Saturday, July 26, 2008

AdAkAh KiTa ISLAm???



Assalamualaikum

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita
menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering
lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang
Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,
kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,
peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah
kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah
bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa
kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha
dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat,
bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang
ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya
disisi Islam dan sanggup membiarkan diri kita dalam gejala ikhtilat.Kita sanggup meluangkan masa dengan teman kita yang bukan muhrim dengan bersms,chatting,dating dan sebagainya. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau
sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita
masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam
anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana Z
ain...??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah
kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri
kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya,
wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!



Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,
Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita
menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita
sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya
Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa,
kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa
banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan
diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari
perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti
yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua
itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ... **
kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita
tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa
hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Ketahuilah
bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam NERAKA
yang paling JAUH..... sejauh bintang Suraya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh
sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita????

Kita adalah hambaNya.



Wallahu'alam

Sunday, July 13, 2008

TiNtA tAuBaT



Ampunkanlah aku, sesungguhnya dosa-dosaku telah
meliputi diriku

Matikanlah aku didalam agama Nabi Muhammad

Hidupkanlah hatiku dihari semua hati hidup

Sembuhkanlah hatiku dari penyakit yg menguasainya
Ya Allah yg mengubati para hamba
kurniakanlah rasa hampir denganMu

Aku sangat perlukan Engkau dan kasihkan Engkau
Kurangkanlah kegelinciranku

Kurniakan rasa hampir denganMu
Sesungguhnya penyakitku akan sembuh dengan rasa hampir denganMu

Terlalu panjang malam aku melakukan maksiat itu
Malam itu telah berlalu dan dosanya tetap ada pada diriku

Apakah daya upayaku,
aku telah melakukan derhaka secara jahil
Bagaimanakah aku tidak malu,Engkau sentiasa melihat dan menunggu
YA RABBI

Taubat bermakna kembali dr berbagai sifat tercela kepada berbagai sifat terpuji.Dikatakn sesiapa yg kembali dr perkara-perkara yg berlawanan dgn hukum Allah dlm keadaan takutkan azab Allah,maka dia adlh orang yg bertaubat dr dosa.

Wajib bg seseorang hamba agar segera bertaubat supaya ia dapat membersihkn diri dr kemurkaan Allah dan agar dia terlepas dr seksaan yg selama-lamanya dan dapat mencapai kebahagiaan yg abadi dan dapat pula menghampirkn diri dipintu Allah dan rahmatnya.Agar dia dapat taufiq dan hidayah untk membuat perkara ketaatan.

Firman Allah:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kpd Allah hai orang-orang mukmin agar kamu beroleh kejayaan"

Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertaubat dengan taubat nasuha"

Sabda Nabi:
"Sesungguhnya Allah tdk melihat rupa dan tidak pulakpd harta kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu"

KELEBIHAN TAUBAT

firmaN Allah:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yg bertaubat dan Allah kasih terhadap orang-orang yg menyucikan diri"

Sabda Nabi:
"SeSungguhnya Alah membuka tangaNya pd waktu malam untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu siang dan Allahembuka tanganNYa pd waktu siang untk menerima taubat orang yg melakukn kejahatan pd waktu malam,hinggala terbit matahari dari barat"

Sabda Nabi:
"Orang yg bertaubat itu adalah kekasih Allah dan orang yg bertaubat dr dosa itu seperti orang yg tdk ada dosa langsung"

Sabda Nabi"
"Sesungguhnya kebaikn-kebaikan itu akan menghapuskan berbagai kejahatan sebagaimana air menghapuskan kekotoran"


Ya Tuhanku kurniakanlah taubat sehingga aku dapat bertaubat

Syarat-syarat taubat:

1)ada rasa menyesal terhadap dosa-dosa yg dilakukan
2)keazaman tidak akan kembali atau mengulangi dosa
3)hendaklah meminta maaf kepada orang yg dizalimi
4)hendaklah meminta halal dari orang-orang yg pernah bersengketa kemudian berbuat baik kepada mereka sekiranya boleh
5)wajib mengqadhakan perkara-perkara yg difardhukan keatasnya yg tlh tertinggal
6)setelah bertaubat maka wajarlah ia mengasuh dan membiasakn diri untk taatkan Allah
7)hendaklah ia meninggalkan sahabat yg jahat
8)Janganlah meninggalkan taubat jika ia melakukn dosa lagi kerana seseorang itu bila bertaubat Allah terima taubatnya.
9)tidak wajar ia berputus asa dr rahmat Allah

