Tuesday, September 2, 2008

PuAsA KItA : IBADaT @ AdAt ???


Jikalau adat :

1)puasa baru bermula,hari raya pula yg diwar-warkn.Suasana Ramadan tenggelam dek raya

2)Lebih kdp pengisian fizikal-juadah berbuka bermacam-macam mnjadi pesta makan

3)Di awal Ramadan,surau dan masjid penuh tetapi semakin hari jemaaah semakin kurang

4)Sibuk membuat persiapan raya-membeli belah,membuat kuih raya,bunyi mercun dan percikan bunga api mengalahkn masyarakat cina..surau dan masjid menjadi lesu

5)bulan merdeka dari kekengan nafsu..pesta hiburan semahu-mahunya..hala dan haram berbaur demi kerana hari raya..roh ramadan tenggelam sekelip mata saja

Jika puasa kita IBADAT lain pula ceritanya :

1)Mewuudkan suasana beribadah di bulan Ramadan dengan pelbagai tawaran dari Allah

2)Lebih tertumu kepada tarbiyah ruhiyyah..melatih jiwa dan mendidik nafsu

3)Melaksanakan solat terawih dengan mengimarahkannya di surau dan masjid

4)Sibukkan dengan ibadah disepuluh terakhir ramadan..dimasa inilah Allah janjikan malam LAILATULQADAR iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan

5)Merasa sedih dengan pemergian Ramadan.Syawal disambut tanda kemenangan mengekang hawa nafsu dan insan telah kembali kepada fitrah

Ayuh semua insan muhasabah balik dri kita setelah saban tahun kita berpuasa apa nilai puasa kita disisi Allah??? samada diterima atau tidak..takut puasa kita jadi sia-sia je dan tak memberi perubahan apa-apa pun pada diri kita malahan akhlak dan sahsiah ita jadi lebih teruk pula

perbetulkan niat kita berpuasa kita keran menunaikan perintahNya bukan semata-mata mengikt adat yang telah kita warisi dari zaman berzaman

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...