan manfaat dari orang dan memberikan manfaat pada orang lain"

kebiasaanya kita hanya mampu peroleh manfaat tetapi tidak bisa memberikan manfaat pada orang lain..moga-moga kita berada didalam golongan yang disebutkan di atas

Semalam juga terdengar perbualan ayah dengan adik..tahun depan yuran sekolah naik lagi...subhanallah...melihat raut wajah ayahku dan ibuku terasa sebak didada kerana terlalu besar pengorbanan mereka demi melihat anak-anak mereka berjaya mencapai cita-cita dan menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat..terima kasih atas segalanya ibu dan ayahku tercinta...

semoga kita terus sukses dalam hidup...

Friday, October 29, 2010

AQSA SYARIF....









bersama us Rofazlin-wakil hidayah dan aqsa syarif(salah satu dari tujuh orang) yang sertai konvoi viva palestina
perkongsian pengalaman dari beliau
us Rofazlin....perkongisan di SRIH

Monday, October 18, 2010

iLa SYaBaB....


Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
KU biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Alhamdulillah beryukur kepada Tuhan kerna dengan inayahNYa kita masih diberi nikmat untuk terus hidup,diberi nikmat merasai iman dan islam dan tidak lupa juga adalah merasai nikmat tarbiah yang merupakan kurniaan Allah pada insan-insan yang terpilih...

Sebagaimana kita yakini bahawa dengan tarbiah sahajalah kita dapat mengenali mata satu jahiliah dan mana yang bukan serta dapat membezakan antara yang hak dan bathil..Tarbiah juga merupakan bekalan utama untuk kita sertai kafilah dakwah..


Cuba kita lihat dengan tarbiah juga menjadikan kita memahami islam sebagai satu cara hidup yang syumul..justeru tarbiah juga adalah jalan perubahan yang telah merubah jiwa dan kehidupan kita dari melakukan penyembahan kepada manusia kepada penyembahan semata-mata kerana Allah..justeru ini dapat diikat dan disimpulkan dalam 5 perkara iaitu

1.Allah Ghayatuna
2.ar-Rasul Qudwatuna
3.al-Quran Dusturuna
4.al-JIhad Sabiluna
5.al Mautu fisabilillah asma amanina




ia juga dapat didimpulkan menjadi satu kata iaitu "HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID"

Demikianlah sahabat tarbiah merupakan bekalan utama dan perkara asas untuk kita sertai dan menggabungkan diri dalam kafilah dakwah(keretapi dakwah) dimana sumbernya adalah bersumberkan manhaj Ilahi iaitu al-Quran dan as-Sunnah

Justeru tidak lupa juga kita dalam proses tarbiah ini terlebih dahulu mentarbiah diri kita semaksima mungkin kerna kita dituntut untuk menjalankan tanggungjawab mentarbiah orang lain terutama yang berada disekeliling kita sehingga mereka bisa merasakan nikmat iman,nikmat beribadah dan nikmat merasai tarbiah sepertimana yang kita rasai..sungguh besar tugas kita sahabat...

Justeru al-Banna menitikberatkan proses tarbiah dikalangan pemuda dan pemudi islam sehingga beliau menulis satu risalah khusus kepada pemuda dan pemudi islam iaitu "ila syabab"-kepada pemuda..


Oleh itu sahabat tabiat jalan dakwah ini adalah panjang dan tidak dihampiri dengan permaidani merah dan kesenangan bahkan dihampiri dengan kepayahan,kesulitan dan perkara-perkara yang menyakitkan.Oleh itu bagi memastikan kita terus kekal dan thabat di jalan ini 3 perkara perlu kita titikberatkan iaitu keikhlasan,kesungguhan dan perencanaan yang tersusun rapi..kesemuanya tidak terlepas samada ketika kita berada dan mengikuti usrah,mukhayyam,rehlah dan wasilah-wasilah tarbiah yang lain..