Firman Allah:
"Sesungguhnya tidak berputus asa dr rahmat Allah kecuali orang-orang kafir"

Hujjah al-Islam al-Ghazali berkata:

"Sesiapa yg tidak segera bertaubat dengan melambat-lambatkannya ia berada diantara dua bahaya besar;
1)kegelapan maksiat itu akan bertompok-tompok didalam hatinya sehingga jadilah ia sebagai dinding yg menghalang yg sangat keras yg tdk boleh dihapuskan
2)ia akan segera sakit atau mati maka ia tidak dapat peluang dan masa untuk berusaha menghapuskan kegelapan dosa itu.

Oleh itu maka diriwayatkan didalam al athar:
"Bahawa kebanyakan keluhan ahli neraka ialah disebabkan sifat berlambat-lambat tersebut dan kebanyakan jeritan mereka ialah: Hai celakanya org yg melambat-lambatkan.Tidaklah binasa masuk neraka orang yang binasa itu kecuali dengan bertangguh-tangguh dan tidaklah berjaya orang yg berjaya masuk syurga itu kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera"




WAHAI SAHABATKU SEKALIAN ,MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KEMBALI KEPADANYA

BERSAMBUNG.....

Wednesday, July 9, 2008

DeRaP pErJuaNgAn



Hancurkan runtuhkan kekuatan musuh
janganlah menyerah Allahkan selalu bersamamu

Derap langkah para mujahid seolah menggetarkan bumi
Membangkitkan takbir Illahi seluruh pelusuk negeri

Kami ini takkan pernah gentar melihat para serdadu musuh
Walaupun kami hanya berbekal kebangkitan serta batu-batu

Wahai muslimin dipenjuru dunia mari kita bersatu-padu
Satukan hati kuatkan barisan untuk capai
semua kemenangan

Munsyid : Ruhul Jadid

p/s:teringat kenangan lagu tema semasa daurah kepimpinan

Ya Allah jadikanlah daku pembela agamamu Ya Allah

Sunday, June 29, 2008

MEnGiNgAtI aKhIrAt BaNgKiT kEiNsAfAn



AL-QURAN adalah kitab dan mukjizat paling indah. Keindahannya bukan sekadar untuk diperdengarkan bacaannya tetapi diambil perhatian mengenai peringatan dan ancaman yang dijelaskan dalam ayatnya sebagai menambahkan ketaatan manusia kepada Allah pencipta semesta alam.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Apabila matahari digulung dan bintang berjatuhan dan apabila gunung dihancurkan dan unta yang bunting ditinggalkan tidak dipedulikan dan apabila binatang liar dikumpulkan dan lautan dijadikan meluap dan apabila roh dipertemukan dengan tubuh, bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup ditanya kerana dosa apakah ia dibunuh, dan apabila catatan amal perbuatan manusia dibuka dan langit dilenyapkan dan apabila api neraka jahim dinyalakan dan syurga didekatkan, maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang sudah dikerjakannya, sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang yang beredar dan terbenam demi malam apabila sudah hampir meninggalkan gelap dan demi subuh apabila fajarnya mula menyingsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan mulia yang mempunyai kekuatan, kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai arsy ditaati lagi dipercayai." (Surah at-Takwir, ayat 1-21)


Rasa takut dan cemas terbayang menekan kita. Ketakutan meliputi seluruh alam dan mencemaskan jiwa serta menggoncang dada. Malah, ketakutan mencengkam seluruh bumi dan langit yang digerakkan lagi oleh ketakutan dan digentarkan pula oleh firman-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Apabila terjadi hari khiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai kejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung dihancur luluhkan sehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan." (Sural al-Waqiah, ayat 1-6)

Pada saat lain, ketakutan itu terlintas dalam bayangan dan bergoncang perasaan. Semua itu sebagai peringatan kepada kita untuk menambah ketaatan dan ketakwaan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya." (Surah al-Hajj, ayat 1-2)




Demikian gambaran demi gambaran yang ditampilkan Allah mengenai pemandangan hari kiamat. Sesekali perasaan takut merasuk ke jiwa dan pada saat lain berasakan kemantapan dan ketenangan.

