Sunday, February 21, 2010

SuKaN SRiH 10...




turut turun padang..us.jelani,us hasan,pak cik taha..

rehat sebentar...penat bangat..

jangan malu2...tengok sini...cak..





barisan vip...








cepat2...lari dalam guni...
bahagian keselamatan...

pengacara majlis....

tukang baca ikrar aka ket.perbarisan...

tukang baca doa aka ket.pelajar

pengarah sukan...



siapalah yang bertuah tahun ni ....

orang kuat pa system & pk koku..

orang kuat sekolah....

BiLa BaLiK kaMpUnG....

HIRUP AIR KELAPA

INI DIA HASILNYA...

THREE OF US..

MISSION POSSIBLE...

PEMANDANGAN KAMPUNGKU..

MISI KAMI...

SANTAP SAJER...

Monday, February 15, 2010

ANuGeRaH TeRiStiMeWa....

Bismillahirrahmanirrahim...

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena meruingkai kata-kata
KU biarkan minda mentafsir segalanya

Wanita solehah
anugerah teristimewa
dikurniakan Tuhan
buat mereka yang bergelar lelaki beriman

Wanita Solehah
itulah idaman lelaki beriman
kelembutan wajahmu
kesucian wajahmu
keteguhan imanmu
itulah yang merantai jiwaku padamu

Wanita solehah
kaulah pembina semangatku
di waktu ku luntur
kaulah teman setiaku
di kala suka dan lara
kaulah petunjuk
dikala ku meraba-raba mencari cahaya

Kehadiranmu
benar-benar menggamit jiwaku
merubah segala peribadi jahiliyahku

Cinta pandang pertama
takkan ku lupakan saat itu
namun ku sedar
akan kekurangan diri ini
Dirimu umpama rembulan purnama
yang menerangi malam
gadis yang suci dari segala noda

Diriku
siapalah yang mengerti
siapalah yang peduli
lelaki yang berlumur dengan dosa
punya banyak kelemahan dan kekurangan
sering hanyut dengan dunia yang fana
tidak lekang dengan mainan dunia

Wanita solehah
sungguh dirimu sangat mulia
hanya dirimu yang mampu menawan hatiku

Wanita solehah
adakah kau kan ku miliki
ku pasrahkan segalanya
ku serahkan segalanya pada yang Esa
kerna Tuhan Maha Adil
Maha Mengetahui yang terbaik
untuk hambaNya

Andai kau bukan milikku
andai perpisahan terjadi
sekudus doa ku panjatkan
agar menggantikan dirimu dengan
yang lebih baik

Ku pasrah
ku akur
akan segala ketetapanNya
kerna ku yakin
cinta yang sejati itu
bisa membawa diriku ke syurgaMu

p/s : puisi ditulis setelah selesai penulis membaca novel TERASING dan AYAT-AYAT CINTA
maaf jikalau agak jiwang tapi cuma mengungkap segala isi dalam hati...tiada kena-mengena dengan diri penulis ye....sekadar perkongsian..semoga kita mengambil ibroh darinya

al faqir ila Rabbi
Nur Qalbu
15/2/10
7.16 p.m

Sunday, February 14, 2010

SiNaR HaRaPaN....

Bismillahirrahmanirrahim...

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kaata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya

Ku lihat sang suria itu
semakin lama semakin hilang sinarnya
Tidak lama kemudian
bulan akan melaksanakan tugasnya
tanpa membantah
tanpa ragu
tanppa sedikitpun lambat

Si purnama menyempurnakan tugasnya
itulah ku lihat tugasnya seharian
sambil rakan-rakannya sekeliling
tidak jemu-jemu memuji Tuhan

Terasa manusia kerdil lagi hina
walaupun kalam Ilahi mengatakan manusia
adalah sebaik-baik kejadian

Namun ku rasakan
itu hanya indah pada bicara manusia
hakikatnya ramai manusia jauh dari Tuhan
mengatakan dirinya Islam
tapi apa yang mereka faham tentang Islam
yang mereka anuti itu

Dunia ini semakin tenat wahai saudaraku
banyak sungguh kemaksiatan bermaharajalela
Lihat sahjalah
bila kebaikan dan kebenaran diinjak-injakkan
terasa seperti memegang bara api

Terasa diri ini lemah
sakit hatiku bila melihat maksiat dilakukan begitu sahaja
tanpa segan silu
tak mampu ku hadapi dunia ini
banyak sungguh amanahNya ku abaikan
apalah yang sedang terjadi pada diri ini

Tuhan
dikaulah harapanku
dikaulah kekuatanku
dikaulah sumber inspirasiku

Bantulah hambamu ini
dalam mengahadapi segala
tribulasi dan mehnah yang berat ini

Tuhan
kau sahajalah tempat ku mengadu
sungguh ku tak layak untuk ke syurgaMu
juga ku tak sanggup untuk ke nerakaMu

Titipkanlah harapan dan sinar untukku
supaya diri ini terus istiqamah
dalam melaksanakan segala perintahMu
dan meninggalkan laranganMu

Ku berharap HidayahMu itu
dapat ku kongsikan dan ku tebarkan untuk ummah ini

AL FAQIR ILA RABBI..
NUR QALBU
14/2/10
7.03 P.M

Friday, February 12, 2010

LaTiHaN sUkAn.....

goal....

para asatizah yang setia melayan kerenah anak2 murid

lontar peluru

ni tak tau permainan apa...(baru kot)

lompat jauh

lompat tinggi



belajar arab btol2..

bahasa arab bahasa syurga bahasa al-Quran

bilik guru yg sentiasa ceria

peserta terakhir merentas desa(kuat semangat btol dia ni..respect)


larilah..bukan tengok kamera..

antara dua peserta terawal

tak sabar sume nak gi latihan...

Friday, February 5, 2010

LaNgKaH TeRCiPta...


ikhwah LKD mukhyyam tarbawi


Bismillahirrahmanirrahim..

Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya

Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu



Alhamdulillah bersyukur sedar tak sedar post kali ni dah masuk yang ke 100..moga Allah beri kekuatan kepadaku untuk perbaiki mata penaku supaya ku dapat menggunakan nikmat Allah ini untuk menyebarkan dan menyemarakkan lagi dakwah melalui penulisan di alam maya...

Justeru,tidak lupa buat kawan-kawan R2J4 yang akan berangkat ke Jawa hari ini, salam perjuangan dan moga pemergian kalian memberi manfaat yang besar buat ummah..ku pasti merindui kalian..lepas ni kesunyianlah hidupku buat 3 minggu..moga kita bertemu lagi...

usrah forever..ku pasti merindui kalian(tak termasuk dalam gambar..aro,fateh,ahmad)

Bagi adik-adik di SRIH samada yang penulis ajar atau tidak, selamat berjuang dalam sukan dan acara masing-masing,bersukanlah kerana Allah kerana jika niat kita lain dari ghoyah yang sebenar jadilah amalan kita seperti debu-debu yang berterbangan..pastikan rumah biru menang ye...hehe



tengah buat apalah diorang ni..(tinggal bape hari je bersama dengan antum..sob2)


Buat adik-adik tahun 5 dan 6,baru lepas motivasikan..so lepas ni mesti belajar bersungguh-sungguh..hormat guru,ibubapa dan study smart don't study hard...remembered it...man jadda wajada...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...