Tuesday, August 25, 2009

MaDrAsAh RaMaDaN


Ramadan

Bertemu kembali dengan Ramadan Kurasakan bahagia menyelubungi Ya Allah daku bersyukur Kau pertemukan aku semula Ramadan yang mulia Di Ramadan Ya Allah Rahmatmu ku rasa kuBanyakkan beribadah Ku tahu pengampunan Mu Melangit tinggi Ramadan rahmat dari Ilahi Banyakkan beribadah dan berdoa Hapuskan dosa tingkatkan pahala Semoga beroleh maghfirah moga kita kan jadi hamba yang setia Ramadan menyedarkan aku Kesusahan yang dialami insan lain Ramadan ujian Ilahi Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan Andainya ini Ramadan terakhir bagiku Kuharap ianya ‘kan membela ku di akhir nanti

Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus bermujahadah dalam meningkatkan lagi amal soleh dan energy dakwah kita dalam menghadapi madrasah tarbiah ini

Rasulullah bersabda :

"Puasa merupakan benteng,barangsiapa berpuasa maka janganlah berkata-kata kotor dan bertindak bodoh serta katakanlah kepada mereka aku berpuasa"

Sabdanya lagi :

"Siapa yang berpuasa di bulan Ramadan,mengetahui batas-batasannya dan menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga,maka Allah akan mengampunkan dosanya" (Baihaqi)

Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan untuk membekali ruhi kita terutama bagi mereka yang bergelar dai,murabbi

Sabda Baginda lagi:

"Barangsiapa yang menghidupkan malam-malam di bulan Ramadan dengan iman dan takwa,maka Allah akan ampunkan dosa
-dosanya yang lalu" (Bukhari & Muslim) "Celaka dan rugi besar orang yang diberi peluang hidup dalam bulan Ramadan,tapi Ramadan berlalu tanpa diampunkan dosanya oleh Allah"

Ayuh mari kita semua rebut peluang ini yang hanya datang setahun sekali dan buatlah yang terbaik kerana mungkin ini adalah Ramadan yang terakhir bagi diri kita


Justeru marilah kita menghayati perjuangan sahabat-sahabat kita di bumi Palestin.Meeskipun mereka berpuasa namun semangat jihad mereka tidak pernah luntur demi menghidupkan bulan yang mulia ini dengan cita-cita yang satu "MATI SYAHID ATAU HIDUP MULIA"

1 comment:

Unknown said...

bila perang badar tu berlakunya time ramadhan.hebatkan mereka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...