Sesekali terbayang api neraka yang membakar dan sesekali pula hembusan sejuk angin syurga menerpa, lantaran itu pengenalan terhadap alam akhirat menjadi penting dan sempurna sebelum hari yang dijanjikan itu tiba.

Firman Allah yang bermaksud:
Hari kiamat; apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu, apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihamburkan." (Surah al-Qariah, ayat 1-5)

Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, ibu bapanya, isteri dan anaknya setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan."

Demikian paparan yang diungkapkan al-Quran mengenai peristiwa yang mengerikan. Ungkapan pemandangan kiamat tentu meresap, membangkit kesedaran dan keinsafan. Betapa hari kiamat senantiasa menjadi perhitungan dalam hidup. Ia begitu lekat dalam hati dan lisan. Lantas kita pun bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan dan ketaatan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Allah akan melipat petala langit di hari kiamat lalu menggenggam dengan tangan kanan-Nya seraya berkata; Aku Raja segala raja! Di manakah orang yang membesarkan diri? Di manakah orang yang menyombong diri? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya seraya berkata: Akulah Raja segala Raja! Di manakah orang yang menyombong diri?"

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan kamu tidak akan mencapai setinggi gunung." (Surah al-Isra', ayat 37)

Kesombongan itu menggelapkan jalan ke syurga, merosak pergaulan, merenggang pertalian, memecah perpaduan. Al-Quran sebagai mukjizat dan penawar selayaknya ditampilkan sebagai panduan, peringatan bukan sekadar bacaan dan nyanyian malah sebagai penyatuan serta keinsafan.

Justeru, al-Quran sebagai mukjizat dan penawar bukan saja untuk dihayati keindahannya, malah memberi petunjuk untuk membina ketaatan, menjadi orang beriman yang membela kebenaran, memelihara diri daripada dosa dan kemurkaan.

Mengingati hari akhirat memberi kesedaran dan keinsafan bahawa penghujung jalan terbentang suatu lagi perjalanan yang masih panjang.

Sunday, June 22, 2008

MuNaJaT hAmBaMu



Wahai saudaraku,
Dalam kita mengejar dunia,
Janganlah kita alpa akan akhirat,
Kerna itulah destinasi yang hendak kita tuju,

Wahai saudaraku,
Janganlah kita alpa akan amanahNya yang paling berharga,
iaitu al-Quran dan as-Sunnah,
Kerna itulah pedoman yang bisa menyelamatkan kita,
dari azab siksanya yang pedih,

Sedarilah,

Wahai makhluk yang bernama manusia,
kamu adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan,

Bukalah mata hatimu,
tanyalah pada imanmu,
Adakah dikau benar-benar telah bersedia
untuk bertemu denganNya???,

Wahai Tuhanku,
diri ini terlalu banyak melupaimu,
diri ini terlalu banyak melakukan maksiat,
sedangkan ku tahu bahawa,
kehidupan ini hanya sementara,

Wahai Tuhanku,
Ampunilah dosa hambamu ini,
tunjukilah kami jalan kebenaran,
hampirkan kami dengan rahmatMu,
perbaikilah diri kami ini,
perelokkanlah budi pekerti kami,
kuatkanlah ibadah kami,
sejahterakanlah aqidah kami,
mantapkanlah iman kami,
suluhilah hati kami dengan cahayamu,
yang bisa membezakan antara yang hak dan yang bathil,

Wahai Tuhanku,
diri ini sering hanyut dengan godaan dunia,
bantulah hambamu ini,
dalam mengharungi dunia yang fana ini

Monday, June 16, 2008

MuKhAyYaM=wAsILAh TaRbIaH



mukhyyam f4 suatu refleksi diri....

alhamdulillah kita sume dpt mghabiskan dan mgharungi mukhayyam f4 ini dgn baiknya..
smg apa yg kita dpt dan kita lalui ini dpt dijadikn pengajaran dan pedoman..
trm ksh ana ucpkn kpd sume krn mmberikn kerjasama yg baik untk mnjayakn prgrm ini...khususnya banin yg brtndk luar biasa...

ana juga merasa bangga krn mmpunyai sahabat2 yg sume sntiasa hammasah dan mmberikn komitmen yg tinggi dlm mnjayakn sesuatu prgrm yg dijlnkn tdk kira banin atau banatnya...sumenya mmg best...


