Saturday, February 26, 2011

بالتوفيق والنجاح

studygrup reramai di musolla..

Jom tadabbur ayat 11 surah ar-Ra'd..

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya"

BITTAUFIQ WANNAJAH!!!
RABBUNA YUSAHHIL!!

alhamdulillah berjaya mengumpulkan seramai 3o lebih sem 2 secara tak langsung..

gomo majmuah2 gomo...moga sukses selalu..

bilik memuatkan 2 orang disumbat seramai 17 orang..sume angkara belaja..

Friday, February 18, 2011

الأخوّة

the special of majmuah 2

al- Banna kata :

Aku maksudkan dengan ukhuwah ialah : Hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah- Aqidah ialah ikatan yg paling kuat dan paling berharga. Ukhuwah ialah saudara bagi iman.Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran.Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan.Tiada kesatuan tanpa kasih sayang.Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati(terhadap saudara seislam) dan yang paling tinggi ialah ithar
(mengutamakan orang lain dari diri sendiri).

Saudara islam yang sebenar memandang saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri,kerana jika ia tidak bersama mereka nescaya ia tidak akan bersama dengan orang lain manakala jika mereka tidak bersamanya, mereka akan bersama dengan orang lain.Sesungguhnya serigala itu akan memakan kambing yang terpisah jauh.Seorang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat sebuah bangunan yang saling menguat antara satu sama lain

ikhwah majmuah 2
ala-ala coklat semuanya...

Ukhuwah itu adalah anugerah dari Allah yang dikurniakan kepada mereka yang ikhlas dikalangan hambaNya para penolongNya,pengikut dan kelompoknya yang berjiwa bersih dan suci
(al-Anfal : 62-63)

ukhuwah yg terbina..
moga mekar hingga ke akhirnya...
sempoi sumenye..
kelas terakhir math...
wish luck in this subject...
the best KALAM forever...
miss us Hassan....

"UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN"

Thursday, February 10, 2011

فرشي التراب



Perbaringanku adalah Tanah

Perbaringanku adalah tanah yang meliputiku dan ia menutupiku

Yang mengelilingiku adalah pasir,meliputiku bahkan berada di belakangku

Liang lahad tergambar suatu kegelapan dimana disitu diriku diuji

Cahaya (Quran) tertulis padanya menyebabkanku lupa pertemuanku

Dan keluargaku dimana kasih sayang mereka, mereka jual kesetiaanku

Dan kawan-kawan dimana puak-puak mereka,mereka memutuskan tali persaudaraanku

Dan harta dimana kepuasannya,semuanya telah berjalan di belakangku

Dan pangkat dimana kilauannya,hanyalah sekadar pujian

Beginilah penghujung keadaanku,perbaringanku adalah tanah

Dan kasih sayang telah meninggalkan kekasihnya dan menangislah pewaris-pewarisku

Hinggalah perjalanan air mata itu kekeringan selepas menangis kerna ku

Dan seluruh ciptaan rasa sempit dengan kekuasaanNya dan ruangku terasa sempit

Maka liang lahad dan mayatku beratapkan langit dan bertanahkan bumi

Dan ketakutan menguasai diriku dan kesedihan telah menyakitiku

Aku berharap agar ditetapkan hatii kerna ia hanyalah ubatku

Dan Tuhan,aku mohon dengan setulusnya kerna Dikaulah harapanku

Aku mohon wahai TUhanku syurga yang padanya itu adalah kepuasanku

Wednesday, February 2, 2011

TeRuS MeMBiNa...

ikhwah b1-b11 (hidayah jb) di KOSMIK 11..
seronok bersama senior2 semua..

akhawat b1-b11(hidayah jb) di KOSMIK 11..


Alhamdulillah diberi kesempatan mengupdate walaupun selalu buka tenet tapi salu tengok saje blog-blog orang lain..hmm...apa khabar iman kita sahabat sekalian??adakah martabat taqwa yang kita kejar sudah tercapai???kalau belum apa tindakan kita??sekadar menunggu??melihat??ayuh muhasabah!!

cuti 4 hari ni memberiku sedikit kelapangan untuk menghirup sedikit kerehatan dan nikmatnya udara itu..maklumlah sem 2 yang pack dan penuh dengan tugasan yang tiada kesudahannya..disini penulis ingin berkongsi sedikit kata-kata..maklumlah agak kemalasan untuk membuat ayat berjela-jela...

sebagaimana kita tahu bahawasanya pemuda adalah kebangkitan adalah tiang pasak pada kebangkita sesuatu ummat..oleh itu pemuda yang bisa merealisasikan impian ini boleh terlihat dengan keberhasilan fikrah pemuda itu..

1) KUAT keyakinan padaNya
2) IKHLAS dalam berjuang di jalanNya
3) semakin BERSEMANGAT dalam merealisasikannya
4) persiapan dalam BERAMAL

kenangan di Rudan,Kuching...

ASAS 4 RUKUN :

1) asas iman adalah nuani yang menyala
2) asas ikhlas adalah hati yang bertaqwa
3) asas semangat adalah perasaan yang menggelora
4) asas amal adalah kemahuan yang kuat..

akhir sekali mari sahabat kita tadabbur ayat ini..

"Kami ceritakan padamu kisah mereka dengan sebenarnya.Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka " (al-Kahfi : 13)

-ayuh sahabat sahut seruan untuk jadi pemuda-pemudi yang sentiasa berusaha untuk merubah kezaliman dan kejahilan yang melata supaya bumi Allah ini disinari dengan petunjuk dariNya

-beruntunglah sahabat bagi mereka yang tergolong dalam golongan yang sentiasa Allah tambahkan petunjuk kepada mereka...

ingat moto kita :

التربية والتكوين طريقنا للتمكين

terus kita membina dan mencetak peribadi manusia untuk menuju izzah islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...