Apabila kita betul-betul komited dengan program-program tarbiah yang dijalankan ia membantu dalam proses tajnid(pemeringkatan) dan semestinya didalam hati kita tidak mahu berada di tempat yang sama dalam tempoh yang agak lama

Justeru bagi menjadikan diri kita al-akh yang sodiq(benar) dalam dakwah dan tarbiahnya hendaklah kita menggabungkan diri kita dengan dakwah dan tarbiah yang kita cintai ini dalam 3 perkara:


1)as-Syuur (hati)
Dimana kita hati dan perasaan kita berasa nikmat dan mencintai dakwah dan tarbiah selamanya sehingga akhir hayat..kita juga akan berasa sakit jika berlaku sesuatu keburukan dalam dalam tarbiah dan dakwah…kita juga sebagai pemuda dakwah dan tarbiah hendaklah mengikuti segala berita tentang dakwah

2)al-Fikri (pemikiran)
Dimana kita dituntut mengikuti dan memahami fikrah ini…memahami islam seperti yang difahami Rasulullah dan al-Banna tekankan sehingga kita benar-benar yakin dengan fikrah yang diberkati ini

3)at-Tanzim (organisasi)
Dimana ia adalah sebahagian dari dakwah…tidak semestinya mereka yang baca kitab ikhwan adalah kalangan kita kerna “akh yang maasi tapi taat lebih diperlukan dalam dakwah dari akh yang alim tapi tidak taat”…dan bersyukurlah sahabt kerna kita diberi peluang bersama dalam dakwah ini..


Ingatlah sahabat peringkat umur syabab(pemuda) adalah peringkat yang paling sensitive dan terpancarnya pelbagai idealisme..justeru diakhirat nanti akan ditanya tentang umur yang dihabiskan dan tentang zaman muda apa yang kita habiskan…

Disini kita tadabburkan sebuah hadis Nabi yang berbunyi:”Aku ditolong oleh orang-orang muda”….jadinya sebagai pemuda bersama kita fahami peranan dan tanggungjawab sebagai pemuda dimana letakkan dalam diri untuk kita sumbangkan sesuatu untuk islam….deen yang tercinta….jadikan umat ini sebagai salah satu matlamat kita dimana dapat disimpulkan menjadi 3 matlamat…


1) matlamat diri sendiri
2) matlamat untuk dakwah dan tarbiah
3) matlamat untuk masyarakat


Jadi untuk melaksanakan kesemua matlamat ini hendaklah kita punya bekalan yang cukup,kuat dan mantap dimana dapat dibahagikan kepada 5 perkara




1.bekalan hubungan dengan Allah taala
2.bekalan hubungan dengan kalamullah(baca,tadabbur,fahami,amalkan)
3.bekalan akhlak yang mulia
4.bekalan kuat tubuh badan melalui riadah
5.bekalan meletakkan diri kita ditempat yang terbaik dan tertinggi(cth akademik)



........wallahua'lam...............
al faqir ilaAllah

Sunday, October 10, 2010

MaNuSiA BaRu...



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Nan begitu indah aliran sungai
Nan riang burung berkicauan
Nan gembira pepohon hijau berzikir
Nan nikmat kanak-kanak bermandian

Sungguh dengan melihatmu alam
ia sungguh menakjubkan
sungguh ciptaanmu indah
sesiapa sahaja menyaksikannya
pasti teruja
pasti mengatakan ada kuasa yang menciptakannya

Dengan melihatmu alam
segala kerungsingan terasa hilang
segala kesedihan terasa gembira



Sungguh
penciptaan dan keindahan alam itu mengasyikkan
Maha Besar Kuasa Allah yang mencipta
semuanya meniti zikir,membesarkan Tuhan

Aduhai manusia...aduhai diri
sungguh terkutuk dirimu
andai tetap juga berbuat maksiat
sungguh hina dirimu
andai jalan yang penuh dosa yang kau pilih
sungguh rendah maruah dirimu
andai kesucian dirimu ternoda begitu sahaja
dek kehidupan yang bercampur antara kebenaran dan kebathilan

Wahai manusia...wahai diri
lupakah dirimu
betapa banyak nikmatNya kepadamu



Hidupkanlah
dari menjadi hati yang lalai mengingatiNya
Kembalilah
kepada fitrah dirimu yang suci
Bersegeralah
bertaubat menuju kepada Allah
Buangkanlah
keegoan nafsumu itu
Basahilah
dirimu dengan airmata penuh keinsafan dan penyesalan

Sungguh jalan kebenaran penuh suci
terbentang luas dihadapanmu
meskipun hanya sedikit yang sanggup melaluiNya..

