Friday, November 23, 2012

KiTa adalah PeNYeRu !


Bismillah..Alhamdulillah..

Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta..

sekadar perkongsian bersama:

1) Ayat diatas boleh rujuk surah Yusuf:108, yang mana sebagai ayat yang menguatkan lagi kita untuk menjadikan D n T ni adalah segala2nya melebihi apapun dan menjadikan segala paksi kehidupan kita adalah bertujuankan D n T.

2) Ayat ini juga lebih menjelaskan lagi pada kita tentang halatju dakwah kita serta konsep 3 T

3) “ Hazihi sabili “ - inilah jalanku, (blh juga rujuk srh al-Anaam:153) dimana kita meyakini bahawa jalan ini adalah tak lain dan tak bukan adalah jalan dakwah dimana jika kita lihat dalam buku “Toriqud-Dakwah”, Syeikh Mustafa Masyhur menyebutkan bahawa “ jalan dakwah ini merupakan jalan yang satu”

4) “ad’uu  ila Allah “ - Dapat difahami bahawa dakwah yang kita serukan ini merupakan dakwah kepada manusia,mengajak manusia kepada Allah bukan pada nama,jemaah,individu dan yang selain daripada Allah

5) “ala basiratin” – ayat ini membawa kita kepada perlunya kejelasan kita terhadap jalan yang kita lalui ini supaya kita tidak menjadi golongan yang gugur dan tercicir serta ragu-ragu dalam melangkah..wanauzubillah..
Ia juga menekankan beberapa kefahaman kita tentang dakwah (fiqh dakwah),(boleh baca buku Fiqh Dakwah oleh Mustafa Masyhur) dimana antaranya menekankan tentang tertibnya maratib amal, tertibnya marhalah dakwah dan tertibnya wasilah umum dakwah

Maratib Amal :
1)      Individu Muslim
2)      Rumahtangga Muslim
3)      Masyarakat Muslim
4)      Kerajaan Islam
5)      Negara Islam
6)      Khilafah Islamiyah
7)      Ustaziatul Alam

Marhalah Dakwah :

1)      Taarif (pengenalan)
2)      Takwin (pembentukan)
3)      Tanfiz (perlaksanaan)




Wasilah Umum Dakwah :
1)      Iman yang mendalam
2)      Pembentukan yang rapid dan kemas
3)      Usaha dan amal yang berterusan
Seterusnya perkongsian tentang kata2 oleh Syeikh Hassan al-Hudhaibi (Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ke-2)

"Nahdu Duat Qabla Kulli Syai’"
"Kita ada dai(penyeru) sebelum segala sesuatu"

-          Bila diri kita telah kita infaqkan sepenuhnya untuk D n T, maka kita akan memastikan kesemua aturan hidup kita yang pertama sekali adalah untuk D n T..Semuanya adalah atas dasar kepentingan D n T bukan atas dasar kepentingan peribadi..Semua yang kita lakukan semua atas nilaian dan neraca D n T
-          Oleh itu bilamana hidup kita memang secara total untuk D n T maka setiap pemandangan kita,setiap cara pemikiran kita, setiap pendengaran kita, setiap apa yang lahir dari kata-kata kita dan setiap yang terzahir dari perbuatan kita kesemuanya melambangkan imej seorang dai sehingga mungkin boleh disimpulkan dengan sebuah kata2 “ al- Hayah ad-Daiyah” dimana tiada kehidupannya melainkan kesemuanya kehidupan untuk 
D n T

p/s : Allahuakbar..inilah peranan kita,tugas kita yang sebenar..Sungguh mendalam,besar dan bermakna ayat Allah dan sepotong kata-kata ini..Moga Allah beri kekuatan pada kita untuk mengaplikasikannya dalam segenap kehidupan kita..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...