Friday, June 10, 2011

Ciri-ciri Dakwah Islamiah..


1. Bina' ( membina ) -

Dakwah islam adalah dakwah yg membina bukan meruntuhkan. pada peribadi, sifat2 positif dan potensi yang ada pada peribadi dibina dan dikembangkan. Sifat2 negatif dan kelemahan dikurangkan dan diperbaiki. Seumpama window dkt komputer, yg kita nak guna kita maximizekan, yg kita tak nak guna kita minimizekan. Begitulah kita dengan manusia2 lain. Kita terpaksa menumpang kelebihan dan potensi setiap org yg kita jumpa. Maka, kita akan cuba untuk sama-sama membina dan meningkatkan kelebihan dan potensi yang ada. Jika kita sibuk dengan kekurangan dan sifat negatif setiap orang yang kita jumpa , kita tak akan dapat apa-apa kecuali perkara-perkara negatif dan kekurangan-kekurangan. Maka, ciri pertama dakwah islam adalah bina'.

2. Rabbani (ketuhanan) -

Rabbani adalah melepaskan diri dari segala keinginan-keinginan lain kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah. Kerana apa yang pada kita semuanya dari Allah dan semuanya milik Allah. Maka apa yang kita perbuat semuanya mestilah mengikut lunas-lunas yg ditetapkan oleh Allah dan kepadaNya dipersembahkan segala amal dan perbuatan. Apalah yang nak diharapkan daripada manusia-manusia berpotensi tinggi yang bersama kita jika mereka tidak ada sifat rabbani?. Adakah kita boleh mengharapkan kebaikan dari manusia yang mempergunakan potensinya untuk kepentingan hawa nafsunya?

3. Tajammu' (menghimpun/mengumpul) -

Simbiosis merupakan hubungan yang paling dominan dalam kehidupan. Tumbuhan, haiwan, unsur-unsur alam dan manusia sendiri hidup berdasarkan hubungan ini. Sentiasa saling memerlukan. setiap satu menumpang dan mempergunakan kelebihan yang lain. Atas dasar itu, ciri dakwah islam yang ketiga adalah menghimpun. Apa yang akan terjadi jika ada potensi dan bersifat rabbani, tetapi berpecah-pecah dan bersifat individualistik?

4. Ihtifal wa kifah (Berjuang dan menanggung beban) -

Setelah terbentuk ciri-ciri di atas, maka akan wujudlah sifat berjuang dan menanggung beban. sifat ini akan wujud secara natural setelah terbentuknya ciri-ciri sebelumnya. Inilah rahsia dakwah ar- Rasul S.A.W yang menghasilkan generasi demi generasi yang mewarnakan dunia ini dengan ciri-ciri islam. Tidak terkesan dan tercemar dengan ciri-ciri jahiliah kecuali hanya seperti debu-debu yang melekat, apabila disapu maka hilangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...