Wednesday, June 30, 2010

CaHaYa iSLaM....



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
KU biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menerangi hati yang buta

Alhamdulillah bersyukur kerana kita masih lagi diberi kekuatan untuk menikmati hidup ini kerana tak semua manusia yang hidup di dunia ini dapat merasai nikmat sebenar sebuah kehidupan

Firman Allah :
"Ke mana mereka ingin pergi" (at-Takwir:26)

Ayatnya pendek tapi mempunyai seribu satu makna yang tersirat..ayat ini menceritakan dua perihal kepada manusia iaitu perihal ornag yg beriman dan juga kufur..Orang yg beriman semestinya jelas dan yakin bahawa kehidupan yang dilalui adalah menuju kepada akhirat..

Dapatlah kita bayangkan wahai saudaraku bahawa sesungguhnya orang yang sedar hakikat hidupnya untuk akhirat pasti akan menjadikan seluruh hidupnya sebagai ibadah...tidak ada sama sekali pemisahan antara dunia dan akhirat kerana ia tidak mahu walau sekecil zarah amalannya tidak dikira sbg ibadah yg dapat memberatkan timbangan mizan di hari perhitungan nanti...so jadikanlah diri kita terus bekerja dan berkhidmat untuk Islam

Post kali ini ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan yan berlaku di zaman jahiliah dimana wanita ibarat hidup bagaikan tiada maruah..dan keadaan ini jelas kita lihat kembali berulang dalam dunia sekarang...sebagai contoh ketika zaman jahiliah :

1)Lelaki ibarat raja dimana si suami menyuruh isterinya bersetubuh dengan lelaki lain dan bila didapati mengandung si suami akan meniduri isteri tersebut..hal ini dilakukan supaya akan lahir anak yang mempunyai baka yg baik

2)Seorang perempuan akan meniduri seramai 10 orang lelaki dan apabila lahir anak itu akan dipanggil kesemua lelaki yg pernah menidurinya dan si perempuan itu akan memilih di kalangan mereka utk menjadi pak sanggup

3)ada perempuan yg berzina dgn ramai lelaki dan tidak akan dapat menolak permintaan lelaki2 tersebut dan bila melahirkan anak kesemua lelaki tersebut akan berjumpa dgn tukang tilik utk melihat siapakah yg menjadi pak sanggupnya..

4)dan ada juga yang mengamalkan poligami tanpa batasan dan tidak merasa aib bg mereka yg melakukan zina ini di kalangan orang kafir

p/s: sumber rujukan kitab rakhitul makhtum(maaf klu salah eja)

Nah lihat saudaraku bagaimana Islam datang dengan nilai-nilai yg suci dan murni bagi memperbaharui dan menggantikan segala nilai-nilai jahiliah dengan nilai-nilai yang suci iaitu dengan nilai-nilai islam..



tapi kebanyak manusia tidak dapat melihat hakikat ini bahkan mereka mengatakan Islam ini kolot dan mengongkong kehidupan kita

Disinilah kita lihat musuh-musuh Islam begitu berjaya memisahkan diri orang islam dari sumber dan pegangan yg utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah dimana satu-persatu nilai Islam tercabut dari jati diri individu Islam itu sendiri

Seharusnya wahai saudaraku kita tidak mengambil enteng terhadap hal ini kerana seharusnya seorang penganut agama itu mempunyai keyakinan yg teguh terhadap agama yang dianuti dan sebagai individu muslim kita tidak lari dari berpegang teguh dari dua perkara ini iaitu al-Quran dan as-Sunnah

Oleh itu kita tanya balik pada diri kita sejauh mana al-Quran itu benar-benar memberi kesan dalam diri kita kerana seharusnya al-Quran itu membentuk diri kita dan membentuk suatu komunikasi apabila kita membacanya dan tadabbur..

Sesungguhnya Al-Quran itu merupakan perantara yang paling berkesan dalam komunikasi kita kepada Allah kerana ia sepatutnya ia menjadi benda yang hidup dalam diri kita dan terasa mengalir kebenaran rasa 'zauk' itu dalam setiap naluri kita
Apabila ini semua terjadi maka kan terbinalah seorang individu yang memahami Islam secara menyeluruh dan individu yg tidak memisahkan antara hal dunia dan hal akhirat..maka disitu tidak wujudlah islam liberal,islam sekular dan seumpama dengannya keran mereka-mereka ini aqidah Islam telah sebati dalam diri dan mereka memahami hakikat kalimah tauhid yang mereka ucapkan setiap hari
Tidak dapat tidak kita kena bermula dari angka kosong iaitu mula dari bawah kerana fitrah manusia itu suci dan tertarik kepada kebaikan..atas dasar inilah wujudnya sistem tarbiah yang tunjangnya adalah usrah..

