Monday, December 29, 2008

PeRiNgAtAn BuAt SeMuA

Saya kongsikan dalam entri kali ini saringan bebas oleh saya terhadap hasil coretan Muhammad Ar-Rasyid dalam salah satu karyanya bertajuk “Pendedahan buruk akibat fitnah”. Mari kita hayatinya dengan penuh makna.

Tenggelamnya jiwa yang penuh rahsia

Aku menjual tanpa harga

Dan membeli tanpa pilihan

Ahh…daripadaku…..daripadaku puncanya

Bagaimana aku mendidik manusia lain…..sedangkan diriku ini sendiri perlukan tarbiyyah?

Barangsiapa yang tidak mampu membaiki kesilapan dirinya

Dia tidak layak menegur kesilapan orang lain

Maha suci yang mencipta jiwa ini

Apakah rahsia bagi hati yang penuh rahsia ini?

Sensitif..pelbagai..berbolak-balik

Dalam kita menyangka jiwa itu sesuci debu: tiba-tiba dikejutkan dengan zahirnya kekotoran darinya

Dalam kita berinteraksi dengannya penuh kelembutan: ia diletupkan oleh kekerasan yang akhirnya mengeras sekeras-kerasnya

Redhanya diselaputi sifat suka menggoda

Kemarahnnya gemar dihuraikan secara terperinc

Bagi jiwa itu….

Jarak antara damai dan perang adalah sehari

Dan antara perjanjian dan serang hendap adalah sejam

Dan antara ketenangan dan kegawatan adalah sesaat

Dan antara sangkaan awal dan yang kedua adalah sedetik

Dia tidak menyorokkan pedangnya dalam sarung, bahkan bersedia untuk dihunuskan bila-bila masa

Dia tidak mengembalikan anak panahnya ke dalam bekas, bahkan ditarik tegang pada busur dengan sepenuh tenaga

Pemilik jiwa itu jika diprovokasi dengan satu kalimah, terus dia lupakan kamus persaudaraan

Dia keluar dengan permusuhan

Menanggalkan saudaranya daripada setiap kebaikan dan kelebihan

Seolah-olah tidak pernah diantara mereka terjalin kasih sayang dan budi pekerti

Dan antara pemilik jiwa itu yang jika dinisbahkan kejahilan padanya

Dia tidak bersikap sopan

Dia tidak memaafkan

Dia tidak akan sabar

Dia tidak mengharapkan apa yang ada di sisi Allah

Dan antara pemilik jiwa itu yang tidak menegur dengan tepat

Atau menegur dengan cepat jika disakiti oleh sesuatu perkara

Bahkan dia bersabar pada zahir

Tapi tiada kemaafan pada batinnya

Dia tidak cuba untuk memaksa dirinya melupakan atau tidak mengendahkan perkara itu

Bahkan dipendam dalam hati

Dan terus terpendam

Sambil melemparkan senyuman

Sedangkan timbunan semakin membesar di lubuk hati

Sehingga mencecah tan-tan yang berat

Sungai yang tersekat

Lalu kampung tiba-tiba dikejutkan dengan banjir yang deras

Peristiwa ini berulang setiap tahun

Dia menghitung kesalahan saudaranya yang telah berlalu

Dan hitungan itu menjadi bilangan tuduhan yang banyak

Untuk digabungkan bersama

Dia juga dibantu oleh diarinya untuk mengingat kembali

Apa yang mungkin terlupa untuk dihitung

Dia mencatatnya sebagai koleksi sejarah

Dan meletakkan baris pada perkataan mereka

Dia juga mungkin menyimpan surat-surat daripada saudaranya

Juga dokumen yang mungkin terkandung di dalamnya kesilapan sebutan

Semua itu untuk diguna sebagai bukti untuk menyabitkan kesalahan

Maka selepas itu terasalah kesakitan

Kesakitan itu semakin berkarat

Perkara-perkara asas

Al-Ustaz Umar Al-Telmesani telah menyebut kepada kita semua:

Sesungguhnya urusan kita difahami melalui dua isu:

1. Pandangan kebenaran,

2. Dan semoga Allah mengurniakan kita untuk mengikuti kebenaran itu

Inilah doa Rasulullah saw “YA Allah tunjukkan pada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakan kami kekuatan untuk mengikutinya”.

