Thursday, May 29, 2008

uNtAi BiCaRa BuAt MuRaBbI

Sebermulanya Semua.

Nubariku mengutus hamdalah
menyeluruhi purnama ilmu jua cita
kerana tersuluhkan padaku
gerbang hikmah termulia
lalu dipancarkan di hadapanku
singgahsana kebijaksanaan terulung
adapun bisalah aku ini
menjebak kepalsuan serpihan kaca
dalam zulmat lail
mentafsir ketulenan butiran sesoca
dalam mega syafak

Sungguh
dia tuntun aku menuju puncak wijaya
lantaran aku
diajar menyulam nikmat
dididik mencantas waktu
diasah mempertajam maruah
oleh seorang manusia biasa
hingga Rabb mengangkat mulia darjatnya

Kerana dia seorang guru
kerana doanya sang murobbi aku di sini
sebermulanya semua
di sini...

Jangan Pelajari Ilmu Dan Terima Nasihat Dari Orang Yang Meringankan Solat??

Rufai’ bin Mihran merupakan tabi’in yang sempat bersama dengan semua khalifah Rasyidin pada hal beliau adalah keturunan bangsa Iran ( Parsi) dan merupakan pengikut penyenbah api. Beliau adalah tokoh ilmuan dan ahli Al Qur’an , yang amat mendalami maksud dan rahsia Al Qur’an serta tokoh hadis.

Beliau masih remaja ketika tentera Islam menakluki Iran dan menjadi tawanan perang dan di bawa pulang ke Bashrah serta berkerja dengan wanita tua yang soleh dari Bani Tamim. Hihayah Allah telah menerangi hatinya, beliau dapat menguasai dan sangat m,encintai mempelajari Al Qur’an. Beliau juga sangat gemar menuntut ilmu. Dan dengan kegigihan inilah, majikannya ‘membebaskan’ beliau dan dari detik itulah Rufai’ menjadi buah mulut orang ramai kerana kehebatan ilmu dan kegigihannya menuntut ilmu.

Beliau kerap berulang alik ke Madinah al Munawarah dan ketika itulah sempat bertemu dengan Saidina Abu Bakar ra. Dan ketika saidina Umar menjadi khalifah, beliau berkesempatan membaca Al Qur’an di hadapan saidina Umar dan solat dibelakangnya.

Di antara kata-kata hikmah dari Rufai’ yang terkenal ialah:

1.Latihlah dirimu supaya menerima ilmu dan kerapkanlah mencari. Sedarlah bahawa ilmu tidak akan datang kepada ORANG YANG PEMALU DAN ORANG SOMBONG.. Si pemalu malu bertanya kerana sifat malunya dan si penyombong tidak bertanya kerana kesombongannya


2.Belajarlah Al Qur’an. Setelah kamu mempelajarinya janganlah kamu membelakanginya. Hendaklah kamu sentiasa berada di jalan yang lurus kerana itulah Islam. Jauhilah segala hawa nafsu kerana ia mengheret kamu ke arah pemusuhan dan kebencian.


3. ORANG YANG RINGAN TENTANG KESEMPURNAAN SOLATNYA, AKAN MENGAMBIL RINGAN DALAM SOAL YANG LAIN.

Nasihat dari Rufaii ini kemudiannya sampai kepada alim tersohor, Al Hassan al Basri dan beliau berkata, “ Kamu telah diberikan nasihat oleh Abu Al Alitah ( Rufai’) dan demi Allah apa yang di ucapkanya itu adalah sangat benar.”

Nasihat ketiga diatas, adalah satu prinsip kukuh yang beliau pegang bilamana beliau mahu menuntut sesuatu ilmu dari seseorang.

Rufai’ ’pantang’ mendengar nama-nama orang alim, beliau akan mengembara walaupun jauh untuk menuntu ilmu dari orang alim itu. Apa yang beliau lakukan sebelum mendapat si alim tadi ialah beliau akan turut beberapa kali solat di belakangnya. Dan perkara pertama yang Rufai’ amati ialah kesempurnaan solatnya. Sekiranya beliau dapati ada ketidak empurnaan solat si alim tadi , beliau akan berlalu pergi dan tidak akan menuntut ilmu maupun mendapat nasihat darinya!!!!

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah Rufai’ ini ialah, ilmu dan kewarakan seseorang itu dua perkara yang berbeza. Walaupun tinggi ilmu seseorang tetapi apabila hubungannya dengan Allah masih longgar khasnya ketika solat, dan lebih khusus lagi ketika solat hatinya tidak sempurna hadir dan benar-benar berkomunikasi dengan Allah.

