Monday, April 18, 2011

ia BiSa MeMBuNuH...



Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta..

Alhamdulillah syukur kepada yg selayakNya kerna terus diberi peluang menikmati hidup ini biarpun kita sebagai hambaNya sering berbuat kesilapan..namun dengan sifat Maha Pemurahnya...Dia mengurniakan pintu keampunan disetiap detik dan waktu...moga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang sedikit...ameen ya Rabb

Alhamdulillah juga sedar tak sedar sudah sebulan cuti melabuhkan tirainya..muet test done n coming soon medsi...amacam cuti??apa yg telah diperbuat sepanjang cuti??(huh mengeluh sbb cuti bese banyak terbuang dgn sia-sia)..moga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu seperti bayi yang suci baru lahir...

Kebiasaan bagi yg bercuti mengeluh kerna cuti yg tak digunakan dengan sebaiknya...bak kata orang orang alim sekali pun boleh jadi jahil dgn sbb waktu cuti yg bisa membunuh..begitu juga mereka-mereka yg ditarbiah dan juga golongan pendakwah( moga2 dijauhkan)..semangat dakwahnya juga akan hilang kerna cuti yg tidak disusun dgn sebaiknya dan kurangnye pengisian dan suasana yg bisa membangkitkan diri utk bermujahadah melawan nafsu dan mengajak yang lain kpd kebaikan dan meninggalkan kejahatan...

Dalam tarbiah kita dilengkapi dengan 2 caspek penting iaitu :

1) Tarbiah Jam'iyah (ramai@umum)
2) Tarbiah Dzatiah (sorang@diri)

Tarbiah Jam'iyah (TJ) ialah tarbiah yg kita lakukan dan kita perolehi dgn melakukan aktiviti bersama dengan mereka-mereka yg sama ditarbiah dan merasai kemanisannye bersama contohnya :

1)halaqah
2)rehlah
3)iftar
dan contoh-contoh yg lain termasuk semua wasail tarbiah..

reunion ikhwah batch11(alhamdulillah ramai turun)..

-di peringkat awal tarbiah jami'yah amat memainkan peranan penting dalam kehidupan individu yang ditarbiah..namun ia akan bertukar peranannye apabila ia semakin meningkat marhalahnya namun tidak maksud mengabaikan kesemua aspek yang ada dalam TJ..

Tarbiah Dzatiah (TD) pula ialah tarbiah yang dilakukan dan kita perolehi serta merasai kemanisannye sendirian tapi memberi pada mereka-mereka yang berada disekeliling kita contohnya..

1) tilawah Quran
2) solat sunat
3) qiyamullail
4) dhuha
5) ma'thurat
6) zikir harian

-pendek kata kesemuanya adalah amal fardhi@mutabaah amal...

reunion bersama bekas anak usrah..
(dh f5 sume..kejap je masa)

TZ memainkan peranan yg amat penting kerna ia menjamin keberlangsungan@istiqamah kita dlm meniti jalan ini...bak kata para ikhwan ia ibarat minyak sesebuah kenderaan dlm menuju sebuah destinasi yg telah dijanjikan..

-apabila seseorang makin meningkat marhalahnya TZ nye juga perlu meningkat..memang tidak dinafikan kesukaran dalam menjalankan TZ kerna tidak hidup dlm suasana yang membina lebih-lebih lagi masa cuti...

tetapi hakikatnya itulah salah satu tujuan tarbiah untuk membina peribadi-peribadi muslim seperti sabda Nabi :
"Rahib dimalam hari...Singa di waktu siangnya"

wahai saudaraku sekalian..dalam meniti hidup sekarang..sudah semestinye kita sering lemah dan rasa tidak berdaya utk meneruskan langkah dan perjalanan...ketahuilah semakin kita melemahkan diri semakin akan banyaklh kita berpaling dan mengundurkan diri...sedarilah segera sebelum terlambat dan ia menyakitkan...

Sesungguhnya berjayanye kita dalam perjalanan ini..faktor utama yg menentukannye adalah diri KITa sendiri...ingatlah kata-kata ini dalam setiap apa yg dilalui dlm perjalanan hidup kita...

" UZLAH SYUURI WALA JASADI"
asingkan jiwa(dalaman) kita bukan jasad kita...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...