Saturday, January 24, 2009

MoNoLoG diRi



Bismillahirrahmanirrahim

tanyalah imanmu wahai insan berada di tahap mana ???

Dengan kekuatan yang Allah berikan kepadaku daku akan cuba untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini..

terasa berat memikul tugas ini
beban ini memang tidak mampu daku lakukan keseorangan
meskipun ku tahu daku terpaksa melaluinya bersendirian
ku tahu hanya dengan mendekatakn diriku kepada Mu
sahajalah yang mampu menguatkan daku
kerna kau sahajalah sumber kekuatanku

Ya Allah bantulah hambamu ini
untuk sentiasa istiqamah di jalan ini
sentiasa iltizam menjalankan tugas dakwah ini
entiasa iltizam membimbing sahabat-sahabatku yang lain
untuk bersama kejalan Mu yang satu
istiqamah dengan apa yang daku lakukan sekarang
istiqamah dengan amal fardhiku
dari segi qiyamullail setiap hari
tilawah quran 1 juzu'
solat dhuha setiap hari
puasa 3 kali sebulan
zikir setiap masa dan detik
sungguh jika dikau tidak memberikan kekuatan kepadaku
nescaya daku tidak akan dapat melakukan semua ini

Ya Allah bantulah hambamu ini
untuk menentang anasir jahiliah yang semakin meluas
semakin hari semakin ramai yang mengagungkannya
sedangkan perintahmu diabaikan begitu sahaja
langsung tidak ada rasa mulia dan izzah dengan ISLAM
sungguh dunia ini memang semakin tenat
menunggu masanya untuk bertemu hari yang dijanjikan

Namun begitu
daku yakin akan pertolongan dan kemenangan itu
ia pasti akan datang
ia semakin menghampiri hambanya
yang sentiasa berusaha meninggikan syiar Allah
kemenangan pasti akan datang
yang hak pasti akan datang
untuk kalahkan yang batil

Bersabarlah wahai diri,
kerna jalan ini bukanlah jalan yang senang
yang dihampari dengan permaidani merah
sungguh jalan ini jalan yang panjang dan sukar
sungguh janji tuhanmu itu pasti benar
dan pasti datang
sahutlah seruan itu
janganlah dikau berpaling dari jalan ini
kerna jalan inilah jalannya yang satu
jalan yang telah dilalui baginda Rasulullah
yang pasti membawa ke syurganya
dan bertemu denganNya
mendapat Redho yang dicari selam ini

.......................................al faqir ilallah..............................

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...