Namun disitu trdpt bbrapa prkara yg prlu kita prbtlkn dan kita islahkn antaranya:

dr segi prcakapn/komunikasi antara org yg lebih tua,sama baya dan juga adik2 kita

jika dulu tdk ramai batch kita yg ckp perkara2 keji sprt bodoh,babi,sial dan juga sbginya dan akhirnya melupakn budaya pelajar hidayah yg sepatutnya kita amlkn dan kita berasa izzah dgnnya sprti perkataan ana dan anta/anti...

dr segi pemikiran kita yg rata-rata tdk mggmbrkn kita ini seoarang yg berjiwa besar dan juga seorg pemikir Islam @ pejuang Islam
kita lbh sibuk dgn perkara2 yg kecil2 atau yg remeh-temeh tanpa kita sedar disitu trdpt perkara yg lbh besar dan utama yg prlu kita fkrkn dan kita sibuk-sibukkan atau pun disebut sbg awlawiyat...

SETERUSNYA mari kita tanya pd diri kita adkh mukhayym kita pd kali ini dpt memantapkn lg iman kita atau sekurang-kurangnya kita mndpt sesuatu drpd mukahayym kita ini..

jgnlh mukhayyam kita ini hanya mnjadi perkara yg sia2 shj krn kita tlh mengorbnkn masa,duit, dan juga tenaga yg banyak untk prgrm kita ini...

mgkn stkt disini shj yg mmpu ana warkahkn dan smg ukhuwwah yg kita jalinkn selama ini rs berkekalan dan mekar subur mewangi dan mnjadi batch yg terbaik lbh2 lagi kia adlh generasi pewaris kecemerlngan sekolah menengah islam hidayah dan smg mnjadi cnth yg baik trhdp adik2 dan abang2 kita...

jika blh jgn smpai budaya-budaya soleh yg tlh lama wujud di sekolah kita selama ini hilang disebabkn perbuatan yg dilakukn oleh ahli batchsebelas kita sendiri...mari kita fikirkan bersama

jika blh sume orang samada batch yg diatas @ dibwh sumenya tgk kita dan respect dgn kita....insyaAllah

UHIBBUKUM FILLAH...

thanks for the HAPPY TIMES THAT I NEVER WOULD HAVE HAD WITHOUT SHARING THEM

Sunday, June 8, 2008

FiKiRkAn DiRi KiTa



Assalamualaikum
Ana ade beberapa perkara yang nk disampaikan
Agar kita dapat ambil pengajaran...

1. Kenapa kita pakai cantik cantik bile nak pegi shopping dll tapi kita tak pakai cantik cantik bila nk bertemu ALLAH?

2. Kenapa kita semangat sangat nak kerjakan suatu perkara yang bersifat duniawi tapi bila sampai nk tunaikan tanggungjawab kita terhadap ALLAH, kita buat sambil lewa?

3. Kenapa kita bersungguh-sungguh sangat nak mintak maaf kt seseorang atas kesalahan kita tapi kita tak bersungguh-sungguh dalam taubat kita?

4. Macam mana kita boleh sempat habiskan novel dalam satu hari tapi kita takde mase nk bace NOVEL YANG TERAGUNG(AL-QUR'AN) walaupun satu muka surat?

5. Kenapa kita boleh bangun malam untuk tengok perlawanan bola sepak tapi kita tak boleh bangun untuk ber'qiyamullail'?

6. Kenapa kita terlalu merendah diri apabila bertemu dengan orang yang lebih hebat daripada kita tapi tak merendah diri bila bertemu ALLAH?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...