Monday, December 29, 2008

PeRiNgAtAn BuAt SeMuA

Saya kongsikan dalam entri kali ini saringan bebas oleh saya terhadap hasil coretan Muhammad Ar-Rasyid dalam salah satu karyanya bertajuk “Pendedahan buruk akibat fitnah”. Mari kita hayatinya dengan penuh makna.

Tenggelamnya jiwa yang penuh rahsia

Aku menjual tanpa harga

Dan membeli tanpa pilihan

Ahh…daripadaku…..daripadaku puncanya

Bagaimana aku mendidik manusia lain…..sedangkan diriku ini sendiri perlukan tarbiyyah?

Barangsiapa yang tidak mampu membaiki kesilapan dirinya

Dia tidak layak menegur kesilapan orang lain

Maha suci yang mencipta jiwa ini

Apakah rahsia bagi hati yang penuh rahsia ini?

Sensitif..pelbagai..berbolak-balik

Dalam kita menyangka jiwa itu sesuci debu: tiba-tiba dikejutkan dengan zahirnya kekotoran darinya

Dalam kita berinteraksi dengannya penuh kelembutan: ia diletupkan oleh kekerasan yang akhirnya mengeras sekeras-kerasnya

Redhanya diselaputi sifat suka menggoda

Kemarahnnya gemar dihuraikan secara terperinc

Bagi jiwa itu….

Jarak antara damai dan perang adalah sehari

Dan antara perjanjian dan serang hendap adalah sejam

Dan antara ketenangan dan kegawatan adalah sesaat

Dan antara sangkaan awal dan yang kedua adalah sedetik

Dia tidak menyorokkan pedangnya dalam sarung, bahkan bersedia untuk dihunuskan bila-bila masa

Dia tidak mengembalikan anak panahnya ke dalam bekas, bahkan ditarik tegang pada busur dengan sepenuh tenaga

Pemilik jiwa itu jika diprovokasi dengan satu kalimah, terus dia lupakan kamus persaudaraan

Dia keluar dengan permusuhan

Menanggalkan saudaranya daripada setiap kebaikan dan kelebihan

Seolah-olah tidak pernah diantara mereka terjalin kasih sayang dan budi pekerti

Dan antara pemilik jiwa itu yang jika dinisbahkan kejahilan padanya

Dia tidak bersikap sopan

Dia tidak memaafkan

Dia tidak akan sabar

Dia tidak mengharapkan apa yang ada di sisi Allah

Dan antara pemilik jiwa itu yang tidak menegur dengan tepat

Atau menegur dengan cepat jika disakiti oleh sesuatu perkara

Bahkan dia bersabar pada zahir

Tapi tiada kemaafan pada batinnya

Dia tidak cuba untuk memaksa dirinya melupakan atau tidak mengendahkan perkara itu

Bahkan dipendam dalam hati

Dan terus terpendam

Sambil melemparkan senyuman

Sedangkan timbunan semakin membesar di lubuk hati

Sehingga mencecah tan-tan yang berat

Sungai yang tersekat

Lalu kampung tiba-tiba dikejutkan dengan banjir yang deras

Peristiwa ini berulang setiap tahun

Dia menghitung kesalahan saudaranya yang telah berlalu

Dan hitungan itu menjadi bilangan tuduhan yang banyak

Untuk digabungkan bersama

Dia juga dibantu oleh diarinya untuk mengingat kembali

Apa yang mungkin terlupa untuk dihitung

Dia mencatatnya sebagai koleksi sejarah

Dan meletakkan baris pada perkataan mereka

Dia juga mungkin menyimpan surat-surat daripada saudaranya

Juga dokumen yang mungkin terkandung di dalamnya kesilapan sebutan

Semua itu untuk diguna sebagai bukti untuk menyabitkan kesalahan

Maka selepas itu terasalah kesakitan

Kesakitan itu semakin berkarat

Perkara-perkara asas

Al-Ustaz Umar Al-Telmesani telah menyebut kepada kita semua:

Sesungguhnya urusan kita difahami melalui dua isu:

1. Pandangan kebenaran,

2. Dan semoga Allah mengurniakan kita untuk mengikuti kebenaran itu

Inilah doa Rasulullah saw “YA Allah tunjukkan pada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakan kami kekuatan untuk mengikutinya”.

Sesungguhnya markaz dakwah kita wahai saudara adalah markaz amal dan ibadah, menyeru ma’ruf dan mencegah kemungkaran, penyucian diri dan pendidikan. Bukanlah ia tempat untuk berfalsafah dan saling berdebat. Bukan juga kelab para penyair yang barang dagangan mereka ialah lidah. Oleh sebab itu, uruf kebiasaan kita menyatakan dengan tegas bahawa asas-asas amal ialah ketaatan penuh, iltizam pada sistem dan perancangan serta manhaj. Sesunguhnya tarbiyah kita berdiri atas dasar penyempurnaan asas keimanan; terpasaknya ikatan ukhuwah, hidupnya jiwa dan terjaganya lidah
Kita melontar perasaan hasad dengki…dan saling menyempurnakan kekurangan diri
Kita keluar dari kesempitan kabilah menuju keluasan taaruf dan penyebaran dakwah ke seluruh ufuk dunia
Kita letakkan emosi jahiliyyah di bawah tapak kaki..dan menyahut arahan Si Kulit Hitam sekiranya dia yang paling berpengetahuan dan layak
Arah tuju kita ialah iman, tanda kita ialah Islam, perasaan kita ialah persaudaraan
Kita tidak mengenal kedengkian, dan tidak berkompromi dengan umpama
Bayangkan! Berapa tebal ensklopedia yang mungkin terhasil daripada keterlanjuran kata-kata yang diungkapkan sepanjang perselisihan ini?
Berapa jam telah terbuang dihabiskan untuk mencipta sangkaan-sangkaan buruk?