Sesungguhnya markaz dakwah kita wahai saudara adalah markaz amal dan ibadah, menyeru ma’ruf dan mencegah kemungkaran, penyucian diri dan pendidikan. Bukanlah ia tempat untuk berfalsafah dan saling berdebat. Bukan juga kelab para penyair yang barang dagangan mereka ialah lidah. Oleh sebab itu, uruf kebiasaan kita menyatakan dengan tegas bahawa asas-asas amal ialah ketaatan penuh, iltizam pada sistem dan perancangan serta manhaj. Sesunguhnya tarbiyah kita berdiri atas dasar penyempurnaan asas keimanan; terpasaknya ikatan ukhuwah, hidupnya jiwa dan terjaganya lidah
Kita melontar perasaan hasad dengki…dan saling menyempurnakan kekurangan diri
Kita keluar dari kesempitan kabilah menuju keluasan taaruf dan penyebaran dakwah ke seluruh ufuk dunia
Kita letakkan emosi jahiliyyah di bawah tapak kaki..dan menyahut arahan Si Kulit Hitam sekiranya dia yang paling berpengetahuan dan layak
Arah tuju kita ialah iman, tanda kita ialah Islam, perasaan kita ialah persaudaraan
Kita tidak mengenal kedengkian, dan tidak berkompromi dengan umpama
Bayangkan! Berapa tebal ensklopedia yang mungkin terhasil daripada keterlanjuran kata-kata yang diungkapkan sepanjang perselisihan ini?
Berapa jam telah terbuang dihabiskan untuk mencipta sangkaan-sangkaan buruk?

Antara keganjilan dalam tarbiyah: para pemuda dan mereka yang baru bersama dakwah, anda mampu untuk menyeru mereka meninggalkan sifat riya’ dan takabbur serta suka berdebat. Dan mereka menganggap teguran itu sebagai panduan dan tarbiyyah. Tapi sekiranya orang-orang lama yang sempat melalui zaman jahilyah dan Islam, jika anda memberikan peringatan seperti itu, mereka akan menganggapnya sebagai tuduhan, menolak nasihat anda dan mengaum dengan kuat, seolah-olah taubat Rasulullah sebanyak 70 kali sehari tidak menjadi pengakhir hidupnya.

Harapan daripada Al-Rasyid yang ikhlas
Ustaz Umar sekali lagi berkata dengan nada soalan:

Apakah yang telah berubah antara semalam dan hari ini dalam markaz dakwah? Wajib untuk kita mengetahui bahawa banyak peristiwa telah menyelewengkan kita dan menimbulkan kepahitan. Hari- hari pertama bermulanya dakwah ini, tidak ada yang memiliki ijazah Master ataupun Phd tetapi hati mereka lebih suci berbanding kita. Kini, saudara yang telah Jamaah ini sediakan untuk darahnya bercampur dengan darahku di medan Jihad; telah menikamnya. Semua kita orang-orang alim tetapi kita kekurangan rasa bertambahnya sifat cinta. Kita tidak takut dengan bilangan yang sedikit, atau kita tiada persediaan lengkap; yang lebih menggerunkan ialah kita lupa diri sendiri dan tidak berhubung kuat dengan Allah. Kalaulah kita beriman dengan sebenar-benar iman, nescaya kita akan menang hanya dengan sekadar isyarat jari. Kita tidak tamak untuk hidup sepanjang umur dengan hakikat keikhlasan, cuma sudah cukup menembusi sedalamnya pada erti ikhlas sekadar satu rakaat. Bukanlah dengan kelicikan itu menyampaikan kita pada matlamat, bahkan kita mencapainya dengan tawakkal sambil berdoa “YA Allah tiada kemudahan kecuali apa yang telah kau permudahkan”. Asas kita adalah saling bantu-membantu sesama orang-orang beriman, dengan merekalah datangnya pertolongan Allah. (Dialah yang menolong kamu dengan pertolongannya dan jua dengan golongan beriman).

Tidakkah kalian merasa aneh!

Di antara kebaikan Jamaah Tabligh; jika salah seorang daripada mereka berdiri untuk memberi peringatan kepada manusia ramai, saudara-saudaranya yang lain akan mengangkat tangan seraya berdoa kepada Allah agar kata-kata saudaranya itu mencapai hasil dan difahami oleh pendengar. Alangkah indahnya jika semua pendakwah melakukan sedemikian kepada saudaranya yang sedang berkata-kata. Namun hasutan syaitan pada suasana fitnah ini barangkali menjadikan orang bertengkar yang terdesak itu menginginkan saudaranya gagap dan lupa segala tatabahasa dalam ucapannya. La haula wa la quwwata illa billah, inna lillah wa inna ilahi rajiun. Imam Syafie bertinta: “Tidak pernah aku berdebat dengan seseorang kecuali aku menginginkan kebenaran keluar dari lidahnya”. Sedangkan saudaraku pula mahukan aku mem “baris-bawahkan” huruf yang marfu’ hukumnya