Nur Qalbu
-dalam bas dlm perjalanan balik ke jb-
8/10/10
9:18 pm

Wednesday, October 6, 2010

TeRPaHaT Di HaTi....


majmuah 2 terbaik..moga kekal begini hingga ke akhirnya..

Alhamdulillah bersyukur kepadaNya kerana kita diberi peluang untuk mengadakan jamuan..jutaan terima kasih kepada semua yg menjayakan majlis ini esp.banat yang banyak bertungkus lumus...banin banyaknya follow je...alhamdulillah juga kerana kita sedar tak sedar telah tamat semester 1,lepas ni sem 2 menanti sahabat-sahabat...perjuangan mesti diteruskan..buat mereka yg pernah jadi ahli majmuah 2 lepas tu berpindah,selamat berjuang juga walau dimana kita semua berada...

ingatlah sahabat-sahabat kita adalah permata yang dicari-cari oleh ummat dan generasi perubahan yang ditunggu-tunggu untuk menghapuskan kejahilan dan kebathilan yang wujud dalam masyarakat kita sekarang dengan menyinarinya kembali dengan kebenaran dan cahaya Islam...ingatlah "islam tidak memerlukan kita tapi kitalah yang memerlukan islam"..jadinya ayuh kita berbakti sepenuhnya kepada agama yang kita cintai ini sementara pinjaman umur yang Allah beri pada kita dan sebagai bukti pengabdian kita kepada Tuhan yang Maha Esa...

Moga untaian ukhuwah dan mahabbah yg telah terjalin ini mekar subur mewangi dan didasari dengan cinta kepada Allah..moga kita terus istiqamah dengan amalan soleh kita seharian terutama dimasa cuti..bersamalah kita manfaatkan cuti ini sebaiknya agar momentum kita dalam beramal tidak hilang...

kek istimewa buatan kami majmuah 2..


us.zamri..(guru kelas yg disayangi...buat kami sentiasa berfikir)
ingat pesan us kawan-kawan supaya sentiasa bertaqwa walau dimana sahaja kita berada lebih-lebih lagi time cuti ni deh...


muaz...(mas'ul yg sentiasa dihati kami dan terpahat dalam ingatan)


rejeki yg melimpah ruah...alhamdulillah...


banat2 yg sibuk menyediakan hidangan jamuan..syukron jazilan..



hadiah milik kami...(tukar-tukar hadiah)



milik siapakah hadiah-hadiah ini...terbaik punya hadiah (esp mas'ul)






banin yg masih setia di um...terbaik dr kami...

HaMBa yang LeMaH....



Ya Allah

Dengarlah rintihan hambamu ini

Semakin ku berlari mendapatkanMu

Semakin jauh Kau dariku

Semakin kuat Kau mengujiku


Ya Allah

Mengapa semuanya datang sekaligus

Kenapa diriku jadi begini

Jauh berbeza dari dulu


Ya Allah

Masih adakah jalan pulang bagiku

Masih adakah cahaya kebenaran bagiku

Kenapa langkah ini terasa payah

Dalam menggapai redaMu

Sudikah Kau memandang hambamu ini

Yang bergelumang dengan dosa


Ya Allah

Terlalu banyak dosaku

Janganlah kau jadikan diriku suka

Mencampuradukkan kebenaran dan kebathilan

Sungguh ummah memerlukanku

Kenapa diri ini disibukkan dengan perihal diri

Janganlah kau jadikan diriku

Mudah mencampuradukkan cintaMu dan cintamu


Peliharalah imanku dari goyah

Dari ditawan dengan tuntutan dunia yang fana

Dari dirakus dengan kepuasan nafsu semata



Lemahnya hambamu

Kembalikan kekuatanku

Kembalikan semula diriku yang dulu


Hamba yang bercita-cita

Untuk mati dalam kebaktian kepadaMu

Untuk mati dalam perjuangan mengemban panji Ilahi

Untuk mati dalam perjuangan dakwah dan tarbiah

Untuk mati dalam menegakkan kalimahMu

Di muka bumi ini


Tetapkanlah hatiku

Thabatkanlah ku di atas jalan ini

Sesungguhnya syurga memang mahal dan manis

Buat hamba yang beriman


-Nur Qalbu-

1/10/2010

11:21pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...