Thursday, May 29, 2008

uNtAi BiCaRa BuAt MuRaBbI

Sebermulanya Semua.

Nubariku mengutus hamdalah
menyeluruhi purnama ilmu jua cita
kerana tersuluhkan padaku
gerbang hikmah termulia
lalu dipancarkan di hadapanku
singgahsana kebijaksanaan terulung
adapun bisalah aku ini
menjebak kepalsuan serpihan kaca
dalam zulmat lail
mentafsir ketulenan butiran sesoca
dalam mega syafak

Sungguh
dia tuntun aku menuju puncak wijaya
lantaran aku
diajar menyulam nikmat
dididik mencantas waktu
diasah mempertajam maruah
oleh seorang manusia biasa
hingga Rabb mengangkat mulia darjatnya

Kerana dia seorang guru
kerana doanya sang murobbi aku di sini
sebermulanya semua
di sini...

2 comments:

Cahaya kesempurnaan said...

Salam, sajak ni tulis sendiri.... indah bahasanya..

[Haqqul Hakim] said...

Siapa penulisnya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...