Saturday, July 26, 2008

AdAkAh KiTa ISLAm???



Assalamualaikum

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita
menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering
lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang
Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,
kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,
peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah
kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah
bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa
kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha
dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat,
bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang
ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya
disisi Islam dan sanggup membiarkan diri kita dalam gejala ikhtilat.Kita sanggup meluangkan masa dengan teman kita yang bukan muhrim dengan bersms,chatting,dating dan sebagainya. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau
sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita
masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam
anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana Z
ain...??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah
kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri
kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya,
wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!



Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,
Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita
menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita
sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya
Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa,
kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa
banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan
diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari
perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti
yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua
itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ... **
kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita
tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa
hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Ketahuilah
bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam NERAKA
yang paling JAUH..... sejauh bintang Suraya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh
sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita????

Kita adalah hambaNya.



Wallahu'alam

Sunday, July 13, 2008

TiNtA tAuBaT



Ampunkanlah aku, sesungguhnya dosa-dosaku telah
meliputi diriku

Matikanlah aku didalam agama Nabi Muhammad

Hidupkanlah hatiku dihari semua hati hidup

Sembuhkanlah hatiku dari penyakit yg menguasainya
Ya Allah yg mengubati para hamba
kurniakanlah rasa hampir denganMu

Aku sangat perlukan Engkau dan kasihkan Engkau
Kurangkanlah kegelinciranku

Kurniakan rasa hampir denganMu
Sesungguhnya penyakitku akan sembuh dengan rasa hampir denganMu

Terlalu panjang malam aku melakukan maksiat itu
Malam itu telah berlalu dan dosanya tetap ada pada diriku

Apakah daya upayaku,
aku telah melakukan derhaka secara jahil
Bagaimanakah aku tidak malu,Engkau sentiasa melihat dan menunggu
YA RABBI

Taubat bermakna kembali dr berbagai sifat tercela kepada berbagai sifat terpuji.Dikatakn sesiapa yg kembali dr perkara-perkara yg berlawanan dgn hukum Allah dlm keadaan takutkan azab Allah,maka dia adlh orang yg bertaubat dr dosa.

Wajib bg seseorang hamba agar segera bertaubat supaya ia dapat membersihkn diri dr kemurkaan Allah dan agar dia terlepas dr seksaan yg selama-lamanya dan dapat mencapai kebahagiaan yg abadi dan dapat pula menghampirkn diri dipintu Allah dan rahmatnya.Agar dia dapat taufiq dan hidayah untk membuat perkara ketaatan.

Firman Allah:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kpd Allah hai orang-orang mukmin agar kamu beroleh kejayaan"

Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertaubat dengan taubat nasuha"

Sabda Nabi:
"Sesungguhnya Allah tdk melihat rupa dan tidak pulakpd harta kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu"

KELEBIHAN TAUBAT

firmaN Allah:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertaubat dan Allah kasih terhadap orang-orang yg menyucikan diri"

Sabda Nabi:
"SeSungguhnya Alah membuka tangaNya pd waktu malam untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu siang dan Allahembuka tanganNYa pd waktu siang untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu malam,hinggala terbit matahari dari barat"

Sabda Nabi:
"Orang yg bertaubat itu adalah kekasih Allah dan orang yg bertaubat dr dosa itu seperti orang yg tdk ada dosa langsung"

Sabda Nabi"
"Sesungguhnya kebaikn-kebaikan itu akan menghapuskan berbagai kejahatan sebagaimana air menghapuskan kekotoran"


Ya Tuhanku kurniakanlah taubat sehingga aku dapat bertaubat

Syarat-syarat taubat:

1)ada rasa menyesal terhadap dosa-dosa yg dilakukan
2)keazaman tidak akan kembali atau mengulangi dosa
3)hendaklah meminta maaf kepada orang yg dizalimi
4)hendaklah meminta halal dari orang-orang yg pernah bersengketa kemudian berbuat baik kepada mereka sekiranya boleh
5)wajib mengqadhakan perkara-perkara yg difardhukan keatasnya yg tlh tertinggal
6)setelah bertaubat maka wajarlah ia mengasuh dan membiasakn diri untk taatkan Allah
7)hendaklah ia meninggalkan sahabat yg jahat
8)Janganlah meninggalkan taubat jika ia melakukn dosa lagi kerana seseorang itu bila bertaubat Allah terima taubatnya.
9)tidak wajar ia berputus asa dr rahmat Allah

Firman Allah:
"Sesungguhnya tidak berputus asa dr rahmat Allah kecuali orang-orang kafir"

Hujjah al-Islam al-Ghazali berkata:

"Sesiapa yg tidak segera bertaubat dengan melambat-lambatkannya ia berada diantara dua bahaya besar;
1)kegelapan maksiat itu akan bertompok-tompok didalam hatinya sehingga jadilah ia sebagai dinding yg menghalang yg sangat keras yg tdk boleh dihapuskan
2)ia akan segera sakit atau mati maka ia tidak dapat peluang dan masa untuk berusaha menghapuskan kegelapan dosa itu.

Oleh itu maka diriwayatkan didalam al athar:
"Bahawa kebanyakan keluhan ahli neraka ialah disebabkan sifat berlambat-lambat tersebut dan kebanyakan jeritan mereka ialah: Hai celakanya org yg melambat-lambatkan.Tidaklah binasa masuk neraka orang yang binasa itu kecuali dengan bertangguh-tangguh dan tidaklah berjaya orang yg berjaya masuk syurga itu kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera"




WAHAI SAHABATKU SEKALIAN ,MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KEMBALI KEPADANYA

BERSAMBUNG.....

Wednesday, July 9, 2008

DeRaP pErJuaNgAn



Hancurkan runtuhkan kekuatan musuh
janganlah menyerah Allahkan selalu bersamamu

Derap langkah para mujahid seolah menggetarkan bumi
Membangkitkan takbir Illahi seluruh pelusuk negeri

Kami ini takkan pernah gentar melihat para serdadu musuh
Walaupun kami hanya berbekal kebangkitan serta batu-batu

Wahai muslimin dipenjuru dunia mari kita bersatu-padu
Satukan hati kuatkan barisan untuk capai
semua kemenangan

Munsyid : Ruhul Jadid

p/s:teringat kenangan lagu tema semasa daurah kepimpinan

Ya Allah jadikanlah daku pembela agamamu Ya Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...