Sesungguhnya pemerhatian teliti pada sejarah fitnah menjelaskan kita bahawa setiap orang yang melakukan kejahatan semasa pertelingkahan adalah seorang yang tidak mendapat tarbiyyah yang sempurna pada peringkat permulaan dirinya bersama dakwah. Juga kemuliaan keturunan dan maruah serta sifat pemurah yang terhuyung-hayang yang sepatutnya diganti dengan sikap menjaga kemuliaan diri dan ketinggian budi dalam adab berselisih pendapat.

Sesungguhnya sensitiviti itu ada pada semua pendakwah, jiwanya memulihkan segala ruang udara yang melemaskan lagi tercemar. Ruhnya tidak mampu untuk bernafas dalam cuaca berdebu dan tiada oksigen dan yang lebih menyakitkan lagi ialah tanah yang terbakar.

Penghinaan orang kafir terhadap kita memberikan sumber kekuatan, penghinaan daripada seorang muslim pula amat menyakitkan kita

Taghut telah memberi khidmat kepada kita. Dengan kezaliman mereka; rakyat telah memiliki perasaan rindu kepada kebebasan. Di antara penderitaan akibat kezaliman dan ujian: mengajar bangsa erti kemerdekaan. Akan tetapi fitnah pula: menghancur luluhkan hati dan mengecewakan keazaman. Sesungguhnya ujian adalah penilaian daripada Allah untuk mencapai kesabaran yang akan menguntungkan kita. Ujian ialah pengalaman yang mendidik dan setiap kezaliman akan hancur pada hari bersatunya jiwa-jiwa kita. Adapun, isu-isu dalaman amat menyakiti kita. Anak-anak dakwah tidak akan pupus oleh sebab-sebab luaran akan tetapi disebabkan kereputan dalaman.

Kegopohan adalah jalan menuju kepupusan

Wajib untuk kita semua merujuk semula kaedah asas dalam mengutamakan kualiti bukannya kuantiti. Kita memberi perhatian utama pada garisan tegak melebihi garisan melintang. Tarbiyyah kita usahlah hanya bersandarkan proses penyampaian ilmu semata-mata……. Kita perlu membentuk kembali acuan dan memanjangkan rukuk dalam solat.

Sunday, December 28, 2008

DoA AwAl & aKhIr TaHuN

Doa Akhir Tahun

(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun

(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber 2008)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantuny a dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu

Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wassalam.

Friday, December 26, 2008

MaRi ReNuNg SeJeNaK



bismillahirrahmanirrahim...

Dengan hati yang tulus ikhlas penulis memulakan post kali ni dgn memuji kebesaran Allah dan bersyukur dengan segala nikmat yang penulis peroleh sepanjang hidup ini.Selawat serta salam dipanjatkan kepada junjungan Nabi dan para sahabat serta para salafussoleh yang bertungkus lumus memastikan umat Islam hari ni dapat Islam sepertimana kita dapat

Penulis petang tadi sempat keluar main bowling dengan kawan2 di angsana dan dikesempatan ni ambil peluang untk melihat dunia luar...
maklmlh dh lama x lihat dunia luar sbb sbk dgn prgrm smpi kls tmbhn pn x dtg

Alhamdulillah setelah lama x brjumpa kami memang terasa sngt rindu untk brjumpa..
mgkn inilh yg dikatakn ukhwah fillah..
smbl menyelam minum air
sambil minum air ana tgklh sekeliling..
wah dunia mmg smkn maju
banyak perubahan yg dunia kita telah kecapi
maju dr segi apa ye?
apa sebenarnya kemajuan yang Islam nak?
adakh cukup skadar maju dr segi material?
berasa ckp dengan harta yang ada
sehingga kedekut untk bersedekah
ataupn guna harta ke jln yg slh
yg hasilnya lahirlh hamba yg bertuhankan materialistik

ataupn maju dr segi hiburan?
yg bermcm2 rentak lagu kita blh dgr
sehingga keliru untk memilih lagu yg hak
yg hasilnya lhrlh hamba yg leka dan lalai dgn hiburan
sehingga salah memilih hiburan yg sebenarnya jiwa kita prlukn

