Wednesday, September 23, 2009

SaLaM LEbArAn- part 1


gambar atuk & nenek dekat mersing(belah ayah)
gambar atuk & nenek dekat larkin(belah ibu)
selamat hari raya maaf zahir dan batin
moga tarbiah Ramadan kekal
ni gambar sekeluarga dekat mersing (belah ayah)...ramai lagi yang tak de ni
selalulah ingat mati kerana kita pasti akan berjumpa dengaNya (zikrul maut)
dari kiri : ayah-pak teh-pak long
ni kuih tradisional(kuih waji' namanya)-susah nak dapat

EvEnT RaMaDaN

ni semasa iftar kelas 5 Ikhlas di rumah pak cik Marzuki
ni semasa program iftar dengan anak usrah
huh sedapnya udang & sotong bakar ni..
sementara menunggu waktu berbuka
ni semasa program i'tikaf PRS di masjid UTM
ni semasa program iftar nuqaba' f5
sempat lagi beriadah..huhu gaya 10/10..

Sunday, September 13, 2009

DuHai Daei...




Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah yang memberi kita semua nikmat yang tidak putus-putus untuk kita nikmati setiap hari,namun kebanyakan antara kita kurang bersyukur atas pemberianNya
Firman Allah :
"dan jika kamu mengira nikmat Allah tentu kamu tak dapat menghitungnya" (Ibrahim)

Kepada pembaca yang budiman sekalian post kali ini mengajak kita semua merenung sejenak kehidupan kita sebagai seorang muslim dan juga sebagai dai Ilallah yang kadang-kadang tersasar dari syariatnya dan kita terpengaruh dengan suasana yang berada di sekeliling dimana fitnah sedang melata di dunia ini dalam keadaan kemungkaran begitu dahsyat dapat kita saksikan tanpa ada sebarang solusi yang dapat membendung gejala ini dari terus berleluasa

Oleh itu seseorang yang mengaku dia beriman dengan ayat-ayat Allah perlulah jelas tiga prinsip asas dalam kehidupannya seharian yang kesemuanya berbalik kepada ma'rifatullah seperti yang disebut dalam kitab FIQH DAKWAH oleh Dr.Abd Karim Zaidan iaitu
1)Dari mana dia datang??
2)Untuk apa dia didatangkan??
3)Ke mana hala tujunya selepas dia didatangkan??

Jika kita jelas 3 asas ini nescaya kita ada jati diri dan prinsip kita tersendiri walaupun kita bergaul dengan masyarakat yang macam manapun hebatnya kerana disitu telah terbentuknya peribadi muslim yang mantap dimana 10 muwassofat tarbiah itu menjadi kayu ukurnya

Adapun begitu apabila terbentuknya peribadi muslim yang mantap akan lahirlah kader-kader rabbani yang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya untuk meninggikan kalimah tauhid di atas muka bumi ini meskipun dakwahnya itu ditentang oleh seluruh penduduk bumi
Oleh itu tiga persiapan yang telah digariskan oleh Dr.Abd Karim Zaidan dalam bukunya FIQH DAKWAH bagi mereka yang bergelar juru dakwah :

1) Ilmu yang mendalam
-seorang pendakwah perlu mempersiapkan dirinya dengan segenap ilmu sebagi persediaan untuk menghadapi masyarakat yang jahil.Cukuplah sekadar mengetahu ilmu asas dan bukan bertujuan untuk pakar dalam suatu bidang dan hendakah ilmu tu membawanya kepada rasa kerdilnya diri di hadapan Allah

2) Iman yang mantap
-keimanan yang mantap sahajalah yang akan membentangi diri pendakwah dari terjerumus dalam gejala FUTUR dan menyimpang dari jalan yang benar bahkan lebih dahsyat menentang dakwah itu sendiri
3) Hubungan yang intim dengan Rabbnya
-apabila mengaku dirinya sebagai pendakwah hendaklah hubungan dengan Tuhan adalah sangat akrab kerana untuk menghidupkan hati mad'u hendaklah hati sang dai itu dulu hidup dan bercahaya barulah ccahaya hati sang dai itu dapat mengair dalam diri mad'u nya
-Pendakwah juga perlulah menitikberatkan amal fardhi nya seperti tahajud di tengah malam,tilawah Quran,hafalan hadis,solat dhuha dan sebagainya.Perkra di atas perlulah diazimkan dalam diri kerana supaya ia meresap dan menjadi sumber kekuatan bagi sang dai

Akhir kalam penulis bawakan satu firman Allah sebagai renungan untuk kita semua :

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan(tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami,dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu,dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami,mereka itu tempatnya di neraka,kerana apa yang telah mereka lakukan "( Yunus :7-8)


Thursday, September 10, 2009

SoLaT TaHaJuD







TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN
________________________________________



TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian -

tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam.
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu.
Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur "
Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar , sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada Manfaat

Oleh itu lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin meneruskan perjuangan risalah yang dibawa oleh Rasulullah,seharusnya seorang dai itu melazimkan diri mereka untuk tahajud di tengah malam kerana ia adalah sumber kekuatan kita dalam memikul tugas dakwah ini.Justeru ia merupakan salah satu daripada perkara yang dapat meningkatkan lagi tarbiah zatiah kita sebagai seorang pejuang kebenaran

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...