Thursday, April 15, 2010

HiKMaH KeTeNTuaNNYa....


dengan group mentee 6ABS...

Bismillahrrahmanirrahim...

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku harap hidayah membuka hati yang buta

Alhamdulillah setinggi kesyukuran ku panjatkan kepada Allah kerana memberiku bermacam-macam nikmat sehingga kekadang diri ini lalai dari mensyukurinya...

Hmm..post kali ni mungkin nak sharing sedikit tentang perkara-perkara yg berlaku sejak kebelakangan ini...rasanya nak mulakan dengan yang gembira ke yang buruk???

1)IHTIFAL

-hmm.. hari yang dinanti sekalian pelajar SMIH iaitu hari graduasi...yang membanggakan adalah batch 11 mencatatkan sejarahnya tersendiri iaitu dengan keputusan SPM yang cemerlang dan telah terpilih sebagai antara sekolah yang cemerlang di Malaysia dengan gpk 2.24..kesuluruhannya seramai 86 orang dari 117 calon spm 09 naik pentas tahun ni....tahniah2..



barisan pendidik SMIH yang dicintai

usrah 09..tarbiah tidak menghalang kita cemerlang dalam study..memang ketentuan Allah terbaik..murabbi ambik spm..mutarabbi ambik pmr 09..semuanya cemerlang...

ikhwah akhawat b11..sedih sebab kena balik awal...dahlah gambar terakhir...

-tapi ada beberapa perkara yang membimbangkan iaitu tentang pencapaian peribadi dan sahsiah kita samada sama taraf dengan kecemerlangan akademik?? lagipun sekolah HIDAYAH memang sudah terlalu masyhur di serata dunia...sudah ramai ibubapa tertarik untuk menyekolahkan anak-anak mereka di bumi HIDAYAH tapi adakah proses pendidikan di SMIH masih menjamin pembentukan peribadi muslim dan mungkinkah tercapainya hasrat semua pihak untuk melihat anak-anak mereka menjadi manusia yang sebenar yang memeahami tanggungjawab hidup di bumi Allah ini...hal ini yang merisaukan kita....

2)JPJ TEST

-hmm...setelah sekian lama menunggu akhirnya berjaya juga dapat lesen ...tarikh terakhir ambil adalah 4/3...hampir lebih sebulan tak bawa kereta...alhamdulillah lulus cukup-cukup makan jer...

-semasa duduk kebosanan menunggu giliran biarpun asalnya orang pertama tapi agak lambat dilayan...penulis terfikir sesuatu apabila melihat begitu ramai manusia yang setia menunggu giliran semata-mata untuk menanti seorang pegawai jpj untuk menapatkan sebuah keputusan yang tidak pasti...

-macamana ye agaknya kita bila semua manusia dikumpulkan di padang mahsyar dalam keadaan semua tidak ambil peduli tentang hal orang lain dan ketika itu tiada ulangan untuk mendapatkan keputusan lulus dari yang MAha Agung tidak seperti ujian jpj yang ada ulangannya..jikalau semua manusia benar-benar bersedia untuk bertemu Tuhan yang telah menciptakan mereka seperti persediaan menghadapi ujian jpj kan bagus....fikirkan dan renungkan bersama...

3) KEMATIAN

-berita yang agak menyedihkan dimana jiran sebelah rumah penulis meninggal dunia akibat penyakit cancer sewaktu penulis menyambut ihtifal..keluarga penulis baru sahaja berhasrat untuk menziarahinya selepas habis ihtifal tapi apakan daya...itu semua adalah ketentuanNya

-benarlah firman Allah :

"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI"


dan firmanNya lagi :


" DAN APABILA AJaL ITU DATANG IA TIDAK AKAN TERLAMBAT ATAU TERCEPAT WALAU SEDIKITPUN "

2 comments:

+akufobia+ said...

terima kasih.masa untuk membuktikan.

Akhi Muiz said...

innalillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...