Friday, March 20, 2009

SuRaT dArI sYaItAn


Aku melihatmu kemarin
saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu Bahkan
kemudian kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulakan santapanmu
juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu
Kau benar2 orang yang bersyukur

Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
berubah cara hidupmu.
Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
ALLAH sudah mencampakkan aku dari syurga
dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk membalaskannya.

Kau lihat
ALLAH MENYAYANGIMU dan DIA masih memiliki rencana-rencana
untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani
Kita tonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,
Tidak menghargai Masjid,
berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh,
kita terbakar bersama
selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang lain..


p/s : renung-renungkan..!

Monday, March 16, 2009

UkHuWaH wA tHiQaH



9. Persaudaraan (Ukhuwwah)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan;

Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)
Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)
Inilah yang sepatutnya kita lakukan.



10. Percaya (Thiqah)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Thiqah;

Seorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat.
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Al-Nisa’: 65)

Pimpinan adalah sebahagian daripada dakwah. Dakwah pula tidak akan wujud tanpa pimpinan. Sejauhmana wujud hubungan saling percaya-mempercayai antara pimpinan dan tentera ini akan menentukan kekuatan sistem sesebuah jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya untuk mencapai matlamat dan sejauhmana ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran.

Maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah) (Muhammad: 20-21)

Dalam dakwah Ikhwan, seorang pemimpin ibarat seorang ayah dari segi hubungan hati, seorang guru dari segi penyaluran ilmu, seorang syeikh dari segi didikan rohani, seorang ketua dari segi menentukan dasar am dakwah. Dakwah kita menggabungkan semua elemen ini. Kepercayaan kepada pemimpin merupakan asas kepada kejayaan mana-mana gerakan.

Oleh itu, setiap akh yang jujur perlu menyoal dirinya soalan-soalan berikut bagi mengetahui sejauhmana kepercayaannya kepada pimpinannya:

1. Adakah dia mengenali siapakah pemimpinnya sebelum ini dan telah mengkaji latar belakangnya?

2. Adakah dia yakin dengan kemampuan dan keikhlasannya?

3. Adakah dia bersedia untuk menerima bahawa segala arahan yang tidak bertentangan
dengan syarak yang dikeluarkan oleh pimpinan sebagai suatu keputusan mutlak yang tidak boleh dipertikai, disangsi, diabai dan diperdebatkan, di samping bersedia memberi nasihat dan menyatakan pendapat yang baik?

4. Adakah dia bersedia untuk merasakan kemungkinan bahawa pendapatnya salah dan pendapat pimpinan itu benar, dalam keadaan wujud percanggahan antara arahan pimpinan dan apa yang diketahuinya tentang soal ijtihad yang tidak dinyatakan sebarang nas syarak?

5. Adakah dia bersedia untuk meletakkan kehidupan hariannya di bawah telunjuk dakwah? Adakah pemimpin pada pandangannya berhak menentukan apa yang lebih penting antara kepentingan peribadinya dengan kepentingan dakwah?

Berdasarkan jawapan kepada soalan-soalan ini atau yang seumpama dengannya, seseorang akh akan meyakini sejauhmana hubungannya dengan pimpinan dan sejauhmana dia mempercayai kewibawaannya. Namun hati-hati manusia di tangan Allah dan Dia mentadbir hati-hati ini menurut kehendaknya.

Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfal: 63)

Friday, March 13, 2009

HiDuP iNi


Dengan menyebut nama Allah yang Maha Kuasa ke atas hambanya

Alhamdulillah hari ini penulis diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca sekalian

Sabda Nabi :
"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"

Berdasarkan ayat diatas dapat kita fahami bahawa tugas menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar(dakwah) adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan waqi' yang tidak menyebelahi Islam itu sendiri walaupun penduduk di negara ini kebanyakannya Islam
tetapi cuba kita tanya pada diri sebenarnya Islam yang dimaksudkan itu adakah cukup sekadar kita lengkap kelima-lima rukun Islam itu tanpa kita fahami hakikat perjuangan Islam itu sendiri kerana tiada gunanya ilmu itu hanya di buku tanpa diterjemahkan dalam bentuk amal

Perlu kita fahami ikhwah wa akhawat sekalian bahawasanya dakwah adalah wajib bagi setiap muslim.Dan sepatutnya kita bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah untuk berada di jalan dakwah ini

Kita semua perlu faham sesungguhnya Islam itu tidak memrlukan kita tapi kitalah yang memerlukan Islam itu sendiri dan dakwah itu tidak perlukan kita tapi kitalah yang memerlukan dakwah.