Wallahua'lam

Moga post kali ini menjadikan diri kita sentiasa berfikir dan menterjemahkannya dalam bentuk amal dan gerak kerja bagi mengembalikan semula nila-nilai Islam yang telah terhakis dalam diri masyarakat Islam kita hari ini...




Monday, June 28, 2010

OuR MoMeNt WiTHouT iT...


Bismillahirrahmanirrahim...

Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menerangi hati yang buta

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih terus diberi nikmat dan antara nikmat yang paling besar ialah kita terus dapat merasai nikmat tarbiah yang merupakan salah satu nikmat dan asbab untuk kita terus berada di jalan yang lurus sepertimana firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman,carilah jalan yang dapat mendekatkan diri kamu kepada Allah dan bersungguh-sungguhlah dalam jalannya moga-moga kamu beroleh kejayaan"
(al Maidah:35)

Namun pernah diberitahu padaku buat mereka yang sudah merasai nikmat ini seharusnya tidak berseronok-seronok dengan nikmat ini kerana dia digelar sebagai "PENIKMAT TARBIAH" dan itu bukan hadaf yang sebenar kita berada dalam sistem tarbiah ini dan orang-orang seperti ini boleh merugikan dakwah dan tarbiah kita

Seharusnya kita sedar tanggungjawab kita adalah untuk membina manusia yang memahami hakikat Islam adalah suatu cara hidup yang syumul(menyeluruh) dalam seluruh kehidupan yang kita lalui yang merangkumi dari hal yang terkecil hinggalah yang terbesar

Sebagaimana kita ketahui tujuan kita berada dalam usrah adalah untuk membina 10 muwassofat tarbiah yang telah digariskan oleh al -Banna tidak dapat tidak adalah dengan melalui proses-proses dalam tarbiah yang tunjangnya adalah usrah@halaqah@study circle(di uia) dan OASIS (di um,nilam puri)..tidak kisahlah atas nama apapun namanya diberi yang penting komited dan komitmen yang kita berikan dalam setiap baramij(program-program ) yang dijalankan adalah sangat penting sebagai asas untuk kita beralih kepada marhalah yang lebih tinggi



Tidak boleh kita mengatakan kita hendak menegakkan panji Islam dengan terus memerintah kerajaan sedangkan rakyat jelata berada dalam keadaan rosak akhlaknya..disini segalanya perlu bermula dari bawah iaitu daripada membentuk individu muslim yang faham Islam dan seterusnya melahirkan individu yang beramal dengan amal-amal Islam dan seterusnya melahirkan individu yang rela bekerja untuk Islam

Justeru pernah kah kita tanya pada diri kita atas dasar apa kita berada dalam usrah dan mengapa kita ikut semua program-program yang dirancang...adakah kerana peraturan sekolah atau mana-mana institut pengajian?ataupun kerana kita ini adalah anak-anak ikhwah dan akhawat?ataupun mungkin atas sebab-sebab yang lain

Justeru disinilah hadaf(tujuan kita) kena jelas...kalau mereka yang tak jelas perlulah segera dapatkan penjelasan dari naqib/naqibah masing-masing supaya kita istiqamah dan mendapat pengakhiran yang baik dan bermakna dalam hidup kita...

Seseorang al-akh pernah berkata padaku berkenaan individu2 yg berada dalam usrah ini ibarat seseorang yang berjalan dibelakangnya ada kala jengking tanpa menyedarinya dan kawan-kawannya yang lain nampak kala jengking itu dan semestinya kawan2nya yang lain akn cuba sedaya upaya untuk bunuh kala jengking itu supaya ia tidak memberi apa2 mudharat kepadanya...

Saudaraku perlambangan itu cukup indah...begitula kehidupan kita yang tidak lari dari salah dan silap yang boleh menyebabkan kita terpesong dari jalan yang benar dimana kita memerlukan insan lain untuk membimbing dan membawa diri kita ke jalan yang diredaiNya...semestinya kaedah yang paling efektif itu kita ketemui dalam usrah yang kita laui selama ini...
pernahkah anda terfikir????

