Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta
Semakin hari semakin dekat saat itu
Semakin hari semakin terasa lemah diri ini
Semakin hari semakin kuat ujian yang ditempa
Ya Allah
sanggupkah ku melalui semua ini
sanggupkah ku menempuhi realiti hidup yang mendatang
Mengapa diri ku yang kau pilih
untuk hadapi ujian seberat ini
terasa kerdil
terasa hina
terasa lemah diriku di depanMu
Ku takut Ya Allah
diri ini berpaling dariMu
futur dari jalan ini
jalan yang telah banyak mengajarku erti hidup
jalan yang telah menemukan diriku yang sebenar
jalan yang telah mengajarkanku erti kehidupan
Kini saat itu hampir tiba
saat perpisahan yang menghibakan
terkenangku akan kisah silam
semasa di bangku sekolah
semasa mengutip secebis pengalaman sebagai murabbi
semasa sama-sama ditarbiyah
Ku ucapkan terima kasih kepada semua
yang telah bersama-sama membantuku
sehingga ku menjadi diriku yang sekarang
Tanpa kalian
pasti ku tidak akan menjadi seorang manusia
yang kenal erti hidup
yang kenal apa itu Islam
Oh Tuhan,
terasa berat menghadapi detik perpisahan ini
terlalu sedikit ku pelajari erti perjuangan
Ampunilah daku
kerana kelalaian ku dalam mentaati perintahMu
dalam kemalasanku memahami agamaMu
sedangkan semua itu sudah terhampar di depan mata
kerana kejahilanku tidak melakukan apa yang ku katakan pada yang lain
terimalah munajat hambamu ini ya Allah
moga kau himpukan ku
bersama mereka golongan solihin
yang thabat dan istiqamah di atas jalan yang Kau redai
moga diriku terhindar dari fitnah wanita,dunia yang melata

1 comment:
Salam. Moga timbunan rabitah diterima menjadi penguat sendi dan telapak kaki. Moga tarbiah disemai menjadi pagar pelindung diri. Moga ukhuwwah diikat menjadi talian penghubung hati. Moga Allah di sisi menjadi kekuatan tersembunyi. Selamat berjuang.
Post a Comment