Saturday, December 6, 2008

hIdUp MuLiA bErSaMa Al qUrAn


Bacalah dengan mata hati wahai sahabatku

Alhamdulillah ….Allah telah memberi kita peluang dan kekuatan umtuk terus bermujahadah melawan hawa nafsu untuk berdamping dengan al-Quran.
Penulis ingin membawa kita semua merenung sebentar tentang diri kita yang kerdil lagi hina disisi Tuhan. Selama kita berada di kem tahfiz ini terlalu banyak perkara baik telah kita lakukan dan kehadiran kita disini merupakan salah satu cara untuk kita membersihkan hati kita dan mendekatkan diri kepada Allah dalam usaha kita untuk mentarbiah diri ke arah yang lebih baik

Sabda Nabi:
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini serta celaka dan rugi lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam dan esok lebih teruk dari hari ini”

Firman Allah :
“Wahai orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan yang dapat mendekatkan diri kepadaNya dan bersungguhlah dijalanNya agar kamu beroleh kejayaan”( al-Maidah : 35)

Sebenarnya tidak rugi kita hadir ke kem ini dan amat berbaloi untuk diri kita meskipun kita semua perlu membayar sejumlah wang yang banyak dan masa yang panjang telah kita peruntukkan.Cuma mungkin kerana letih dan penat membuatkan kita berputus asa untuk terus bermurajaah dan menghafal.Ingatlah wahai sahabatku sesungguhnya syurga itu menagih ujian dan neraka itu dipagari nikmat.Tidak mengapa kita bersusah-payah didunia asalkan kita berbahagia di akhirat nanti.Apa yang perlu kita lakukan adalah bersabar dan tidak berputus asa dari rahmat Allah.




Firman Allah :
“Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar” (al-Baqarah : 153)

Lupakah kita bahawasanya terlalu banyak kelebihan yang Allah kurniakan kepada orang yang menghafal dan memelihara kalamullah ini.Antaranya di akhirat nanti tingkat syurga kita akan ditentukan dengan setinggi mana hafalan kita serta di akhirat nanti Allah akan menyeru ibu bapa bagi orang yang menghafal al-Quran ini untuk dipakaikan mahkota yang bersinar keatas keduanya.

Subhanallah…terlalu penyayang Allah kepada kita lebih-lebih lagi kita sebagai umat nabi Muhammad namun di situ kita masih lagi rasa terseksa dan terbeban untuk menghafal dan memelihara kalamullah ini.Ayuh..sahabatku kita refleksi/koreksi diri..tepuk dada Tanya iman kita sekarang.

Contoh amal soleh yang kita lakukan di kem tahfiz :

1)membiasakan diri solat berjemaah
2)membiasakan diri berqiamullail setiap malam
3)membiasakan diri solat sunat
4)membiasakan diri membaca al-Quran tidak kira masa
5)membiasakan diri membaca al-Ma’thurat setiap pagi dan petang
6)membiasakan diri berada di majlis ilmu(kuliah mahgrib & subuh)

MasyaAllah..ya Tuhan sebenarnya terlalu banyak amal soleh yang telah kita lakukan.Cuba kita tanya pada diri dan qalbu kita mampukah kita melakukan semua ini di rumah..?Sudah tentu tidak keran tiada suasana seperti ini di rumah yang boleh mendorong diri untuk berbuat sedemikian

Oleh itu,janganlah kiranya ada rasa menyesal di hati menghadiri kem ini dan seharusnya kita bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan kita dari berbuat perkara lagha dan sia-sia pada masa cuti ini dengan memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita untuk hadir ke kem ini.Justeru, marilah kita meneruskan cuti ini seperti kita berada didalam kem ini untuk kita buktikan kesyukuran kita kepada Allah dan tunjukkan kepada kedua ibu bapa dan guru-guru kita bahawasanya kitalah “ generasi hamalatul quran” dan generasi yang ditunggu-tunggu oleh umat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...