Tentulah si alim yang ingin di temui oleh Rufai’ tadi bukan calang-calang orang dan tentulah sudah sempurna wuduk dan perlakuan solatnya, TETAPI BAGI MEREKA YANG SUDAH BIASA KHUSYUK DAPAT MERASAI SOLAT ORANG LAIN TIDAK KHUSYUK!!!

ORANG YANG TIDAK KHUSYUK ketika solat, adakah mampu khusyuk hatinya di luar solat. Maka dengan alasan kukuh inilah, Rufai’ tidak menuntut ilmu dan nasihat dari orang yang meringankan solatnya.

Pelajaran seterusnya, solat adalah segala-galanya sebelum amal kehidupan yang lain-lain.

Persoalannya berapa ramai ahli ilmuan, ahli duat, ahli agama, pentadbir agama, tok-tok guru, mas’ul-mas’ulah yang tersohor dan yang tidak tersohor yang sentiasa dan istiqamah LALAI ketika solatnya?

Berpandukan nasihat dan pengalaman dari Rufai’ , perlukah kita tidak menerima nasihat dari mereka? Atau sekadar boleh di dengar? Atau katakan padanya, ” perbetulkan hubungan intim dengan Allah yang merupakan santapan Rabbani kerana ilmu itu santapan minda.??

Mengambil nasihat Rufai’ tadi, sudah pasti yang meringankan solat, akan meringan urusan-urusan yang lain. Ibubapa yang solatnya tidak hidup, maka tidak hairan hati-hati anaknya tidak hidup!. Dan kepada sesiapa sahaja, selagi hubungan yang longgar dengan Allah, maka adakah amal-amal dunia itu di kira sebagai ibadah?

Begitu juga, bila para duat yang
tidak menjaga kuantiti dan kualiti ibadahnya, maka tidak hairan dakwahnya ’mandul’, usrahnya juga ’mandul. Sekian lama berusrah dan berdakwah, tetapi dakwahnya ekslusif. Dakwahnya kemasw dan cantik di atas kertas dan tidak terpancar secara praktikalnya. Juga tidak terpancar pada individu-individu yang bergelar daie.

Juga apabila berlaku aktiviti dakwahnya tidak menonjol , orang ramai tidak sibuk dengan dakwahnya tetapi si duat ini merasakan beliau sudah sibuk dengan dakwahnya!, maka kembalilah bermunasabah diri akan kualiti hubungan dengan Allah.


Apabila aktiviti sekadar mengisi program demi program sedangkan tidak mencapai indikator pencapaian dakwahnya. Kadang-kadang aktiviti ini tiada beza dengan kursus-kursus atau seminar yang dikendalikan oleh konsultan biasa. Mengapa begini keadaannya? Kerana bila program-program itu di kendalikan oleh hati-hati yang tidak hidup, hati yang rapuh hubungannya dengan Allah SWT iaitu hati-hati yang tidak rabbani.

Antara Ketegasan, Ketelitian Dan Hikmah Berhemah!

Analogi ketelitian.

Apabila dua wakil orang Quraisy iaitu Amru Al As dan Abdullah Rabi’ah mengadu kepada Raja Habsyah, Najasi ( nama sebenarnya Ashamah bin Abjar) tentang sebilangan sahabat Nabi SAW yang berlindung di negaranya dan berkata mereka ............ ......... ......... ...

http://bioibadah. blogspot. com

Saturday, May 24, 2008

AdA aPa DeNgaN MeNiRu

Apabila kita mendengar perkataan ini sudah pasti pelbagai bentuk persoalan yg tergambar dlm pemikiran kita

Antaranya:

Ada yg mengatakan meniru itu baik dari segi:
untuk mengikuti amalan baik seseorang
untuk mengikuti ketokohan seseorang yg kita kagumi sifatnya
dan pelbagai lagi...................
dalam hal ini kita dibolehkan untuk meniru perbuatan mereka selagi tidak berlanggar dengan hukum syara'

Namun apa yg kita kesali terdapat beberapa golongan yg menyalah tafsirkan perkataan meniru

Antaranya:

