Tuesday, September 14, 2010

TaFaKuR RaYa...


usrati saidah


Tika ini hatiku sayu

Nafasku berderup kencang

Kelopak mataku berkaca

Bibirku terkatup rapat

Langkahku mulai lesu

Mengenang Ramadan yg melangkah pergi




raya bersama keluarga belah ayah


Raya oh raya

Kau datang lagi

Saban tahun kita raikan

Setiap tahun pasti ada perbezaan



raya bersama keluarga belah ibu


Kemeriahannya pasti dirasakan

Bergema alunan takbir

Disetiap pelosok dunia

Memuji nama Ilahi


Anehnya

Alunan itu bergema sayup sekali

Sedangkan ia takbir kemenangan

Takbir membesarkan Tuhan


Di malam raya

Keriangannya tidak terkata

Mainan mercun menjadi mangsa

Duit habis begitu sahaja

Pembaziran berlaku tidak terasa


Kepekatan malam kian hilang

Alunan takbir sentiasa bersahutan

Semua lapisan sambut keriangan

Tidak lupa juga untuk sembahyang


Masjid,surau penuh tidak terkata

Kenderaan bersesakan

hingga tiada tempat letak kereta

fenomena ini sudah biasa

bahkan ada yg teruja

padahal ia sunat semata

mengalahkan solat yg fardhu


Oh Tuhan

Indahnya dunia

Dengannya ramai tergoda



raya bersama syeikh

Oh Tuhan

berapalah umur dunia

Kian hari dimamah usia

Menghitung hari menunggu masa


Oh diri

Jadilah dirimu yang baru

Bertambah iman dan taqwamu

Setelah melalui madrasah Ramadan ini


Nur Qalbu

10/9/10

10.55 am

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...