Sunday, May 20, 2012

SiNGa yang DiJiNaKKaN










Ummat ini
Dulu ibarat singa
Ummat ini
Dulu ibarat helang rajawali
Ummat ini
Dulu ibarat
Angkatan berkuda

Ummat ini
Perlu kita baiki
Ummat ini
Perlu kita bangunkan
Ummat ini
Perlu kita cari penawar
Ummat ini
Perlu kita aturkan
Ummat ini
Perlu kita kuatkan
Ummat ini
Perlu kita sedarkan

Kerana apa?
Kerana kita adalah harapan ummat
Kerana kita adalah jurucakap ummat

Kita lihat ummat kian rapuh
Kian hilang arah tujunya
Hidup hanya sekadar bersuka-ria
Mengecapi nikmat dunia yang sementara

Ummat kita
Sanggup membelanjakan
Sejumlah duit yang besar
Untuk keseronokan dunia
Jua kepuasan nafsu
Tanpa dikira halal haramnya
Tanpa dikira batas-batas syara’nya
Tanpa dihirau keberkatan hidupnya

Ummat kita
Sering ditipu
Sering diperkotak-katikkan
Dengan bahayanya dunia
Dengan bernilanya harta jua takhta
Dengan manisnya cinta suka-suka

Sungguh resah hati ini
Sungguh menangis jiwa ini
Dengan penderitaan yang sedang ummat alami
Tak mampu lagi ku lihat kebejatan ummat ini

Ya Allah
Sesugguhnya hidayah ini milikMu
Buat hambaMu yang terpilih
DiKau kurniakanlah hidayahMu
Bagi menyinari hati-hati yang buta


Saudara/i pembaca yang budiman sekalian
Memang benar ummat islam kini begitu ramai bilangannya namun kita lihat mereka telah karam di dalam maksiat dan darjat iman mereka telah menjunam ke taraf yang paling rendah dan mereka telah tercicir dari darjat kemuliaan. Oleh yang demikian, seorang mukmin itu mestilah sentiasa berusaha mencari kemuliaan yang lebih sempurna. Mereka tidak akan memejamkan matanya dan tidak mengelukan lidahnya dari sebarang penyelewengan dan kecenderungan kepada maksiat dan jahiliah.



GENERASI KITA YANG TERPEDAYA

Sekiranya berbaki iman dalam diri seorang muslim dan kesan-kesan keghairahan (sayangkan agama) yang menghalangnya keluar dari agamanya, mereka akan dikalahkan dengan berbagai-bagai kepalsuan dan diperdayakan dengan berbagai-bagai saduran.

Oleh itu tribulasi yang dihadapi oleh umat islam pada hari ini tidak hanya terbatas dalam menghadapi pemimpin yang sesat sahaja. Bahkan menjangkau hingga kepada persoalan system tarbiah. Manhaj pendidikan dan pembelajaran, bangku-bangku universiti-universiti, akhbar-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam di seluruh dunia Islam hinggakan orang yang mindanya terperangkap di dalam rencana jahiliyah blok barat dn blok timur itu seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekotoran dan kebekuan fikiran. Akhirnya kita lihat umat islam sekarang menjadi kuda tunggangan oleh para taghut tersebut.

Akhir kalam, penulis bawakan serangkap puisi nukilan penyair terkenal, Muhd Iqbal dalam puisinya :

“ Demikianlah halus dan telitinya latihan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
Ia menukar helang rajawali menjadi buruk denak
Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian merdu
Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya
Manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari

NuR Q@LBu
16/5/12
6.22 pm

Tuesday, May 1, 2012

SeSuCi BaYi..


Alhamdulillah penulis dapat anak sedara baru..:)
Ahmad Kamil b Azman
lahir 2.8kg
8.04 am
1 Mei 2012(hari buruh tu)


semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat..
barakallahulakum..
bakal mujahid iA Ahmad Kamil Azman..:)

Alhamdulillah bersyukur penulis diberi kesempatan menziarahi sedara-mara n yg bestnyee dapat jumpa anak sedara baru..bertambah ahli keluarga kami(sbelah ibu) seorg bakal mujahid iA..

Alhamdulillah sambil berjumpa n ziarah mereka banyak ibrah dapat diambil n difikirkan..

1) jeles dengan Ahmad Kamil..he..knp penulis jeles?sbb dia comey..dan juga sebab dia fresh n suci dari dosa..

Nabi SAW bersabda:
"Setiap anak Adam melakukan kejahatan,sebaik-baik yang melakukan kejahatan itu adalah mereka yang bertaubat"

dush2..aduh banyak rasanya dosa dibuat sepanjang 20 tahun dah hidup ni..semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa bertaubat dan menyusuli kejahatan kita dengan amal-amal soleh yang akan menghapuskan dosa dan noda itu..

2) teringat tanggungjawab mendirikan rumahtangga bukanlah mudah seperti yg kita duk  "sembang2"kan selalu..sebab apa ye?sebab perkahwinan itu sebenarnya suatu permulaan..kita ingin bina 'masjid' yang natijahnya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan 'baitud-dakwah' iaitu kesemua ahli keluarga kita adalah jurucakap kepada ummah dan kader-kader dakwah..akhirnya selepas alam ini ia akan menjadi penentuan pada kita samada akan memecut selaju-lajunya atau kecundang di tengah jalan..hmm..berat ini..

akhir kalam penulis kongsikan sepotong hadis:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari)

Nabi SAW sabda lagi
Maksudnya :
“  Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.


akhirnya marilah kita amalkan doa ini :


Maksudnya : ” Dan orang orang yang berkata: ” wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
( Surah al-Furqan : 74 )


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...