Thursday, July 15, 2010

CuTi UNTuK BeRPReSTaSi....

Bismillahirrahmanirrahim

Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Ku biarkan hidayah menyinari hati yang buta

Alhamdulillah selamanya kita panjatkan syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan pelbagai nikmat untuk kita kecapi...hari ni kami pelajar2 um bercuti selama seminggu dan baru je balik dari beli barang-barang sikit di pasar siti khadijah...dapat bertemu dgn mak mah tempat selalu ku membeli barang-barang sebelum balik johor bahru...terasa ceria dan duka juga bila nak balik ni...

Kenapa ceria???

Saya ceria kerana akan bertemu dgn ibu bapa yg telah lama tidak ketemu...nasib baiklah Allah tak campak diri ini dekat tempat yg lebih jauh...ni pun ambil masa 12@13 jam perjalanan...tapi bila difikirkan balik bagaimana kesungguhan para ulama' dalam mencari ilmu sehingga sanggup merantau jauh nun di mata semata-mata untuk mendapatkan ilmu...jauh pengorbanan kita dr mereka dalam misi pencarian ilmu ini...

Saya juga ceria kerana akan bertemu dgn junior2 dan semestinya asatizah yg disayangi di sekolah yg ku cintai dimana lagi kalau tak di pusat pendidikan hidayah tu...dgr cite dah tukar tampuk kepimpinan yg baru...tak sabar nak jumpa muka-muka baru dalam kepimpinan yg akan memacu arah tuju dan tarbiah SMIH akan datang

Juga dapat jumpa kawan-kawan yg bali cuti dan moga-moga pertemuan ini dapat mengecas semula semangat dan iman kita untuk terus bekerja meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini tidak kira dimana kita semua dicampakkan

Kenapa duka???

Saya takut diri ini hilang momentum belajar dan terpaksa mula semula jika ia kembali menurun...Juga takut-takut nanti masa ini dibuang begitu sahaja sedangkan banyak sebenar tugasan diri ini masa cuti ini....

antaranya majalah sekolah yg tak tersiap-siap....al bahsu(assignment yg agak banyak)....dan adalah lagi yang lain2 yang semuanya ada ligat bermain dalam kotak fikiran ini...

Ya Allah moga masa cuti yang Dikau berikan ini dapat menyelesaikan segala tugasan yg bertangguh sekian lama dan dapat ku gunakan masa cuti ini dengan sebaiknya...

Ingatlah sahabat...momentum iman kita boleh jatuh dengan cuti juga sebaliknya momentum iman kita boleh bertambah laju dengan cuti ni...

jadi apa tunggu lagi..

"
JADIKANLAH CUTI INI UNTUK KITA BERPRESTASI"

3 comments:

Ramadhan Aldin said...

jom jadi otai http://brat-mikrajovic.blogspot.com/2007/12/memang-saya-cukup-gemar-memerhatikan.html

milhan said...

bagos~

Muhammad said...

Seronok dengar enta terlibat dgn majalah sekolah.. Sebarkan kalimah Islam.. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...