Saturday, August 3, 2013

TiaDa GaNTi..TiaDa KeMBaLi..

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta



Tika pena ini ditulis, ketahuilah sesungguhnya diri kita sepatutnya berasa ‘kaget’, tidak tentu arah, rasa kerugian, rasa akan hilang sesuatu

Iya..hilang sesuatu dek kerana apa?
Kerana kita akan kehilangan sesuatu yang amat berharga dan tiada tara nilanya

Dialah penghulu segala bulan
Dialah jika diterima amalan kita
Kita menjadi  seolah-olah bayi yang baru dilahirkan
Bersih lagi suci
Segala dosa kita yang lalu diampunkan
Dialah juga penentu dan ‘bekal utama’ kita untuk melalui 11 bulan yang mendatang

Sungguh kita perlu sangat-sangat berasa kehilangan kerana ?

Kehilangan untuk ‘boleh’ menghidupkan malam-malam kita
Kehilangan untuk ‘boleh’ betul-betul mujahadah melawan hawa nafsu
Kehilangan untuk ‘boleh’ menundukkan pandangan kita
Kehilangan untuk ‘boleh’ menjadi pemurah dan sabar lebih dari biasa
Kehilangan untuk ‘boleh’ feel dalam tilawah Quran dan ibadah-ibadah kita
Kehilangan untuk ‘boleh’ menangisi dalam munajat kita di keheningan pagi

Menangisilah kita akan pemergian tetamu agung ini
Belum tentu kita akan bertemu dengan si Dia ini tahun depan nanti
Justeru, di penghujung bulan yang penuh barakah ini marilah kita cuba untuk mengubah kebiasaan-kebiasaan yang wujud dalam masyarakat kita

Duk sibuk dengan kuih raya
Duk sibuk dengan menghias rumah
Duk sibuk dengan baju raya
Duk sibuk dengan permainan mercun dum dam sana sini
Duk sibuk ber’shopping’ bagai nak rak
Duk sibuk dengan lagu raya bukan lagu-lagu yang memotivasikan untuk kita isitiqamah dan lebih kuat beramal
Duk sibuk dengan menghabiskan waktu siang kita di ‘shopping mall’ untuk keperluan raya
Dan banyak lagi yang anda sendiri boleh untuk menyebutkannya

Sepatutnya yang perlu dirisaukan dan menjadi urgensi di penghujung ini :

Adakah kita telah benar-benar kembali pada fitrah kita?
Benar-benar telah diterima amal kita di bulan puasa ini?
Benar-benar telah melaksanakan hak dan tuntutan bulan ini?
Benar-benar telah mentarbiah diri kita?

Moga-moga kita menjadi hambaNya yang telah ditarbiah dengan keberkatan Ramadan ini
Moga-moga kita menjadi hamba Rabbani bukan hamba Ramadan
Moga-moga kita menjadi hambaNya yang sentiasa menghidupkan malam-malamnya tidak hanya di sepuluh terakhir sahaja
Moga-moga kita menjadi hambaNya yang benar-benar ‘allergic’ dengan dosa dan kemaksiatan sepertimana kita di bulan yang penuh barakah ini

Moga-moga kita benar kembali pada fitrah di Hari Raya nanti!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...