Ada yg mengatakan meniru itu bagus dari segi:
untuk mengikuti amalan/sifat buruk seseorang
untuk mengikuti gaya hidup seseorang sedangkan gaya hidupnya langsung tidak menunjukkan ciri@ individu muslim
bahkan kita bangga dengan mengikuti gaya hidup mereka
contoh yg paling senang adalah dr segi percakapan kita yg suka menggunakan perkataan yang tidak sedap didengar oleh telinga
bahkan sejak akhir2 ini suasana untuk mendengar perkataan yg mahmudah semakin sukar untuk kita dengar
contohnya penggunaan ana dan anta

kita kena ingat bahawa kita adalah abang2 dan kakak2 tingkatan 4 yg tidak lama lg akan menerajui kepimpinan sekolah
sekaligus menjadi orang yg plg tua & senior di sekolah
segala perbuatan kita akan dilihat oleh adik2 yg berada di bawah kita
apa persepsi mereka tentang kita?
kita sering menyuruh orang untuk berubah
tapi kita tak sedar bahawa kita yg melakukan perbuatan yg salah itu

mana qudwah hassanah yg sepatutnya ditunjukkan olh kita?
ke mana tarbiah yg kita terima selama berada di sekolah hidayah?
adakah hilang begitu sahaja?
betapa ruginya ibu bapa kita menghantar kita ke bumi hidayah......
dah lah terpaksa mengeluarkan banyak duit semata-mata untuk kita seorang

sedarkah kita akan pengorbanan mereka untuk menyekolahlan kita?
dan lebih menyedihkan lagi pada musim peperiksaan yang baru berlalu...
ramai pelajar f4 yg sanggup meniru dalam peperiksaan
tak kiralh letak buku dalam tandas
atau
tanya kawan jawapan yg kita x tau
apa guna kita periksa kalau meniru?
kemana hilang sifat amanah yg ada dlm diri kita?
sedarkah kita bahawa kita belajar perlu ada barakah...?
jika tiada barakah dalam belajar...
itulah yg menyebabkan kita sering gagal dalam peperiksaan
kerana barakah itu tak sampai kepada kita
kerana ia terhalang ole kerana terlalu banyak dosa yang kita lakukan

Oleh itu muhasabahlah diri kita
apa yg telah kita lakukan dalam semester satu ni
untuk kita perbaiki
dan meneruskan perjalanan hidup dalam semester 2 nanti

FIKIRKANLAH WAHAI SAHABATKU
SESUNGGUNYA DIRI KITA SANGAT BERHARGAS
EMUANYA ADA POTENSI
TUNGGU MASA UNTUK DIGILAP.......

maaf kalau ada tersalah katadiri ini tidak bermaksud untuk mengaibkan seseorang
tapi cuma sebagi pemberi peringatan untuk kita bersama

uhibbuka fillah......

Monday, May 19, 2008

Guru,

Dikau hadir dalam diriku tanpa ku sedari,

Dikau ibarat cahaya rembulan,

Yang menerangi kegelapan malam.

Kehadiranmu,

Bisa menyebabkanku bangkit dari kealpaan,

Menanggalkan segala kejahilan yang menyelimuti diriku ini,

Dikau memberikanku secebis harapan,

Untukku bawa sepanjang pengembaraan,

Demi menyuluh jalan kejayaan.

Guru,

Dikau mendidikku seperti menatang minyak yang penuh,

Hidupmu tidak pernah jemu melayan kerenah anak muridmu ini,

Kerana kau tahu kami ini ibarat permata yang perlu digilapkan,

Diri ini amat menghargai pengorbananmu,

Ku bersyukur kepada Tuhan,

Kerana mengurniakan guru sepertimu,

Yang tidak bisa ku cari di dunia yang fana ini,

Demi memastikan kejayaan yang akan digapai.

Wahai guruku,

Akan ku realisasikan harapanmu,

Ku akan cuba sedaya upayaku,

untuk menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat,

Ku berharap bingkisan doa darimu,

Untukku menempuh onak dan duri ini,

Demi mencapai redaNya yang satu.

Guru,

Terima kasih daku ucapkan,

Sambutlah salamku,

Wahai guruku.

sAhAbAt SeJaTi

Pada zaman rasullullah. .. ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing..pada suatu hari..sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua.. "apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat?? maka sahabatnya yang kedua menjawab "bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil... dan membesar bersama2? aku tidak pernah mengkhianati dirimu... apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar2 sahabat mu?? sahabat yang pertama tadi membentak "sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta" sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu. sahabat pertama tadi menjawab." pulanglah kau kerumah, cari lah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."
sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya.sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.keesokan harinya..pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu. wahai sahabat..puas sudah aku mencari jawapan untuk soalanmu... tapi tidak juga kutemui.." katanya sambil menangis."katakanlah wahai sahabat.. apa kesalahanku? ? sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua.

"pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong??"
sahabatnya menggeleng

"pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan? ?
sahabatnya menggelengkan kepala.

“pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan??”
sahabatnya menggeleng lagi.

"pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat??
sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabat pertama tadi meneruskan soalannya." dan soalan ku yang terakhir... pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki? sahabat kedua mendiamkan diri sambil menangis teresak esak. "tidak pernah bukan?? maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku.engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. pergilah kau... mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.

moral:

pernahkah kita melihat kedalam diri
kita?? layakkah kita untuk
bergelar seorang sahabat??

dan pandanglah teman yang sering kehulu kehilir bersama kita... layakkah dia menjadi sahabat kita?? renungkan sendiri dengan mata hati..bukan dengan membuta tuli. perbaikilah diri.. mungkin suatu hari kita layak untuk bergelas sahabat sejati dan hakiki.
insyaAllah..

IKHTILAd SuAtU rANCanGaN uNtUk mEnGhAnCuRkAn KiTa

Pada zaman ini, ramai lelaki dan perempuan bergaul tanpa batas-batas aurat seperti bergaul dengan sesama jenis.
•Ini akan menyumbangkan kepada perkara-perkara maksiat malah tidak mengendahkan hukum-hakam yang disyariat oleh Islam walaupun mengetahuinya.
•Perkara ini terjadi kerana sifat-sifat manusia yang lemah terhadap persekitaran dan lemah imannya tidak seprti zaman yang terdahulu.

•Pada zaman ini, ramai lelaki dan perempuan bergaul tanpa batas-batas aurat seperti bergaul dengan sesama jenis.
•Ini akan menyumbangkan kepada perkara-perkara maksiat malah tidak mengendahkan hukum-hakam yang disyariat oleh Islam walaupun mengetahuinya.
•Perkara ini terjadi kerana sifat-sifat manusia yang lemah terhadap persekitaran dan lemah imannya tidak seprti zaman yang terdahulu.

•Ini kerana ramai masyarakat Islam terlalu menyanjungi negara-negara barat malah terikut-ikut dengan masalah akhlak yang sedang berlaku di negara barat.
•Walaupun bersekolah di sekolah Islam atau menuntut di universiti Islam jika benteng keimanan lemah, lambat laun akan terikut-ikut dengan budaya barat sehari demi sehari.
•Perkara ini dapat kita hindari dengan menasihati mereka tentang betapa dahsyatnya jika terjatuh ke lembah yang hina dan mendapat azab yang amat berat dan peritnya apabila di seksa
•Juga mengingatkan mereka semula kesannya terhadap kehidupan kita, keluarga dan masyarakat. Masyarakat akan menjauhi diri mereka daripada mereka yang melakukan maksiat dan ini akan memalukan keluarga mereka.

Ini kerana ramai masyarakat Islam terlalu menyanjungi negara-negara barat malah terikut-ikut dengan masalah akhlak yang sedang berlaku di negara barat.
•Walaupun bersekolah di sekolah Islam atau menuntut di universiti Islam jika benteng keimanan lemah, lambat laun akan terikut-ikut dengan budaya barat sehari demi sehari.
•Perkara ini dapat kita hindari dengan menasihati mereka tentang betapa dahsyatnya jika terjatuh ke lembah yang hina dan mendapat azab yang amat berat dan peritnya apabila di seksa
•Juga mengingatkan mereka semula kesannya terhadap kehidupan kita, keluarga dan masyarakat. Masyarakat akan menjauhi diri mereka daripada mereka yang melakukan maksiat dan ini akan memalukan keluarga mereka.

•Umat Islam pada zaman Rasulullah dan para sahabat amat berbeza daripada zaman ini kerana pada zaman Baginda dan para sahabat sanggup mengorbankan diri sendiri hanya untuk menegakkan agama Allah iaitu Islam.
•Pada zaman moden ini, berlainan pula kesnya, mereka juga sanggup mengorbankan diri mereka akan tetapi korban untuk yang kita panggil hari ini iaitu “Cinta” bukan cinta kepada Allah tapi sesama manusia berlainan jenis.
•Sedangkan kita sepatutnya mencintai Allah terlebih utama, diikuti dengan cinta kita terhadap Rasulullah, kemudian cinta terhadap ibu bapa dan barulah cinta sesama manusia.

