Saturday, September 17, 2011

PeNiKMaT TaRBiaH ???


Bismillahirrahmanirrahim
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

“ Tanpa tarbiyah,harakah (organisasi pergerakan) hanya akan menghasilkan peribadi-peribadi yang memahani politik tapi jiwanya keras dan tidak mengenal kelembutan (Muhammad Ahmad ar-Rasyid)

Alhamdulillah ikhwah akhawat yang ana kasihi sekalian,bersyukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat iman dan islam dan yang terutamanya adalah merasai nikmat tarbiah yang datang tidak kunjung malap pada diri kita..Namun cuba kita renungkan sejenak apakah natijah@ kesan dari nikmat tarbiah yang telah kita kecapi selama ini pada diri kita khasnya dan orang disekeliling kita amnya..adakah kita sekadar mahu digelar “PENIKMAT TARBIAH” ?

Sesungguhnya tarbiah inilah jalan untuk mengumpulkan@memaksimumkan potensi dan meminimumkan kekurangan agar menjadi mozaik perubahan..Tanpa tarbiah,pembentukan dan penyusunan yang rapi,ia tidak akan dapat merubah manusia menjadi manusia yang luar biasa dan memahami peranannya sebagai hamba dan khalifah di bumi ini.

Justeru bagaimana kita mampu memikul tanggungjawab yang berat ini dan mahu merealisasikannya dalam kehidupan kita? Jangan dipikul sendirian,sehebat manapun diri kita,kita tidak akan mampu melakukan proses perubahan ini keseorangan kerna kita harus fahami,visi dan misi tarbiah kita bukan sekadar ‘mengaji’ atau ‘menuntut ilmu’ tetapi lebih dari itu.Ia adalah projek besar (the great project) yang akan menghadirkan perubahan yang besar kerna kita ingin melahirkan manusia yang luar biasa dan mencetak kader-kader dakwah yang akan terus memacu kegemilangan ad-deen tercinta ini sehingga semuanya tunduk pada yang Maha Esa.

Tarbiyah adalah kerja yang besar.Setiap risalah besar memerlukan orang-orang(pendukung) yang besar,yang mempunyai matlamat yang besar,naluri besar dan kerja-kerja besar untuk kehidupan besar,akhirat yang tidak ada titik hentinya.

Semoga dakwah terus subur dan mekar mewangi seterusnya menghasilkan buah-buahan yang ranum untuk dipetik.

TERUS BERGERAK
TERUS MEMBINA
TERUS JIDDIYAH..

Akhir kalam begitulah tarbiah

اصلاح الشئ حفظه ورعايته
Islahu syai hifzuhu wa riayatuhu
“Memperbaiki sesuatu,menjaga dan terus memeliharanya”

Akhukum fillah
Al-faqir ilallah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...