Thursday, December 17, 2009

ReHaTkAh AnDa wAhAi DiRi ???


Bismillahirrahmanirrahim...

Maha suci Allah yang telah mengurniakan hambaNya kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi semua mehnah dan tribulasi dalam menghadapi imtihan SPM yang baru saja usai menutup tirai

Ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana akhirnya berjaya juga menghabiskan SPM ni meskipun suatu masa dulu ku rasakan lama menanti detik-detik ini namun sekarang segalanya sudah berakhir dan penulis sudah tamat zaman persekolahannya.

Namun disitu masih banyak lagi masuliyyah yang penulis perlu laksanakan selepas ini sejurus selesai SPM ini

1)ganti balik masa dakwah yang digunakan untuk fokus SPM dulu
2)bantu sekolah dan guru-guru dalam segala segi kerana disinilah tempatku diperkenalkan dengan tarbiah jadi kita semua sebagai alumni kena pastikan adik-adik juga dapat merasakn tarbiah itu di bumi HIDAYAH

Mungkin selepas ini penulis akan sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya PRINT yang akan bermula 18-27 dis(tambah program lain)..jadi kena pastikan sepanjang masa ini digunakan untuk kumpulkan semula energy dakwah di samping merenung sejenak dan merangka beberapa perancangan untuk masa hadapan

jamuan ikhwah di Singgah Selalu malam habis SPM

Yang pastinya pada tahun ini penulis tidak menyertai R2J4..jadi bolehlah guna masa ni untuk tengok dan tolong adik-adik dekat sekolah sekadar yang termampu..jadi guru ke?jaga kooperasi ke?tengoklah mana yang terbaik..dan tidak lupa juga habiskan lesen

kenangan bersama rakan satu bilik:akh Hisham-akh Syafiq-akh Ahnaf-akh Irfan M.


Juga diberitakan tahun hadapan akan ditambah satu kelas lagu untuk pelajar tingkatan 1..maksudnya pelajar HIDAYAH makin ramai dan pelajarnya juga lebih mencabar,justeru pergerakan dan proses tarbiah juga hendaklah lebih laju dan tersusun demi mencapai misi dan visi dakwah iaitu melahirkan lebih ramai generasi pelapis yang faham dakwah dan kader-kader dakwah yang sentiasa hammasah dalam menyebarkan risalah dakwah di bumi HIDAYAH yang tercinta

Oleh itu mari kita renung satu firman Allah berkaitan kemenangan

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah,maka bertasbihlah dan memuji TuhanMu dan mohonlah ampunan kepadaNya.Sungguh,Dia Maha Penerima Taubat.(an-Nasr:1-3)

Ibrah yang boleh kita ambil melalui ayat diatas walaupun pendek mengandungi makna yang cukup tersirat dan boleh menitiskan air mata jika membacanya dengan hati jernih

1)Apabila kita melihat kemenangan ataupun keberhasilan dalam apa yang kita lakukan,selalunya pdatanglah penyakit kemenangan dalam hati orang mukmin

2)Penyakit kemenangan yang dimaksudkan adalah penyakit lalai dan lupa diri kerana terlalu seronok dengan kemenangan yang diperoleh

3)Oleh itu kita diseru untuk membesarkan Allah,bertaubat dan kembali kepadanya kerana kemengan itu bersifat sementara dan bila-bila masa sahaja nikmat itu Allah boleh tarik semula

Justeru,kaitannya dengan kita yang dalam pasca-spm..janganlah berasa terlalu seronok dengan imtihan SPM yang baru melabuhkan tirainya kerana nikmat dan keseronokan itu bersifat sementara..

kenangan terindah bersama akh Zul(lepas ni dah jarang dah jumpa)

Sebaliknya kita diseru untuk kembali kepada Allah,membesarkanNya kerana telah benyak mengurniakan rahmatNya ketika menghadapi SPM disamping membersihkan hati kita dari segala dosa kerana hidayah Allah itu tidak masuk kedalam hati hambaNya yang membuat maksiat..takut-takut kita lebih jauh dari Allah apabila habis SPM ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...