Monday, February 25, 2013

ILTiZaMLaH dengan Solat BeRJeMaaH


Ku Biarkan kalam berbicara
Ku Biarkan minda mentafsir segalanya
Ku Biarkan pena merungkai kata-kata
Ku Biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Keutamaan untuk ikhwah solat berjemaah di masjid@surau

Saban tahun kita ditarbiah, masih lagi solatnya tidak berjemaah, masih lagi solatnya terasa seronok secara sendirian dan apatah lagi merasa 'lega' dengan hanya solat di bilik, rumah..

Mana mungkin seorang akh dia melazimi solatnya di bilik dan secara bersendirian, itu kita belum bicara lagi tentang solat di awal waktu dan berada di saf pertama..

Kadang-kadang malu juga dengan golongan tabligh, nampak sensitiviti mereka terhadap solat berjemaah di masjid sangat tinggi! iye sangat tinggi ikhwah!

Inikah kualiti-kualiti yang mahu kita lahirkan dari proses tarbiah di UM ini?
apakah dia?
mereka-mereka yang solatnya kita dapati di bilik dan tidak berjemaah!

Ayuh sama-sama kita perbaiki !

أصلح نفسك وادعو غيرك

Nah, berikut disertakan anjuran kepada kita untuk ILTIZAM solat berjemaah di masjid

Nabi saw. bersabda,

“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, maka ia mengatakan,’ Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedakah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di nafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu mengalir air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, 

"Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, banyakkan melangkah untuk ke masjid dan menunggu solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)

Rasul saw telah bersabda: 

“Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat derajatnya.” (HR.Muslim).

Nabi saw. bersabda,

“Sesiapa yang pergi menuju masjid untuk solat maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi maupun pulang.” (HR. Ahmad)

untuk maklumat lanjut boleh layari alamat berikut :
http://arjunakirana.blogspot.com/2010/09/sembahyang-jemaah-di-masjid.html

Tuesday, February 12, 2013

KeRiaNGaN MenJaDi BaTu - BaTa..



Bismillahirrahmanirrahim..

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merngkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta


Huh..sedar tak sedar dah sebulan lebih tidak menulis di blog ini..mohon ampun atas kelemahan diri ini pada semua..*ampun2!


erm anda sudah lihat gambar di atas?apa yang anda sedang cuba tafsirkan?jeng-jeng-jeng..


Alhamdulillah biarpun cuti sem dapat merasai 2 minggu saja, namun alhamdulillah memohon pada Allah agar masa cuti ni biar berkualiti dan sentiasa berprestasi! Alhamdulillah Allah mengabulkan permintaan itu..tak sampai 24 jam sampai di rumah, us di srih mesej untuk menaburkan khidmat di sana..sungguh sangat rindu untuk kembali semula ke sana dan alhamdulillah berjaya sampai dan mendapatkan spirit dari asatizah yang banyak berjasa pada diri ini..terasa kerdil !


Kedatangan kali ini berbeza sedikit kerana lebih banyak memerhati dan mengamati sekeliling..suka dan teruja sambil senyum sorang-sorang ! Kelibat murid-murid yang dulunya darjah 1, kini sudah berada di darjah 4, dlunya darjah 4, kini sudah darjah 6, guru-guru lama pun makin sedikit, sekolah berwajah baru, adik yg bongsu pun sudah di tingkatan 1..*sungguh pantas masa berlalu~


Anda-anda semua kita kembali ke pangkal jalan..eheh?


Post kali ini ingin berkongsi sedikit tentang gambar di atas..


Sungguh mereka itu sungguh keriangan, sangat merasai nikmat keanak-akan itu bukan?eh

Jika guru-guru masuk ke dalam kelas, beza cara mengajar tahap 1 dan tahap 2, even menengah rendah dan menengah atas. Yang menarik dan uniknya bila mengajar sekolah rendah ini, banyak dibelai, ditunjuk satu-persatu supaya mereka jelas dengan pembelajaran dan pengajaran yang diberikan. kalau tidak kita menjadi mangsa 'kejar' mereka nanti..:)

Apa yang ingin saya ketengahkan disini adalah anda-anda semua teringat tak waktu-waktu di awal-awal kita mula mengenali tarbiah ini?ataupun mula disapa dengan hidayahNya? Masih ingatkah waktu 'keemasan' itu?


Saat kita 'dibelai-belai' oleh murabbi/ah kita..
Saat kita main 'kejar-kejar' dengan mereka..
Saat kita 'dipancing' dengan pelbagai 'umpan' dan akhirnya termakan juga..


Sungguh maniskan waktu itu?
Sungguh kelakar dan terujakan waktu itu?


tup tap tup tap..kita sudah jadi begini dan begitu berkat kesungguhan murabbi/ah kita dalm mentarbiah diri kita

tanpa kesungguhan,
tanpa kesabaran dan mujahadah 
tanpa pengorbanan mereka yang tinggi, 
tanpa keikhlasan mereka dalam beramal,
tanpa munajat dan menitis air mata mereka kerna sayangkan kita,

KITA tidak mungkin jadi begini..mungkin TIDAK !!! mungkin kita sudah hanyut entah ke mana..Allah..semoga Allah membalas jasa mereka-mereka ini dengan jannah dan redaNya..amin ya Rabb !

eh belum habis lagi..sabau..

oleh itu ikhwah akhawat..ia amanah untuk kita !!! (nampak tak gunung jatuh menghempap?)
amanah apa pula ni?

ya..amanah pada kita untuk kembali melakukan kerja-kerja yang telah dibuat pada kita suatu ketika dulu pada mutarabbi(adik2 binaan) kita

Kerana apa?

Kerana mereka bekerja keras bukan suka-suka..kerana mereka jelas dengan peri pentingnya lahira rijal-rijal, kader-kader, pemuda-pemuda, individu-individu muslim yang terus melakukan kerja-kerja dakwah ini 

Kerana supaya dakwah ini terus ada mata rantainya, terus ada generasi yang meneruskannya sehingga tidak ada lagi fitnah di muka bumi Allah ini sepertimana Allah berfirman :

"Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah" ( al-Baqarah : 193 )

Justeru ikhwah akhawat (peringatan untuk diri ini juga)

Mari kita tingkatkan jiddiyah(kesungguhan) kita

Mari kita jadikan sabar dan mujahadah itu kunci untuk terus membuka pintu-pintu mutarabbi kita

Mari kita jadikan pengorbanan kita pengorbanan yang termahal untk agama Allah dan dakwah yang kita cintai ini

Mari kita sentiasa mentajdid(memperbaharui) niat di setiap saat dan hembusan nafas kita

Mari kita jadikan munajat dan menitisnya air mata itu sebagai kemuncak kebergantungan amal kita

Akhir kalam..

" Islam sangat menganjurkan agar para pemeluknya membentuk kumpulan-kumpulan bernuansa kekeluargaan (usrah) dengan tujuan mengerahkan mereka untuk mencapai tingkat keteladanan, mengukuhkan persatuan dan mengangkat konsep persaudaraan di antara mereka dari hanya kata-kata dan teori menuju kerja dan operasional yang konkrit. Oleh kerananya bersungguhlah engkau wahai saudaraku untuk menjadi batu-bata yang baik dalam bangunan Islam ini " (as-Syahid Hassan al - Banna)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...