Saturday, June 13, 2009

haza min fadli rabbi...



Mekah
Madinah
Tanah suci Umat Islam
Di situ terletaknya tempat yang penuh barakah
Pahala digandakan berlipat kali ganda
Terhindar dari dosa dan maksiat
Segala pancaindera terjaga
Tempat umat Islam menyucikan diri
Kembali sepenuhnya kepada
Tuhan Yang Maha Agung
Yang Maha Mencipta sekalian makhluk

Di situlah juga sebaik-baik insan dilahirkan
Membawa rahmat ke seluruh alam
Menyampaikan risalah agung kepada umatnya yang tercinta
Menunjukkan kita cahaya kebenaran
tanpa kenal erti jemu
Baginda dicaci dan dihina
Namun baginda tetap meneruskan perjuangan
kerana kasih dan cintanya kepada umatnya


di depan masjid nabawi

Syukur Ya Allah
daku dapat menjejakkan kai
di bumi yang penuh barakah ini
melihat risalah perjuangan baginda Rasul

Menilai semula kelemahan diri ini
apakah tujuan daku dihidupkan?
kerana apa diri ini mesti dihidupkan
Mengenang semula dosa-dosa yang telah dilakukan

Baruku sedar
terlalu sedikit sunnahmu yang ku ikuti
terlalu sedikit perjuanganmu yang ku hayati
diri ini terlalu lemah
mudah mengalah di medan perjuangan

Sesungguhnya diri ini
mahu menyambung tugasmu
meneruskan risalah perjuanganmu
mahu mencintai dirimu sepenuh hatiku

Janganlah kau biarkan pemergianku ini
sebagai kepulangan terakhirku
daku mahu bertemu denganmu lagi
mengunjungi tempat yang penuh barakah ini
bantulah Ya Allah
hambamu ini
dalam mengharungi dunia yang fana ini

p/s :gambar-gambar ana akan upload dilin post sbb kesuntukan masa

2 comments:

+akufobia+ said...

hoho.semoga pulangnya menjadi lebih hebat.

TawfiqRahmat said...

insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...