Antara keganjilan dalam tarbiyah: para pemuda dan mereka yang baru bersama dakwah, anda mampu untuk menyeru mereka meninggalkan sifat riya’ dan takabbur serta suka berdebat. Dan mereka menganggap teguran itu sebagai panduan dan tarbiyyah. Tapi sekiranya orang-orang lama yang sempat melalui zaman jahilyah dan Islam, jika anda memberikan peringatan seperti itu, mereka akan menganggapnya sebagai tuduhan, menolak nasihat anda dan mengaum dengan kuat, seolah-olah taubat Rasulullah sebanyak 70 kali sehari tidak menjadi pengakhir hidupnya.

Harapan daripada Al-Rasyid yang ikhlas
Ustaz Umar sekali lagi berkata dengan nada soalan:

Apakah yang telah berubah antara semalam dan hari ini dalam markaz dakwah? Wajib untuk kita mengetahui bahawa banyak peristiwa telah menyelewengkan kita dan menimbulkan kepahitan. Hari- hari pertama bermulanya dakwah ini, tidak ada yang memiliki ijazah Master ataupun Phd tetapi hati mereka lebih suci berbanding kita. Kini, saudara yang telah Jamaah ini sediakan untuk darahnya bercampur dengan darahku di medan Jihad; telah menikamnya. Semua kita orang-orang alim tetapi kita kekurangan rasa bertambahnya sifat cinta. Kita tidak takut dengan bilangan yang sedikit, atau kita tiada persediaan lengkap; yang lebih menggerunkan ialah kita lupa diri sendiri dan tidak berhubung kuat dengan Allah. Kalaulah kita beriman dengan sebenar-benar iman, nescaya kita akan menang hanya dengan sekadar isyarat jari. Kita tidak tamak untuk hidup sepanjang umur dengan hakikat keikhlasan, cuma sudah cukup menembusi sedalamnya pada erti ikhlas sekadar satu rakaat. Bukanlah dengan kelicikan itu menyampaikan kita pada matlamat, bahkan kita mencapainya dengan tawakkal sambil berdoa “YA Allah tiada kemudahan kecuali apa yang telah kau permudahkan”. Asas kita adalah saling bantu-membantu sesama orang-orang beriman, dengan merekalah datangnya pertolongan Allah. (Dialah yang menolong kamu dengan pertolongannya dan jua dengan golongan beriman).

Tidakkah kalian merasa aneh!

Di antara kebaikan Jamaah Tabligh; jika salah seorang daripada mereka berdiri untuk memberi peringatan kepada manusia ramai, saudara-saudaranya yang lain akan mengangkat tangan seraya berdoa kepada Allah agar kata-kata saudaranya itu mencapai hasil dan difahami oleh pendengar. Alangkah indahnya jika semua pendakwah melakukan sedemikian kepada saudaranya yang sedang berkata-kata. Namun hasutan syaitan pada suasana fitnah ini barangkali menjadikan orang bertengkar yang terdesak itu menginginkan saudaranya gagap dan lupa segala tatabahasa dalam ucapannya. La haula wa la quwwata illa billah, inna lillah wa inna ilahi rajiun. Imam Syafie bertinta: “Tidak pernah aku berdebat dengan seseorang kecuali aku menginginkan kebenaran keluar dari lidahnya”. Sedangkan saudaraku pula mahukan aku mem “baris-bawahkan” huruf yang marfu’ hukumnya

Sesungguhnya pemerhatian teliti pada sejarah fitnah menjelaskan kita bahawa setiap orang yang melakukan kejahatan semasa pertelingkahan adalah seorang yang tidak mendapat tarbiyyah yang sempurna pada peringkat permulaan dirinya bersama dakwah. Juga kemuliaan keturunan dan maruah serta sifat pemurah yang terhuyung-hayang yang sepatutnya diganti dengan sikap menjaga kemuliaan diri dan ketinggian budi dalam adab berselisih pendapat.

Sesungguhnya sensitiviti itu ada pada semua pendakwah, jiwanya memulihkan segala ruang udara yang melemaskan lagi tercemar. Ruhnya tidak mampu untuk bernafas dalam cuaca berdebu dan tiada oksigen dan yang lebih menyakitkan lagi ialah tanah yang terbakar.

Penghinaan orang kafir terhadap kita memberikan sumber kekuatan, penghinaan daripada seorang muslim pula amat menyakitkan kita

Taghut telah memberi khidmat kepada kita. Dengan kezaliman mereka; rakyat telah memiliki perasaan rindu kepada kebebasan. Di antara penderitaan akibat kezaliman dan ujian: mengajar bangsa erti kemerdekaan. Akan tetapi fitnah pula: menghancur luluhkan hati dan mengecewakan keazaman. Sesungguhnya ujian adalah penilaian daripada Allah untuk mencapai kesabaran yang akan menguntungkan kita. Ujian ialah pengalaman yang mendidik dan setiap kezaliman akan hancur pada hari bersatunya jiwa-jiwa kita. Adapun, isu-isu dalaman amat menyakiti kita. Anak-anak dakwah tidak akan pupus oleh sebab-sebab luaran akan tetapi disebabkan kereputan dalaman.

Kegopohan adalah jalan menuju kepupusan

Wajib untuk kita semua merujuk semula kaedah asas dalam mengutamakan kualiti bukannya kuantiti. Kita memberi perhatian utama pada garisan tegak melebihi garisan melintang. Tarbiyyah kita usahlah hanya bersandarkan proses penyampaian ilmu semata-mata……. Kita perlu membentuk kembali acuan dan memanjangkan rukuk dalam solat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...