Berbalik semula kita pada soal iman dalam hati ini.Agaknya bagaimana keadaan iman kita sekarang ?adakah kita sering berusaha untuk bertaubat dan sedaya upaya melawan godaan syaitan dan nafsu semata-mata demi memastikan tingkat iman kita tidak jatuh.

Sebenarnya iman kita ini sangat berharga ibarat harta karun yang berada di dasar lautan dan semua orang akan berebut-rebut untuk mengambilnya.Begitulah iman kita,sedar tak sedar musuh kita iaitu syaitan sentiasa berusaha untuk mengambil iman itu dari kita dengan pelbagai cara apapun sehingga kita sanggup menggadaikan nilai iman yang berada dalam hati kita yang nilainya tiada tandingan mahalnya dengan seisi dunia ini.



Semua ini berpunca daripada karat-karat jahiliah yang telah lama terkumpul di hati kita ini sehingga menjadikan diri kita ini menolak segala yang benar dan menerima segala yang buruk sedangkan telah jelas bagi kita yang benar itu memang benar dan uci manakala yang buruk itu memang sifatnya batil dan kotor

Ayuh saudaraku sekalian kita bangkit dai lamunan mimpinnyang indah.sedrkan diri kita bahawa kita adalah seorang muslim dan mempunyai banyak tugas untk dilakukan demi menunjukkan kebaktian kita kepada Tuhan yang telah menciptakan kita.Sepatutnya tiada masa lagi untuk kita berfoya-foya dengan kaum yang berlainan jantina samada dari segi chatting,sms dan sebagainya.

Justeru,kita sepatutnya tahu mana hiburan yang dibenarkan dalam Islam dan tidak bermewah-mewah dengan harta yang kita ada sehingga menghabiskan banyak duit,masa dan tenaga kerana dunia tanpa memberi kesan untuk bekal kita bertemu dengan Tuhan Yang Maha Kuasa

Cukuplah setakat ini kita melakukan amalan jahiliah, tinggalkanlah amalan jahiliah yang kita amalkn selama ini.Ubahlah persepsi minda kita tentang Islam bahawa Islam ini bukan terbatas pada ibadah sahaja tetapi merangkumi seluruh kehidupan kita dan Islam ini adalah agama yang seronok yang akhirnya membuahkan hasil kita masuk ke syurga Allah yang kita idamkan selama ini bak kata pepatah "SYURGA ITU MENAGIH UJIAN SEDANGKAN NERAKA ITU DIPAGARI DENGAN NIKMAT"

Sunday, March 8, 2009

PuIsI cInTa


Puisi Rabiatul Adawiyah seorang sufiah
yang zuhud dan cinta kepada Allah

Aku cinta pada Mu,

Ada dua cinta;

Cinta rindu,

Cinta yang satu lagi,

Kerana Engkau berhak menerima cintaku,

Adapun cinta kerana Engkau,

Hanya Engkau yang aku kenang,

Tiada yang lain,

Adapun cinta kerana Engkau, kerana Engkau berhak menerimanya,

Agar Engkau bukakan hijab supaya aku dapat melihat Engkau,

Pujian atas kedua perkara itu, bukanlah bagiku,

Pujian atas dua perkara ini adalah bagi-Mu Sendiri.

MUNAJAT

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Albaqarah:286)

Taat wa Thabat wa Tajarrud




6. Taat

Apa yang saya maksudkan dengan taat:

Taat ialah akur kepada perintah dan melaksanakan secara sepontan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa. Ini adalah kerana fasa dakwah ini ada tiga:

Pengenalan (Takrif)

Fasa ini dilaksanakan dengan menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat. Dalam fasa ini dakwah disusun melalui pertubuhan. Peranannya ialah bekerja untuk kebajikan masyarakat. Wahana atau wasilah yang digunakan adakalanya dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina prasarana yang berguna untuk masyarakat dan pelbagai lagi wasilah yang praktikal. Semua cawangan Ikhwan yang wujud pada hari ini berada dalam fasa dakwah ini. Semuanya disusun oleh satu undang-undang asas yang dihuraikan oleh risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam fasa ini bersifat umum.

