Tuesday, May 11, 2010

SeMPuRNaKaNLaH KeWaJiPaNMu...

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata

Ku biarkan minda mentfsir segala-galanya
Ku biarkan hidayah membuka mata hati yang buta


Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mengepost akhirnya diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu di blog yang tercinta ini...


Hari-hari yang ku lalui semakin hari semakin dewasa ..
Semakin hari semakin bertambah umurku

Kini diri ini menunggu waktu untuk ke alam yang baru

Pelbagai mehnah dilalui mematangkan diri ini

Semoga terus istiqamah dan thabat dalam amal islami
Kerana ku tidak ingin menjadi insan yang manis berkata-kata tapi buruk pada amalan


Bulan mei merupakan antara bulan yang istimewa dalam hidupku selain bulan mac kerana disitu terdapat 3 tarikh bersejarah dalam hidupku


9 Mei-Hari Ibu

12 Mei-Hari lahir ibuku
16 Mei-Hari Murabbi untuk ibuku

Ibuku yang masuk umurnya ke 43 tahun merangkap ibu,murobbi pada diriku memang tidak dapat terbalas jasanya membesar dan mendidik diriku dan adik-adik...
seorang yg memang tidak dapat dicari pengganti didunia mahupun diakhirat semoga Allah memanjangkan umurmu dan memurahkan rezekimu

Alhamdulillah sebentar tadi kami sekeluarga keluar makan bersama-sama..Bersyukur kerana ku diberi nikmat yang serba serbi mencukupi...moga Alla jadikan diriku dikalangan hambanya yang sentiasa bersyukur dan berbakti kepadaNya


Apa yang penulis cuba nak highlightkan disini adalah ketika makan sempat menikmati beberapa rancangan tv...seperti biasa ku cuba jadikan diri ini bukan sekadar melihat dengan bersahaja rancangan itu tapi cuba menyelitkan tentang masalah ummah yang kian parah





Wahai saudaraku

sedarkah diri kita ini

telah diperkotak-katikkan

telah diperbodoh-bodohkan

meskipun kita tidak diancam
dengan keganasan peperangan
dengan kezaliman penjajah


Namun secara halus dan tanpa kita sedari
minda,hati,diri dijajah sehabis-habisnya


Cuba kita lihat setiap hari kita disajikan rancangan-rancangan yang meransang syahwat..

semuanya berorientasikan barat
tiada langsung unsur islami...

jika adapun unsur islami itu dijadikan bahan gelak ketawa...

kononnya islam itu sempit,berfikiran kuno,kolot dan ketinggalan zaman


Sedar tidak sedar ini semua adalah benih-benih yang telah disemai oleh kafir laknatullah untuk menghancurkan ummat islam tanpa kita sedari dan mungkin kita tidak ambil peduli tentang hal ini...

Dihancurkannya pemuda-pemudi islam dengan hiburan dan perkara-perkara melalaikan sehingga pergaulan bebas dan bersentuh lelaki perempuan yang bukan muhrim itu adalah normal dan mengikut peredaran zaman..

Saudaraku,

mungkin sebahagian dari kita tidak memahami hakikat perjalanan hidup seorang insan kerana belum sampai seruan kepada mereka...

Namun,
bagi mereka yang telah mengenali islam sebagai satu cara hidup serta telah mendapat tarbiah dan kesedaran ini...
adakah kita ikut sama dengan arus hidup mereka membiarkan diri kita hanyut dibuai mimpi-mimpi indah tanpa kita sedari kita telah menanggalkan pakaian jati diri seorang muslim/ah sambil berbangga memakaikan perhiasan yang sarat dengan pakaian jati diri jahiliah


Inilah masanya saudaraku sekalian kita mempraktikkan ilmu islam yang telah kita pelajari sejak dibangku sekolah kerana ISLAM ITU AGAMA PRAKTIS BUKAN RETORIK


Sekarang masing-masing sudah menetapkan jalan masing-masing samada didalam dan luar negara..

jadilah kita insan yang menyebarkan pemikiran Islam sebagai satu cara hidup di mana jua kita berada samada kita keseorangan ataupun ramai
kerana itulah peranan kita...tanggungjawab kita bersama....


Ku mengimpikan
bangkitnya pemuda dan pemudi
yang menjadikan Islam sebagai satu cara hidup
yang menjadikan kalimah tauhid sebagai perinsip hidup


Segala perilakunya,rutin hidupnya hanya untuk mencari redha TuhanNya




Dalam munajatku ku mohon ya Allah agar kau tetapkan hati hamba-hambamu ini dijalan yang kau redai

" YA MUQALLIBAL QULUB THABBIT QULUBI ALA DINIK"
" Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati hambamu di atas agamamu"

2 comments:

Petualang said...

Happy birthday to Mak Cik. Barakallahu laki. ^_^

Unknown said...

ujian baru menghampiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...