ataupn maju dr sg gaya hidup @ berpakaian
ckplh fesyen apa yg kita nak
sumenya ada di dunia ini
yg lg bestnya mcm binatang pn ada
sehingga kita keliru mana satu fesyen yg syara' kehendaki
x krg jgk smpi ada umat Islam yg kagum dgn fesyen barat ni
dan ikut segala rentak mrk
sehingga lupa kita ni seorang muslim yg beragama
yg hasilnya nnt
lahirlh hamba yg gilakn fesyen moden
dan mengatakn pakaian Islam adlh pakain KUNO
n x ikt peredaran zaman
n ada juga yg snggp FREEHAIR sbb tkt dicaci kwn2
sdgkn itulh maruah seorg wanita Islam

n x krg jgk dgn rncgn n video yg org kafir sajikn
untk lalaikn umat Islam
sampi kita pn jd kagum n rasa nk ikt sprti mrk
ada yg smpi x rasa segan n malu DGN ALLAH
bila tengok video @ rncgn yg LUCAH
smpi kita rasa bnda 2 biasa saje

dan sbnrnya bnyk lg bnda orang kafir rancang
untk jdkn makanan untk kita
sehingga hati kita jd btol busuk n hitam
n smpi satu thp ssh untk terima kbnrn
kita snggp prthnkn apa yg mrk bawa
dan mnlk apa yg Rasulullah bawa untk kita




jangnlh kita lupa WAhai saudara
dulu kita prnh gemilang dengan menguasai dunia
kitalh yg mncorakkn arus dunia ini

tp skrg sumenye tinggal kenangan
ibarat debu2 yg berterbangn di pdg psr
kita ibarat buih di lautn yg akn lenyap bila dipkl ombak

ke mana hilangnya pemuda n pemudi Islam
yang snggp mmprjuangkn kebenarn Islam
yg snggp kata yg hak walaupn pahit
di tgh2 kekalutan masyarakt hari ini
penuh dgn masalh jenayah
semakin hari smkn rmi yg tgglkn Islam
lupa pd al-Quran n as-Sunnah
ambil pedomn hidup lain krn ragu2 dgn jln ni

ingtlah ssghnya jln ke syurga itu sdkt orgnya
kerna syurga itu dipagari dgn ujian
sebaliknya jln ke neraka itu sggh bnyk orgnya
krna neraka itu dihiasi dgn plbagai nikmat

mg Allah istiqamah n ttpkn hati kita dlm
mgharungi hdp yg pnh dgn cabaran
yg sumenya menguji keimanan kita
smg kita sume tetap di jalan Islam
n x ddk diam demi pstikan Islam akn smpi
ke generasi yg seterusnya
krna kitalh generasi yg ditggu olh ummat

Sunday, December 14, 2008

DiA..........



Dia

seorang manusia yang bergelar ayah
suatu nikmat yang paling berharga bagiku
telah menempuh hidup hampir setengah abad
telah banyak berkorban untukku
jua adik-adikku
sanggup berpenat lelah untukku
terlalu banyak tenaga,duit dan masa
beliau korbankan untukku
semuanya kerna
demi memastikan daku hidup bahagia
walaupn trpaksa buat apapun
sesungguhnya kasihnya tiada tara
tidak akan dapatku cari ganti di dunia ini

Ayah
suatu panggilan yang mengagumkanku
telah banyak pelajaran yang ku pelajari darinya
sikapnya telah banyak memperbaiki diriku
telah banyak membantuku didalam
mengharungi perjalanan hidup ini
sehingga ku kenal erti sebuah kehidupan
yang penuh dengan onak dan duri

Ya Allah
janganlah kiranya engkau mengambil
nikmat ini dariku
kerna daku masih memerlukan kasih darinya
sesungguhnya tidak dapatku bayangkan
jika dia hilang dari hidupku

Ya Allah
jdknlah daku anak yang soleh
yg bisa mmbahagiakn ayahku
dengan cemerlang akhlaknya
cemerlang pelajarannya
dan mnjadi insan
yang berjaya didunia dan akhirat
yg bisa mnjadi saham untuknya
di syurga kelak




Terima kasih Ya Allah dan daku bersyukur
kerna dikurniakan seorang ayah
yang x bisa ku cari ganti

Selamat Hari Lahir yang ke-50
dari anakmu: Syafiq & sekeluarga

Friday, December 12, 2008

MaRi ChEcK DiRi KiTa

TANDA-TANDA ORANG MUKMIN

1. Tidak suka pada harta dunia
2. Tidak suka mengumbar hawa nafsu
3. Tidak suka menceritakan aib orang

TANDA-TANDA ORANG ALIM

1. Jujur
2. Menjauhi yang haram
3. Tawadhuk

TANDA-TANDA ORANG BERTAKWA

1. Takut berdusta dan membuat keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh kedalam keharaman
TANDA-TANDA ORANG BENAR