Dalam fasa ini, jamaah berhubung dengan sesiapa sahaja yang mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja jamaah serta bersedia berjanji memelihara dasar-dasar jamaah. Dalam fasa ini ketaatan penuh tidak diperlukan. Cukup sekadar ia menghormati sistem dan dasar am jamaah.

Pembinaan (Takwin)

Memilih individu-individu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab jihad dan mereka kemudiannya digabungkan dalam saf. Dalam fasa ini, dakwah disusun menggunakan kaedah sufi sepenuhnya dalam sudut rohani dan menggunakan kaedah ketenteraan sepenuhnya dalam sudut amali. Slogan bagi kedua-dua sudut ini ialah “perintah dan taat” tanpa ada rasa teragak-agak, bersoal jawab, ragu-ragu dan keberatan. Katibah-katibah Ikhwan merupakan pelaksana kepada fasa dakwah ini. Sebelum ini katibah ini disusun menurut Risalah al-Manhaj dan sekarang risalah ini.
Dakwah dalam fasa ini adalah bersifat khusus. Dakwah hanya berhubung dengan orang yang sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab jihad yang akan berlangsung dalam tempoh yang lama dan menuntut pelbagai tanggungjawab. Tanda pertama kesediaan ini ialah “ketaatan mutlak”.

Pelaksanaan (Tanfiz)

Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa kompromi, kerja yang berterusan ke arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang akan hanya ditempuh dengan sabar oleh mereka yang jujur. Kejayaan dalam fasa ini hanya akan diperolehi melalui “ketaatan mutlak”. Barisan Ikhwan al-Muslimin yang pertama memberikan baiah ialah pada 5 Rabiul Awal 1359.

Apabila anda bergabung dalam katibah ini dan menerima risalah ini serta berikrar dengan baiah ini anda telah berada di tahap kedua dan hampir dengan tahap ketiga. Oleh itu nilailah tanggungjawab yang anda laksanakan. Siapkanlah diri anda untuk memenuhi tanggungjawab ini.



7. Tabah (Thabat)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Tabah;

Tabah bermakna seorang akh terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walau sejauhmana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya, sehingga dia bertemu dengan Allah. Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti.
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al-Ahzab: 23)

Bagi kita, masa adalah salah satu penyelesai masalah. Jalan ini memang jauh apatah lagi apabila ia terpaksa melalui pelbagai peringkat dan pelbagai rintangan. Namun demikian ini sahaja jalan yang mampu membawa kita kepada destinasi kita. Ditambah pula dengan ganjaran dan pahalanya yang besar.
Ini kerana kesemua enam wasilah atau wahana kita memerlukan kita membuat persediaan yang rapi, menunggu masa yang sesuai dan merancang pelaksanaan yang teliti. Semua ini bergantung kepada masa.
Mereka bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! (Al-Isra’: 51)

8. Jatidiri (Tajarrud)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Jatidiri

Jatidiri ialah anda memberikan tumpuan sepenuhnya kepada fikrah atau gagasan anda dan anda ketepikan semua prinsip dan tokoh lain selain daripada gagasan anda kerana gagasan anda adalah yang paling mulia, paling lengkap dan paling tinggi.
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138)
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata. (Al-Mumtahanah: 4)

Bagi saudara yang jujur, manusia terbahagi kepada enam kumpulan:

1. Muslim yang berjihad.
2. Muslim yang berdiam diri.
3. Muslim yang melakukan dosa.
4. Ahli zimmi yang membuat perjanjian.
5. Manusia yang berkecuali.
6. Manusia yang memusuhi.

Bagi setiap kumpulan ini ada hukum yang tersendiri menurut neraca Islam. Pengkelasan ini akan menjadi landasan dalam menilai individu ataupun pertubuhan, sahabat ataupun lawan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...