Friday, December 14, 2012

RuNtuHNya PuSat BaHaYa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merngkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari yang buta

يا ملح الأرض لا تفسدوا
فانّ الشيء اذا فسد لا يصلح الاّ الملح
"Wahai garam bumi(kaum solehin), janganlah kamu menjadi rosak kerna apabila sesuatu sudah rosak, tidak ada yang bisa memperbaiki kecuali garam"

Perkataan dan pepatah ini adalah sebuah hikmah yang benar dan ia lahir dari mulut seorang ahli dan aktivis tarbiah. Setiap musleh(pelaku perbaikan) dan murabbi(pendidik) menyampaikan wasiat ini kepada para sahabatnya berkali-kali dan sebelum kematiannya.

Sungguh kuman-kuman beracun dan bakteri-bakteri pembusuk tidak akan dapat tumbuh pada lingkungan bergaram. Demkianlah dengan perihal pelaku kerosakan, mereka tidak mampu dan tidak bisa mengangkat kepala dalam lingkungan yang dihuni oleh para pencegah kemungkaran. Ini adalah gambaran dari realiti minoriti Mukmin para dai Islam yang hidup diantara kaum yang terus hidup lengah kerana urusan dunia.

Dengan kaum minoriti tersebut, Allah memperbaiki semua kerosakan sosial. Mereka akan meluruskan segala sesuatu yang bengkok. Merekalah cadangan umat yang akan selalu menjaga maslahatnya setiap kali pengikut hawa nafsu yang zalim menyia-nyiakan amanah umat, lalu mereka mengembalikan umat pada kedudukan mulia yang sepatutnya.

Namun apabila sang penyeru itu sendiri sudah menyeleweng, lalu mereka menyia-nyiakan ikatan persaudaraan mereka, melakukan sebahagian kemungkaran, maka siapa lagi yang akan memperbaiki masyarakat? Siapakah lagi yang akan membersihkan masyarakat?

Oleh kerana itulah himbauan untuk saling menyayangi dan saling berukhuwah, kemudian saling berwasiat untuk mengingkari segala kemungkaran adalah dua perkara penting dalam mendidik jemaah islamiah. Kedua-dua perkara ini akan menjamin kekuatan para dai dalam melaksanakan peranana wajb mereka dalam menghancurkan kemnungkaran.


Sikap saling berwasiat, termasuk diantaranya berupa dorongan untuk nberani berkorban, dapat membuat jemaah menjadi berani dan sabar dalam menghadapi kemungkaran.

*dipetik dari buku al-Awaiq olh Syeikh Abu Ammar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...