1. Merahsiakan ibadah
2. Merahsiakan sedekah
3. Merahsiakan cubaan yang menimpa dirinya

TANDA-TANDA AHLI IBADAH

1. Selalu membatasi diri
2. Selalu menghisab dirinya
3. Selalu memperbanyakkan ibadah

TANDA-TANDA ORANG SOLEH

1. Perbaiki hubungan dengan Allah dengan amalan soleh
2. Perbaiki agamanya dengan beramal soleh
3. Redha terhadap manusia dari apa yang diredhai dirinya

Saturday, December 6, 2008

hIdUp MuLiA bErSaMa Al qUrAn


Bacalah dengan mata hati wahai sahabatku

Alhamdulillah ….Allah telah memberi kita peluang dan kekuatan umtuk terus bermujahadah melawan hawa nafsu untuk berdamping dengan al-Quran.
Penulis ingin membawa kita semua merenung sebentar tentang diri kita yang kerdil lagi hina disisi Tuhan. Selama kita berada di kem tahfiz ini terlalu banyak perkara baik telah kita lakukan dan kehadiran kita disini merupakan salah satu cara untuk kita membersihkan hati kita dan mendekatkan diri kepada Allah dalam usaha kita untuk mentarbiah diri ke arah yang lebih baik

Sabda Nabi:
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini serta celaka dan rugi lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam dan esok lebih teruk dari hari ini”

Firman Allah :
“Wahai orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan yang dapat mendekatkan diri kepadaNya dan bersungguhlah dijalanNya agar kamu beroleh kejayaan”( al-Maidah : 35)

Sebenarnya tidak rugi kita hadir ke kem ini dan amat berbaloi untuk diri kita meskipun kita semua perlu membayar sejumlah wang yang banyak dan masa yang panjang telah kita peruntukkan.Cuma mungkin kerana letih dan penat membuatkan kita berputus asa untuk terus bermurajaah dan menghafal.Ingatlah wahai sahabatku sesungguhnya syurga itu menagih ujian dan neraka itu dipagari nikmat.Tidak mengapa kita bersusah-payah didunia asalkan kita berbahagia di akhirat nanti.Apa yang perlu kita lakukan adalah bersabar dan tidak berputus asa dari rahmat Allah.




Firman Allah :
“Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar” (al-Baqarah : 153)

Lupakah kita bahawasanya terlalu banyak kelebihan yang Allah kurniakan kepada orang yang menghafal dan memelihara kalamullah ini.Antaranya di akhirat nanti tingkat syurga kita akan ditentukan dengan setinggi mana hafalan kita serta di akhirat nanti Allah akan menyeru ibu bapa bagi orang yang menghafal al-Quran ini untuk dipakaikan mahkota yang bersinar keatas keduanya.

Subhanallah…terlalu penyayang Allah kepada kita lebih-lebih lagi kita sebagai umat nabi Muhammad namun di situ kita masih lagi rasa terseksa dan terbeban untuk menghafal dan memelihara kalamullah ini.Ayuh..sahabatku kita refleksi/koreksi diri..tepuk dada Tanya iman kita sekarang.

Contoh amal soleh yang kita lakukan di kem tahfiz :

1)membiasakan diri solat berjemaah
2)membiasakan diri berqiamullail setiap malam
3)membiasakan diri solat sunat
4)membiasakan diri membaca al-Quran tidak kira masa
5)membiasakan diri membaca al-Ma’thurat setiap pagi dan petang
6)membiasakan diri berada di majlis ilmu(kuliah mahgrib & subuh)

MasyaAllah..ya Tuhan sebenarnya terlalu banyak amal soleh yang telah kita lakukan.Cuba kita tanya pada diri dan qalbu kita mampukah kita melakukan semua ini di rumah..?Sudah tentu tidak keran tiada suasana seperti ini di rumah yang boleh mendorong diri untuk berbuat sedemikian

Oleh itu,janganlah kiranya ada rasa menyesal di hati menghadiri kem ini dan seharusnya kita bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan kita dari berbuat perkara lagha dan sia-sia pada masa cuti ini dengan memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita untuk hadir ke kem ini.Justeru, marilah kita meneruskan cuti ini seperti kita berada didalam kem ini untuk kita buktikan kesyukuran kita kepada Allah dan tunjukkan kepada kedua ibu bapa dan guru-guru kita bahawasanya kitalah “ generasi hamalatul quran” dan generasi yang ditunggu-tunggu oleh umat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...