Monday, February 25, 2013

ILTiZaMLaH dengan Solat BeRJeMaaH


Ku Biarkan kalam berbicara
Ku Biarkan minda mentafsir segalanya
Ku Biarkan pena merungkai kata-kata
Ku Biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Keutamaan untuk ikhwah solat berjemaah di masjid@surau

Saban tahun kita ditarbiah, masih lagi solatnya tidak berjemaah, masih lagi solatnya terasa seronok secara sendirian dan apatah lagi merasa 'lega' dengan hanya solat di bilik, rumah..

Mana mungkin seorang akh dia melazimi solatnya di bilik dan secara bersendirian, itu kita belum bicara lagi tentang solat di awal waktu dan berada di saf pertama..

Kadang-kadang malu juga dengan golongan tabligh, nampak sensitiviti mereka terhadap solat berjemaah di masjid sangat tinggi! iye sangat tinggi ikhwah!

Inikah kualiti-kualiti yang mahu kita lahirkan dari proses tarbiah di UM ini?
apakah dia?
mereka-mereka yang solatnya kita dapati di bilik dan tidak berjemaah!

Ayuh sama-sama kita perbaiki !

أصلح نفسك وادعو غيرك

Nah, berikut disertakan anjuran kepada kita untuk ILTIZAM solat berjemaah di masjid

Nabi saw. bersabda,

“Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, maka ia mengatakan,’ Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedakah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di nafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu mengalir air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, 

"Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, banyakkan melangkah untuk ke masjid dan menunggu solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)

Rasul saw telah bersabda: 

“Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat derajatnya.” (HR.Muslim).

Nabi saw. bersabda,

“Sesiapa yang pergi menuju masjid untuk solat maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi maupun pulang.” (HR. Ahmad)

untuk maklumat lanjut boleh layari alamat berikut :
http://arjunakirana.blogspot.com/2010/09/sembahyang-jemaah-di-masjid.html

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...