Sunday, July 27, 2014

RaMaDaN yang TeRiStiMeWa

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Segala puji kita panjatkan kesyukuran padaNya kerana sedar tak sedar kita telahpun  berada pada tanggal 29 Ramadan dimana tetamu Agung ini bakal meninggalkan kita sebentar saja lagi

Alhamdulillah juga kerana Ramadan kali ini punya sedikit kelainan dan ceritanya yang tersendiri. Allah izinkn Ramadan kali ini, merasai dan menduduki Ramadan ini di Sarawak dan juga di Padang, Indonesia dan bakal ke Turkey raya ke-6 ini biiznillah

Justeru,dititipkan khas buat teman-teman pembaca sekalian sebuah puisi khas Ramadan untuk kita renungkan dan selalu perhatikan. Puisi ini ditulis pada tanggal 15 Ramadan ketika berada di Padang, Indonesia. Moga ada hati yang bisa hidup dan menjemput hidayah dariNya.

Ramadan yang nan indah
Ramadan yang terselit jutaan maghfirah
Ramadan yang diselubungi rahmah

Hingga kini
Saat ini
Detik ini
Diriku berdiri
Di atas muka bumi Allah yang suci
Memerhati alam yang sentiasa memuji
Demi suatu misi
Mencari Ilahi
Menacri makna tersirat dalam diri
Di sebalik setiap penciptaan Ilahi
Diriku makin mengerti
Diriku mengerti kini
Tiada tujuannya hanya mengabdi
Diriku mengerti kini
Tiada tugasnya hanya mentadbir bumi
Diriku mengerti kini
Cinta pada dakwah ini
Menuntut pengorbanan diri
Menuntut keseriusan yang tinggi
Menuntut keikhlasan hati

Diriku mengerti kini
Tiadalah bermakna hidup ini
Melainkan hidup mulia atau mati syahid kerna Ilahi

Kamar Nabawy
15 Ramadan
12/7/2014
7.20 am







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...