Pada zaman Rasulullah dan para sahabat, kaum wanita menjaga adab-adab apabila terjumpa atau terserempak dengan lelaki, tidak seperti zaman sekarang apabila dua kaum terserempak, mereka terus bergaul tanpa batas-batas yang telah ditetapkan oleh orang Islam.
•Malah sesetengah kaum lelaki atau perempuan tidak menjaga pandangan antara lelaki dan perempuan, mereka melihat pada tempat yang tidak sepatutnya sebagai contoh adalah aurat, memandangnya dengan penuh nafsu atau memandang lama tanpa ada keperluan. Pada ketika ini, syaitan telah mengawal dirinya sehingga dia tidak sedar bahawa Allah sedang melihat dia.

FIKIRKANLAH!!!

•Marilah kita sedar bahawa manusia dicipta dengan sempurna berbanding makhluk lain akan tetapi mempunyai serba kekurangan dari segi akhlak, keimanan, akal fikiran dan fizikal.
•Sedar bahawa dunia ini hanya sementara dan dicipta untuk memperhambakan diri kepada Allah.
•Mengapa kita perlu menghabiskan wang untuk seorang perempuan atau untuk seorang lelaki mengapa tidak untuk keluarga!
•Mengapa kita sanggup mengorbankan diri kita atau bersusah-payah atau mengorbankan masa belajar hanya untuk cinta sesama manusia mengapa tidak untuk Allah, Rasulullah atau keluarga kita!

ApA iTu? SkEmA dAn ApA ITu aLiM??

Skema itukan benda baik....jadi kenapa nak takut???

Kenapa ya kita takut sangat orang gelarkan diri kita "skema"@"alim"? Sedangkan bukankah skema dan alim itu satu perkara yang baik....?

Ada yang sampai takut nak solat dhuha,puasa sunat.tolong guru n sebagainya sebab dia takut orang cakap dia ni baik sangat @ nak tunjuk alim konon..

Apa dah jadi dengan dunia hidayah?mereka kenal tarbiah tapi buat2 x kenal...sampai bila fenomena ini akan terus berlaku?dah lah tak mahu solat dhuha lepas tu buat bising dekat musolla mengganggu orang yg tengah solat....

Sedarlah wahai saudaraku dunia ini tidak lama?suddah banyakkah amal soleh kita hendak bertemu dengan Allah? Andai nyawa kita ditarik adakah kita sudah cukup bersedia untuk bertemu dengaNya?

Ayuhlah!!!! sahabatku apapun yg kita lakukan....UTAMAKANLAH KERANA ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA.....Jadi.....

-bila nampak musolla ramai2 lah kita mengimarahkannya dengan solat dhuha bukannya berbual kosong

-bila kita nampak sampah kutiplah....

-bila nampak guru angkat barang, tolonglah....

-bila nampak orang lakukan kesalahan, tegurlah dengan bijaksana...

-bila guru beri homework, siapkanlah....

PeTaNdA InSaN RaBbAnI

“ Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” ( Al – Asr :1-3 )

PETANDA INSAN RABBANI

1. Dalam keadaan senang saya bersyukur.

2. Bila dalam kesusahan saya bersabar.

3. Bila berasa takut saya bergantung kepada Allah

4. Bila saya difitnah saya berpegang dengan keimanan kepada Allah

5. Bila saya menghadapi musuh saya berazam untuk berjihad.

6. Bila dalam keadaan resah,saya akan redha dengan ketentuan Allah,mengharapkan
pertolongan dan pahala dari-Nya.

7. Dalam menghadapi hasutan syaitan,saya akan berkata, “ Aku berlindung dengan Allah dari
syaitan yang direjam.”

8. Dalam menghadapi orang yang berbuat buruk pada saya,saya akan membalasnya dengan
kebaikan.

9. Bila berdepan dengan orang jahil,saya akan berkata, “selamatlah”Bila berdepan dengan
dukacita,saya akan ingat kembali perbuatan saya

Suatu renungan untuk kita semua.....

Adakah kita ada ciri2 diatas?

Separuh atau semua?

Kalau tak de apa tindakan kita untuk memperbaikinya?

Sampai bila kita mahu berada di takuk yg lama?

Bila kita mahu berubah?

Susah ke nak berubah?

Jikalau begitu sampai bile kita nak biarkan syaitan menguasai kita?

Fikir-fikirkanlah bersama agar diri kita tidak hanyut dengan kehidupan dunia yang sementara ini dan jangan sampai dunia masuk dalam hati kita.Kalau dah masuk memang susah nak diubati.Harap kita sume sedar tentang tipu daya syaitan dan dunia yang melekakan ini.Bersederhanalah dengan kehidupan dunia dan bersedialah untuk membuat bekal yang sebanyak-banyaknya untuk kehidupan akhirat yang kekal dan penuh nikmat

SALAM MUJAHADAH!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...