Friday, July 31, 2009

ReNuNgAn BeRsAmA



Zaman dulu ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama ............ "

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke???)
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula...

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar...(aku
igt lg seyh)

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(especially kt Friendster)
"rasa malu tu campak pi Thailand
ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati

Orang cakap budak ......... berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah
saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat
luar!"

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

1 comment:

ACHTUNG! said...

Salam Syafiq,

Selesai baca, terus terkenang adik2 SMIH enta yang tulis blog. Mereka masih dalam dunia didikan SMIH, tapi expression mereka bagaikan bukan dari kalangan "kita". Mereka bagaikan nak tunjuk bahawa mereka boleh menjadi "someone" atau "somebody"... mereka bangga dengan penampilan yang kurang sesuai untuk seorang da'i...

Macamana saudara Syafiq? Hmmm... sukarnya mendidik mereka yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu kan...? Moga Allah bantu.

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...