Wallahua'lam moga post ini memmberi manfaat dan ia menjadikan kita terus istiqamah dan tidak jemu untuk berkhidmat dan bekerja untuk Islam

Tuesday, June 22, 2010

فانتشروا في الارض


bersama akh nasrul(jakarta,indonesia)

bersama akh harif dan nasrul
jalan2 tengok kebesaran Tuhan
gambar-gambar ini diambil di pantai irama,bachok kelantan...

DaTaNG TaNpa AmaRaN...



Bismillahirrahmanirrahim

pertamanya dan selamanya panjatkan kesyukuran kpd Allah kerna diberi nikmat nyawa untk terus merasai nikmat ISlam dan iman

awwalan ucapan takziah kepada keluarga akh afiq bin nordin, senior sem 3 akademi pengajian Islam Nilam Puri

sungguh tak sangka begitu cepat Allah menarik nyawa beliau kerna pagi itu baru sahaja berbual dgn nya dan beli nasi lemak darinya selepas melihat kemalanga jalan raya yg dialami selepas solat zuhor

moga ia jadi iktibar buat kita semua bahawa sesungguhnya kematian itu tidak kenal usia,masa dan tempat...sebagaimana Nabi bersabda :

"Orang yg paling bijaksana dikalangan kamu adalah yg paling banyak mengingati mati dan bersedia untk mengahadapinya"

Friday, June 18, 2010

TeRaSiNG...


Bismillahirrahmanirrahim...

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menerangi hati yang buta

Terasa kesunyian
Terasa kesepian
Terasa keseorangan
itulah antara perkara yg selalu menyelubungiku

Tatkala itu
kalam Ilahi menjadi hiburan
hiburan mendidik jiwa sebagai teman

Melalui jendela bilik
ku tatap dunia ini
terasa sebentar masa ini berlalu
terasa kematian makin menghampiriku
terasa kualiti amalku semakin berkurang

Kekadang
terasa diri ini mudah menyerah
pada hakikat takdir
mudah akur dengan ketetapan Tuhan
seolah-olah tiada solusi baginya

Diriku tidak seperti dulu
kawan-kawan satu hati sentiasa berada di sampingku
Para asatizah yang faham sentiasa mendampingiku
Ibu bapa menjadi tempatku mengadu
Adik-adik juniorku menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang

Disini
pasti ku rindui suasana di zaman muda-muda dulu
Diriku yang pasti tak seceria
dan tidak seriang kicauan burung di awanan

Ya Tuhan
Lemahnya diri ini
Kuatkanlah diriku
Kuatkanlah diriku untuk terus berjuang

Tunjukilah diriku
untuk memenangi hati-hati manusia ini
Tunjukkanlah jalan keluar
bagi setiap permasalahan ini
Dikau tahu apa yang tidak ku ketahui
Dikau tahu apa yang terbaik untuk diri ini

Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hatiku
tetapkanlah hati hambamu ini
Wahai Tuhan yg mendengar rintihan hambaNya
Kurniakanlah maghfirahmu,rahmatmu
supaya diri ini terus istiqamah
Kerna tanpamu
tiada erti hidupku didunia ini


Nur Qalbu
um,nilam puri
17/6/10
11.02 pm

Saturday, June 12, 2010

HaZiHi aN-Ni'mat...


majmuah 2 sem1

Bismillhirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menerangi hati yang buta

Alhamdulillah..nasykuru ala niamihi lianna alann nahya bin ni'matil azimah hiya al-islam wal iman...

Sedar tak sedar sudah hampir sebulan ku berada di bumi serambi mekah...um,nilam puri...masyaAllah begitu pantas masa berlalu..hmm..mungkin post kali ini nak cerita sedikit pengalaman dan rutin harian di sini...

Disini cuti adalah pd hari jumaat dan ahad merupakan hari bekerja..jadinya kebiasaannya hari ahad,isnin,selasa dan khamis akan ada kelas dr pagi hinggalah tengahari@petang kecuali hari rabu kelas malam...setiap minggu akan main futsal sekali dekat luar...di sini rata-ratanya pelajar smka jadinya kebanyakan sudah ada basic agama cuma kukuh @ tidak dan amalkan @ sekadar teori sahaja

Alhamdulillah disini Allah campakkan 3 orang(syafiq,abbas,hamizah) dr smih,jb untuk teruskan perjuangan tarbiyah dan dakwah serta mengaplikasikan segala ilmu yg telah kami dapat sewaktu di bangku sekolah..lebih kepada medan amal...kalau nak diceritakan suasana disini penuh islamik(solat dan amal-amal islam sangat dititikberatkan) dan setiap minggu akan ada kuliyah tafaqquh ad-diin(mendalami agama) iaitu berkaitan fiqh dan hadis...bak katanya disini penuh dgn suasana ilmu islam cuma tinggal kita nak buka hati kita utk terima atau tidak

Apalagi...disini bahasa utama bahasa Arab..hampir semua kelas kuliyyahnya dalam bahasa Arab..bagos sangat-sangat cuma kdg2 adalah tention sebab kurang faham apa yang diajar..buku2,papan tanda kebanyakannya dlm bahasa arab

Kalau nak diceritakan suasana tarbiyah dan dakwah disini mirip-mirip dgn suasana di mesir(bak kata naqibku yg baru)...disini juga kita disuruh utk buat dan terus buat gerakan dakwah kita kerana disitu banyak pengalaman dan pengajaran dapat diambil...kalau disini tiada halaqah diri ini cepat futur..oleh itu memang terasa sangat-sangat penjagaan amal fardhi dr segi tilawah Quran,zikir,qiyamullail,dhuha,tadabbur dan lain-lain..disini ayat2 Allah seperti :"FASTAQIM KAMA UMIRTA" & "FASTABIQUL KHAIRAT" amatlah menusuk dlm qalbiku


asrama al-ghazali(putera)

Bilangan kami disini tidak ramai seperti kebanyakan ipt spt uia dan uitm...tapi diri ini yakin sedikit itu lebih berkualiti dan mungkin Allah nak suruh kita lebih fokus dgn amal dakwah disini
hmm...yang paling bestnya kat sini pelajar perempuan diwajibkan memakai tudung labuh dan pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dititikberatkan...terasa bersyukur sangat sebab tak terbayang jika diriku dicampakkan dalam suasana yg sebaliknya kerana terasa banyak lagi yg perlu disiapkan sebagai bekalan utk hadapi dunia realiti...moga-moga 2 tahun disini menjadi masa yg bermakna bagi kami semua untuk membentuk jati diri muslim yg lebih kukuh dan tidak mudah goyah dan hanyut dgn arus...

Akhir kalam ku titipkan sebuah puisi pendek untuk renungan bersama dan sebelum itu selamat bercuti buat adik2 di smih dan srih...moga cuti ini bermanfaat buat antum semua ye..gunakan masa yg diberi sebaik mungkin dan semoga kita semua terus istiqamah dengan amal islam:

Saudara!
Nyalakanlah obor buat ummat ini

Dan
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur

DAn alam ini akan disinari fajar lagi

Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun disana fajar sedang menanti..

p/s: dipetik dr sajak syed Qutb

Wednesday, June 2, 2010

PeRMaTa YaNG BeRsiNaR KeMBaLi.....

kami dua sahabat bakal menggegarkan um,nilam puri
dgn dakwah & tarbiah

Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata..
Ku biarkan minda mentafsir segalanya..
Ku biarkan hidayah menerangi hati yang buta...

Dalam kehidupan yang memenatkan
Dalam kehidupan yang merungsingkan
Dalam kehidupan yang penuh tohmahan
Dalam kehidupan yang penuh dengan ujian

Tidak lekang manusia itu berbicara
Mulut mereka berbicara manis
penuh dengan janji yang tidak pasti kebenarannya
fitnah melata

Hidup ini terasa gelap sebentar
terasa dunia ini kepunyaanku
Aku lah Tuhan aku lah Raja di dunia ini

Namun
hari demi hari berlalu begitu sahaja
seakan-akan tiada makna
terasa jiwa ini gersang

Ku rasa puas dengan kehidupan sebegini
namun adakah ini yang dikatakan kepuasan
terasa diri memrlukan sesuatu
yang dapat mengisi kekosongan jiwaku

Apakah itu????
Ku buntu....
terpukul diri ini
untuk segera mencari pesoalan ini


majmuah(kelas) 2 dari 8(ikhwah 10 orang)
semuanya 22 orang(akhawat 12 orang)

Wahai sahabat
Inilah yang dikatakan iman
terasa kehidupan ini berubah
terasa kehidupan ini makin bemakna

Inilah dia yang ku cari selama ini
IMAN....

dengannya
terasa kehidupan ini menyeronokkan
kerna hidup yang dilalui semuanya ibadah
tidak ku sangka seindah ini Islam
mengajar erti hidup sebagai hambaNya

Semuanya dilakukan
untuk tujuan yang satu
untuk tujuan yang sama
iaitu REDHA ILLAHI...


Oleh:Nur Qalbu
31 Mei 2010
11.25 p.m
U.M, NILAM PURI


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...